Imbas Kembali
25 May 2007
Anak saudara kak long sampai dari Penang lebih kurang pada pukul 10.30 malam. Suasana di sekitar Puduraya dan jalan2 berhampiran seperti Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Sungai Besi amatlah sesak. Ramai pemandu kereta yang meletak kereta di sepanjang jalan tersebut, dan besar kemungkinan mereka adalah ibu-bapa dan saudara mara yang menunggu ketibaan mereka yang tersayang. Kak Long tak letak kereta di tepi jalan..takut kena saman ..huhuhu. Walaupun kena bayar tapi tak mengapalah asal tak kena saman. Kami sampai dirumah lebih kurang pukul 11.30 malam.
26 may 2007
Pergi ke pasar di Semenyih bersama mak dan Iqa. (rutin setiap hujung minggu)
27 May 2007
Sekali lagi kak long ke Puduraya untuk mengambil kak Ina ( kazen kak long-mak Iqa). Kali ini tak perlu parking kereta sebab kak Ina dah sampai awal, jadinya kak long hanya berhenti sekejap di tepi jalan berhampiran Puduraya untuk mengambil kak Ina. Balik dari Puduraya, kami singgah makan di Tesco Kajang dan petang terus ke rumah adik kak long. Minum petang di sana. Ihiks ..rumah kami berdekatan tak sampai 5 minit kalau naik kereta.
28-31 May 2007
Jatuh sakit...tak sihat .
31 May 2007
Tak berapa sihat tetapi gagahkan diri menghantar kak Ina ke Puduraya utk balik ke kampung. Kak Long cuma turunkan kak Ina di hadapan pintu masuk Puduraya.
1-2 June 2007
Pagi-petang, masih tak sihat. Pening semacam jer. Berehat di rumah.Pening semakin pulih. Kak Long akhirnya mengajak mak dan Iqa ke Port Dickson. Memang tak rancang nak pergi. Semua keputusan dibuat di saat2 akhir. Pukul 11 masuk ke dapur masak lauk utk di bawa ke Port Dickson.
3 June 2007

Pukul 9 pagi kami dah sampai ke PD. Aduhai...ramainya orang. Maklumlah cuti sekolah. Parking, alhamdulillah masih ada pagi itu. Kami tak mandi laut pun..cuma jadi pemerhati dan mengambil angin di tepi laut itu. Tapi malang sungguh, semasa nak balik, kak long dapati jalan keluar dari parking telah dihalang oleh kereta2 manusia yg pentingkan diri sendiri. Uwaaaaaaaa...30 minit tunggu tapi tk ada siapa yg nak balik atau alihkan kereta. Dalam berpeluh-peluh mencari idea macam mana nak keluar dari situ, kak long ternampak seseorang yg kak long kenali menuju ke kereta yang berada berhampiran kereta yg menghalang jalan keluar. Yeayyy....Mr. Ting dari dept maintenance rupanyer, mujurlah dia ada ...terpaksalah mintak tolong dia undurkan kereta dia sebentar utk memberi laluan kepada kak long utk keluar. Dia cuma nak ambil baju dari kereta dia rupanya....ahahahh thanks Mr. Ting..tak sangka boleh jumpa dia di PD. Dia memang berasal dari Lukut, PD. Kak Long singgah di Seremban, rumah makcik . Ziarah makcik dan mengambil kesempatana utk mandi dan solat zohor.
4 June 2007
Tolong Iqa menaip kerja sekolah. Haiyooo budak2 sekolah sekarang ni , assignment depa cam kak long kat uni dulu jer banyaknya...ihiks.
5 -7 June 2007
Bercuti di Kampung. Kak Long dan mak membersihkan kawasan sekeliling rumah. Tak ada sms dari kawan2 kecuali dari ofis.
8 June 2007
Balik semula ke rumah kak long di Kesuma Lakes.
9 June 2007
Menghadiri kenduri sempena pernikahan anak kepada kazen arwah abah di Taman Midah, Cheras. Kalau ikutkan hati malas nak pergi sebab rasa malu kalau ada orang dok sibuk tanya pasal status diri ini tapi alhamdulillah, nampaknya semua saudara mara yg datang tidak bertanya dan semua berjalan lancar. Alhamdulillah.
10 June 2007
Menghantar Iqa ke Puduraya. Dia bersama-sama 5 orang rakan seasrama akan balik ke Balik Pulau, Pulau Pinang pada pukul 11 pagi tapi 11.30 pagi, bas belum bergerak dari Puduraya lagi. Akhirnya Iqa sms, mereka tiba di Penang ,lebih kurang pada pukul 4.30 petang. Alhamdulillah.
11 June 2007
Internal AUdit 2007 utk dept ini telah berakhir dengan jayanya, InsyaAllah. Semua maklumat dan bukti yang diminta oleh ahli panel dapat diberikan. Syukur, alhamdulillah. Agak sibuk hari ini dengan kerja2 yang tertangguh.

Comments