Berhati-hatilah...
Syukur, alhamdulillah tidak ada apa-apa yang buruk berlaku kepada kak long pagi ini semasa memandu ke tempat kerja. Ketika Kak Long sedang menghampiri tol Grand Saga Batu 9, tetiba kereta di lorong sebelah kanan,telah membelok ke kiri secara tiba-tiba dan menekan brek keretanya, sedangkan ketika itu kak long sedang berada di lorong sebelah kiri dan agak laju kerana tidak ada kereta di hadapan.
Oleh kerana itu secara spontan kak long memutar stering kereta ke arah kiri secara mengejut untuk mengelak dari melanggar kereta di hadapan dan memutar stering ke arah kanan semula kerana ada beberapa buah motosikal di sebelah kiri dan mereka begitu hampir dengan kereta kak long . Kenderaan dihadapan terpaksa membrek kereta kerana ada kerja-kerja menaiktaraf lebuhraya Grand Saga berhampiran tol tersebut dan lokasi kon yang agak terlindung di sebalik selekoh berbukit menyebabkan kereta-kereta yang menghampiri tol tersebut tidak perasan akan kon tersebut. Iskkk bahaya sungguhlah. Banyak kemalangan yang berlaku sejak kebelakangan ini pun disebabkan oleh kon-kon yang diletakkan oleh pihak kontraktor yang membaik pulih lebuhraya. Kejadian ini berlaku begitu pantas dalam beberapa saat dan alhamdulillah..kak long benar2 bersyukur kerana tidak ada kereta di lorong kiri cuma motosikal2 yang agak kecil dan mereka mampu mengelak kereta kak long.
Alhamdulillah...beristhtifar kak long ketika itu kerana terkejut tetapi kak long meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan dada yang masih berdebar2. Selama 2 hari berturut-turut melihat kemalangan ditempat yang sama di jalanraya berhampiran Saujana Impian, Kajang menyebabkan kak long merasa sedikit gementar semasa bercerita dengan mak malam tadi dan pagi ini, kak long pula yang hampir2 terlibat dengan kemalangan walaupun bukan di tempat yang sama. Aduhaia, apabila teringat peristiwa pagi tadi, terasa amat takut untuk memandu dan keadaan ini tidak seteruk semasa kak long terlibat di dalam kemalangan 5 tahun yang lepas. Kak long phobia seketika utk memandu, takut sgt ...
Peringatan utk diri sendiri dan semua kawan-kawan, berhati2 di jalan raya dan sentiasa berwaspada dengan persekitaran anda. Jangan berangan-angan dan banyak berfikir semasa memandu berseorangan.
Comments
Memang dijalan raya seribu kemungkinan namun teruskan memandu secara berhemah...