Cerita Hari Jumaat & Sabtu


Jumaat 18 May 2007

Kepala masih berdengung. Hmmm ...doktor kata bp naik semula. ARghh....dlm masa tak sampai 2 minggu...bp naik semula setelah kembali normal. Makan dijaga, tak main belasah tapi bp naik pulak. Seharian duduk dlm rumah dok layan kakak ( Nurdini) tengok kartun di tv( maleh nak naik atas tengok tv kat bilik), tido, main dengan anak saudara, tolong mak masak dan baca surat khabar. Petang duduk2 di buaian tepi porch bersama baby Nu'aim dan Nurdini. Malam layan TV lagi sampai pukul 1 pagi...ihiks ..bosan ke membaca cerita ni? ahaks ...maaflah yer, inilah sebahagian rutin hidup kak long kalau tak bekerja.

Sabtu 19 May 2007

Kepala masih terasa berat. BP still tak turun la ni walaupun semalam dah makan ubat. Pagi tadi dah makan ubat dah tapi kak long buat mengadap pc lagi. Patut kena berehat tapi bosan ler ..nak buat kerja tak ada mood!! Malas sungguh rasanya bila kena tempias mood sebegini. Tambahan di hujung minggu. Tak sabarnyerla nak apply cuti panjang ..away from everything and everyone.

Trying not to think too hard ..tapi tak dayalah...still thinking..and thinking . Di mana dan bila ada penghujungnya. Perlukah aku menangis untuk meringankan beban yang bersarang dihati ini? Aku tidak menangis bila aku membuat keputusan yang paling besar dalam hidupku 2 minggu yang lepas ..tapi hari ini aku ingin menangis...memang tidak ada siapa yang akan memujukku..aku sedar itu tapi hanya Engkau yang tahu akan baik dan buruk buatku Ya Allah...berikanlah aku ketenangan . Engkau teguhkanlah hati ini di dalam menempuh dugaanmu ini...

Airmata tidak mampu ku tahan lagi...



Comments

sd. said…
cry sepuas ati kaklong.
i now how u feel.
just be strong, but dont pretend.
u'l b ok soon
d best is yet to come k
i love u
tc~
Noushy Syah said…
Kak LOng, sometimes things hurt, but it's alright to cry...cry as much as you want, it's part of the art of letting go, trust me you'll feel better after that...

Kak LOng, your BP raised again perhaps due to your stressful...banyakkan bersabar yea Kak Long, that something good out of it to be seen ok?

You have the support and love from your fmly and friends, that's what matters.
Juezura said…
sayda : Kak long mmg tak suka nak tunjuk yang kak long ni lemah di hadapan famili kak long. kak long always tabah. Kak Long dah menangis , at least blog ni dapat memberikan sedikit kelegaan.

Noushy: Kak Long mmg dah menangis. Blog inilah salah satu cara kak long meluahkan rasa hati yang kak long sentiasa simpan.

Terima kasih sayda dan noushy...u all mmg kawan yang baik.
Normie said…
kak long...jgn fikir gnyk sngt..jaga kesihatan k..kami semua sayangkan kak long...panjatkan doa selalu agar kak long sentiasa tabah dan kuat.

menangis itu adakalanya baik tetapi klu ia memakan diri jgn diteruskan...klu kak long dpt luahkan apa yang terbuku itu yg lebih baik.

take care..*hugs*
Juezura said…
Noamee : Terima kasih kerana mengambil berat akan kesihatan kak long. InsyaAllah, kak long akan sentiasa tabah.

Hugs Noamie juga.
AiRynnz said…
jaga kesihatan kak long ye....
sepeti biase walau byk mana pun dugaan yg dtg..kak long kene hadapinya dgn tenang...

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini