Posts

Showing posts from August, 2007

Syukur dalam Hiba

Image
Alhamdulillah, syukur kak long selamat sampai di rumah petang semalam. Selama kira-kira 2 minggu terakhir ini, kak long terasa ada kelainan padanya tetapi kak long tak berbuat apa-apa cuma berharap ianya tidak akan berlaku dalam masa terdekat. Allah telah menjanjikan dan ditakdirkan petang semalam peristiwa ini terjadi lagi. Sejak 8 tahun yang lepas, ianya pernah terjadi kepada kak long selama 2 kali dan ini adalah kali ke 3 dan tanpa ada tanda-tanda yang menyakinkan ianya terus tidak berbunyi, tidak bising-bising seperti sebelumnya. Huhuhu, apa yang anda fikir kak long akan ceritakan hari ini? Cuba teka...dapat tak?? Hari ini parking lot depan blok ofis kosong...biasanya WNJ menjadi penyeri di situ ( cewahhh..ehehehe). Hari ini kak long menumpang orang untuk datang ke tempat kerja. Uwaaa mujurlahh adik ada di rumah dan pagi ini kak long minta jasa baiknya menghantar kak long ke ofis. Hiba arr bila tak ada transport nak datang kerja. Nak naik bas, jauh sangat sampai kena tukar banyak k...

Tunggu yer...

Image
Dear Management Team We are pleased to announce that this year's Summit will be conducted in our very own Kuala Terengganu campus from the 2nd to 4th November 2007. You are requested to pre-book these dates in your calendar. However, if you are unable to join us this year, an early notice with valid reason is much appreciated. This would then be subjected to the VC's approval. Thank you. Regards ***** hrd * Tengok email di atas ni..huhuhu...ni baru hujung bulan August, dah kena pre-book tarikh utk meeting di bulan November!! advanced sungguh laa HRD ni...ehehehe.Nasib baik dah 2 minggu selepas raya. Kalau tidak mahu juga mengadap VC..ihikss cam bagus jer kak long ni nak mintak excuse...ekekek takkan dapat punyerlaa nak escape dari meeting ni. Tahun-tahun sebelum ini,summit di adakan di hotel2 seperti di Genting, Fraser's Hill dan Port Dickson tet api kali ini di kampus di Terengganu ajer..huhuhu jimat belanjawan ler ni sambil melawat2 kampus baru. Tak mengapalah, kalau ada ...

Tag Kenal Mengenali Kut...

Image
Aduhai....dah 2 orang mengetag kak long..ehehe lepas ni tak ada apa yg rahsia la tentang kak long. Apa-apa pun kak long layan jugakla mana yg boleh. 5 benda dalam tas tangan kak long 1. Pen 2. hp 3. dompet 4. kunci rumah / ofis 5. tisu Sebenarnya ada lebih dari sepuluh barang dalam tas tangan ..sarat beg. 5 benda dalam beg duit saya 1. Lesen memandu 2. Kad pengenalan 3. Duit kertas dan segala resit pembelian...eheheheh 4. Kad Bonuslink/kad realrewards 5. ING Insurance Medical Card/Kad klinik/blood type card 5 benda yang disukai dalam bilik saya 1. Katil ...eheheheh 2. Almari baju yang mesti penuh dengan baju ler takkan makanan..ahaks 3. Almari buku ( ada koleksi novel dan majalah,buku2 dan macam2 lagi ) 4. TV..err jarang layan tv ni ...ehehehe sbb tk ada astro... layan tv kat ruang tamu 5. Bilik air /bilik mandi dlm bilik yang penuh toiletries...eheheheh 5 perkara yang saya nak lakukan 1. Kalau diizinkan Allah nak ke Mekah dengan mak 2. Nak tukar kereta jenis MPV...eheheheh cam ada ram...

Mudahkah memaafkan?

Image
Memang bukan mudah untuk memaafkan orang yg telah melukakan hati tetapi hanya dgn memberi kemaafan hati akan merasa lebih tenang. Bersetujukah anda dengan ungkapan ini?apa pula kata anda? Kak long mengaku kak long amat payah utk memaafkan seseorg yg telah melukakan hati ini.walaupn skrg kemarahan telah reda namun semua peristiwa yg menyakitkan hati masih kemas di dalam lipatan memori. Kemaafan adalah dendam yang terindah?

Cerita balik kampung

Image
Atas permintaan seorang rakan, kak long cuba jugak la cerita sikit2 pasal balik kampung ahad lepas sampai hari selasa. Sebenarnya tak ada apa yang menarik berlaku di sepanjang perjalanan kami sekeluarga ke kampung di Bagan Datoh . Kami sampai di rumah sepupu kak long pada jam 11.30 malam. Kak Ina tak ada di rumah kerana mengambil Iqa di Bandar Teluk Intan. Iqa balik bercuti dari Butterworth bas pukul 7 malam. Dalam perjalanan kak long ada hantar msg ke shoutbox ...dan hari Isnin lepas ada hantar entri tajuk Aduh ...eheh sila baca entri tersebut di bawah...pasal kes kak long kena gigit semut dengan terseliuh tu. Seronok sebenarnya bila travel balik kg dengan anak2 sedara di dalam kereta penuh dengan gelak tawa dan bising giler layan kerenah depa masa balik ke Kesuma Lakes. Masa pergi tak bising sebab depa semua tido...ehehehh kak long pun teringin nak tidor ..tapi tak pulak terlelap.heran betul...ahaks ..biasanya kalau org lain memandu, mesti tertidor. Perjalanan ke kampung tak ada yg m...

Berat sangat ke?

Image
Kak Long terima satu offline message di IM mengadu berat sangat blog kak long ni sebab lama sangat nak terbukak....eheheheh. Aduhai...kak long selalu juga terkena bila pergi blog kawan2..ada yg berat sebab server yg slow kut...Apa-apapun bila kak long tak sibuk sgt, kak long cuba la nak buang "lemak-lemak" di blog ni supaya tak berat. Pendapat anda semua amat kak long hargai.

Tak Habis lagi..

Image
Masih tak habis lagi sibuknya.Hari ini sibuk dengan kerja-kerja yang tertangguh selama 2 hari. Masa cuti pun masih ambil tahu hal2 berkaitan dengan kerja...huhuhu..dari masuk kerja pukul 11 sehinggalah sekarang ini baru ada masa nak tengok blog...Apapun kerja memang tak pernah habiskan?? layan jerlaaa...

Aduh...

Semalam kaki dah kena gigit dek semut ipoh.2 kali dia sengat mak ai bisa boleh tahan.sampai hari ni bengkak lagi.ptg tadi masa sapu daun2 kering tmasuk lekuk tanah x rata,aduh tseliuh sikit.apa2pun terima kasih sudi singgah ke sini.salam kenal buat mereka yg pertama kali ke simfoni hati.Tataa..

Lagi-lagi pasal Kak Long...

Image
Sejak rehat dari dunia blog selama 4 hari ( macam lama beno ek..ekekkeke). Kak Long dah berhutang 1 tag dari Roshatika Nasib baik ingat sebelum away lagi ..baiklah kak long buat. Apa tag yang Ros mintak kak long buat ek?? adehh boleh lupa pulak detailsnya ...japp..jap pi jenguk blog ros kejap ...eekkekeke boleh ek..tungguuuuu. Haaaa..dapat dah( selepas 1 minit lebih sikit pi jengah blog Ros.eheheh. 8 perkara mengenai kak long!! selain dari apa yang semua dah baca kat profil kak long di blog ni..apa lagi laa 8 perkara tentang kak long ni hah?? kejap ek...fikir kejap...errr okey, kita fikir sambil menaiplaa, cepat sikit..ihiks. Perkara 1 : Kak long adalah orang pertama dikalangan sepupu2 dan adik beradik yang dapat jejak kaki ke Menara Gading. Itu yang kak long tahulah,kalau sepupu sepapat, sedara bau2 bacang tu tak kira laa sebab kak long tak kenal...ehehehhe. Alhamdulillah, ingat lagi mak dengan akak sepupu yang bekerja di Sungai Way, Selangor hantar kak long ke Sekolah atas bukit di ...

Welcome back ...

Image
Huhuhu...welcome back to me. Sampai bila?? tak tahulah. Ada jugak yang mencari2 di mana kak long yer. Merak, sayda, Hairie, Rick, Kak Jie, Noushy, banji, redo1, Jaja,Ziela, Arinna,Noamie,EncikFarmasi, Roshatika dan yang lain2 , terima kasih kerana sudi singgah ke blog kak long walaupun kak long tak ziarah blog anda semua. Kadangkala kita merasa kita perlu berada jauh dari semua yang ada untuk mengembalikan semangat yang kejap ada , kejap tak ada. Hairie kata kak long merajuk ke? eheheh merajuk dah tua2 ni tak ada yg pujukpun...kak long menyibukkan diri dengan kerja lebih baik...huhuhu. Adehh..kerja oh kerja...memang tak akan habis !! away dulu yer ..ihiks sayang semua.

Will You Miss Me?

Image
Away until further notice ...

Keputusan Yang Wajar

Image
Keputusan kak long untuk tidak menyertai perjumpaan dengan kawan-kawan semasa di U, kak long rasa adalah yang terbaik buat ketika ini. Kelmarin sebaik sahaja kak long sampai di rumah selepas waktu kerja kira-kira jam 9, mak kak long dah terbaring di atas sofa, kelihatan tidak sihat. Rupanya mak demam, sakit2 badan dan sakit gigi jugak..alahaii. Kak Long rasa tak sampai hati nak tinggalkan mak seorang diri di rumah semalam menyebabkan kak long mengambil cuti kecemasan. Kak Long ajak mak pergi klinik, mak kata tak payahlah , demam salah urat, apa yg doktor tu boleh buat...adehh dah mak cakap macam itu, kak long diam ajelah. Kebetulan adik ipar kak long baru beransur sembuh dari demam dan sakit mata (anak-anak2 dia pn sakit mata kecuali yang sulung). Pagi semalam dia pergi berurut di Rinching Hulu, dan kak long suruh mak ikut sekali. Kak Long jaga baby Nu'aim dan Nasyirat. Nurdini ikut mama dgn Opah. Siapa kata senang jadi suri rumah wehh??? Dalam masa 2 jam lebih kak long di rumah de...

Alasan...

Image
Kenapa agaknya kadangkala kita cuba mengelak dari bertemu rakan-rakan lama(semasa belajar). Entahlah kak long rasa tak kuasa nak jumpa dengan orang apatah lagi bila kak long kena travel! Kalau orang datang ke rumah sembang kejap2 tak mengapa tapi kak long tak suka sungguh pergi ke rumah orang lain. Tak ada mood langsung nak sembang-sembang, gossip-gossip dengan kawan-kawan ( kalau dah bermalam mestilah ada gossip2 kan!!) iskk...banyak kali dah bagi alasan tak nak pergi gathering...biarlah orang kata kak long sombong ..tapi kak long rasa bukan sombong kut...ehehe sebab kalau jumpa memang akan tegur cuma malas nak jalan-jalan2 sekadar nak tengok rumah baru orang...jauh pulak tu ...ya ampunn...tak kuasa sungguh laaaaa. Malas !!! dah rancang nak shopping dengan mak ..so kawan boleh tunggu ...ihikss..jahatnya aku...korang mesti marah kak long kan?? kan?? eheheh kak long ni suka buat hal sendiri laa ..cam mana ek!! Nota buat kak Gee,kak Chah,Wan dan tuan rumah Ha..maaf tak dapat pergi...jgn ...

Busy...

Image
Sorry guys and gals..no updates today!! Keeps smiling okey ...

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Image
Hari ini kak long sekadar mahu berkongsi cerita di bawah ini yang kak long petik dari ruangan Dicelah-celah kehidupan di surat kabar Mingguan Malaysia. Ini adalah cerita seorang wanita yang kecewa tetapi telah berbahagia dengan hidupnya sekarang. ``Katanya dia mempunyai banyak pengalaman pahit semata-mata kerana ingin memenuhi hasratnya berkahwin dan mempunyai anak seperti yang dikehendaki oleh ibunya. Tetapi hasrat saya tidak kesampaian. ``Kira-kira 25 tahun lalu memang sukar mencara suami setaraf, begitu juga zaman ini. Malah zaman ini lebih teruk lagi. Yang lulus U tak semestinya dapat suami yang sama-sama lulus U. Nasib baik kalau dapat lulusan diploma, jadi kalau setakat ada kerja tetap itu sudah memadailah. Begitulah dengan nasib saya. ``Setelah sekian lama mencari saya masih gagal, akhirnya bertemu seorang lelaki lulusan diploma bekerja dengan swasta. Persahabatan kami mulanya berjalan baik, tapi selepas tiga bulan saya dapat tahu dia bukanlah lulusan diploma seperti didakwa, c...

Di Sebalik cerita Senyum itu...

Image
Apabila kak long membaca entri di blog noushy tentang senyuman, kak long teringat satu peristiwa petang semalam ketika kak long hendak balik dari tempat kerja. Ketika kak long di dalam kereta dan mula bergerak dari tempat meletakkan kereta, ramai pelajar sedang melintas jalan dan kak long pun memberi laluan kepada mereka. Ketika itu juga, ada seorang staff dari science lab menghampiri laluan pejalan kaki, kak longpun dengan rela hati senyum pada dia ..aduh malang sungguh, dia buat tak tahu jer. Muka masam mencuka, termalu kak long bila dia buat macam itu. Agaknya dia tak nampak kut yang kak long senyum pada dia..mungkin dia fikir kak long senyum dengan tembok ...ehehehe. Nak kata tak kisah tak boleh juga, telah banyak berlaku kes semacam ini. Mungkin kali ini kak long di dalam kereta dan dia tak perasan walaupun tinted cermin kereta taklah segelap mana...ehehehe. Di sini, ramai staff dari pelbagai kaum, tetapi yang buat rasa terkilan itu, bila ada muka-muka baru (orang melayu) di uni i...