Cerita balik kampung

Atas permintaan seorang rakan, kak long cuba jugak la cerita sikit2 pasal balik kampung ahad lepas sampai hari selasa. Sebenarnya tak ada apa yang menarik berlaku di sepanjang perjalanan kami sekeluarga ke kampung di Bagan Datoh . Kami sampai di rumah sepupu kak long pada jam 11.30 malam. Kak Ina tak ada di rumah kerana mengambil Iqa di Bandar Teluk Intan. Iqa balik bercuti dari Butterworth bas pukul 7 malam.

Dalam perjalanan kak long ada hantar msg ke shoutbox ...dan hari Isnin lepas ada hantar entri tajuk Aduh ...eheh sila baca entri tersebut di bawah...pasal kes kak long kena gigit semut dengan terseliuh tu.

Seronok sebenarnya bila travel balik kg dengan anak2 sedara di dalam kereta penuh dengan gelak tawa dan bising giler layan kerenah depa masa balik ke Kesuma Lakes. Masa pergi tak bising sebab depa semua tido...ehehehh kak long pun teringin nak tidor ..tapi tak pulak terlelap.heran betul...ahaks ..biasanya kalau org lain memandu, mesti tertidor. Perjalanan ke kampung tak ada yg menarik tapi dlm perjalanan balik best..

Selasa lepas, dalam perjalanan balik, kami singgah makan satay di Hentian Kinrara..eyeyeye adik belanja makan satay. Hari Isnin lepas birthday dia tapi tak ada sambutan pun ...eheheh kat kg , siap dia meracun rumput di sekeliling rumah lagi tu ...tak ada celebratepun. Patut kak long yang belanja ek?? eheheheh.

Nabil dengan Nurdini siap buat lawak lagi ..depa sibuk kata kereta belakang yang mengekor Naza Ria kami tu garang sebab lampu kereta tu memang nampak garang ..siap macam ada eyelid lagi tuh...huhuhu...memula tak percaya tapi bila kak long tengok..uikss betullaaaaaa...ekekek gelakk sakan kami.

Dah tu Nabil buat trivia merapu . Soalan dia " senaraikan 10 binatang yang bertanduk 2" ekekekke. Nampak mudah soalan ni kan?? cuba senaraikan ..berapa lama anda ambil masa utk dapatkan 10 nama binatang? ahahahahha. Jenuh jugak nak fikir jawapannya tau..ehehe cuba laa. Nurdini yang tak tahu apa pun menyampuk ..siap ada keluar perkataan "batman" , "cicakman" ekekekek..kelako giler budak2 tu. Nasyirat pulak menyampuk sikit2 jer sebab dia demam..eheheh 3 hari di kampung, dia demam..sampailah hari ni tak baik sangat lagi tu.

Akhirnya adik kak long hantar kak long dgn mak ke rumah kak long tepat pukul 9:30 malam, itupun selepas singgah di klinik ambik ubat utk Nasyirat dengan Nu'aim.

Itu ajer la rasanya cerita balik kampung...Isnin kak long update dengan gambo ek..eehhe InsyaAllah.

Comments

Anonymous said…
Salam Kak Long. Rindu nyer bila baca cerita Kak long balik kampung ni.....Merak dah lama sangat tak balik kampung....huhuhuhu...Dulu merak akan balik kampung tiap minggu terutama sekali masa hubby gi kursus jauh......Merak bagi anak2 umpan gula-gula supaya dia dua tak gaduh masa merak drive.......ridu sangat nak balik kampung nih.....
Juezura said…
Salam merak. Huhuhu jgnlah menangis sbb rindu kat kg lepas baca cerita kak long ni. Hehehh anak2 sedara kak long ni tak makan umpan...kalau dia nak bising...gaduh...tetap gaduh dlm kereta...

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini