Dulu-dulu masa arwah abah kak long masih ada, semasa bulan puasa, abahlah yang sibuk juga di dapur mahupun membeli juadah berbuka. abah pandai masak. Kalau adik tak ada selera nak makan, abah akan masak sambal telur untuk adik. Ada lagi satu lagi lauk yang abah selalu masak..tapi kak long lupa la pulak apa masakannya. Sampai sekarang ni kalau mak masak sambal telur, adik akan lebih berselera makannya. Abah selalu bancuh air sirap bandung dan macam2 lagi jenis air ketika berbuka puasa. Abah balik kerja awal, jadinya bila waktu petang sementara menanti waktu utk berbuka puasa, abah akan bawak kami jalan2 naik motor dan kemudian setelah abah beli kereta, dengan kereta yang tidak secantik mana itulah abah bawak kami ronda-ronda ke jeti bagan datoh yang terletak kira-kira 6-7km dari rumah. Mak di rumah menyiapkan juadah berbuka puasa dan kami lepak2 ambik angin laut..ehehe sungguh manja ketika itu..ahaks. Sekarang ini, anak2 sedara kak long, Nasyirat Nu'man dan Nasrul Nabil menghabiskan...