Bila sudah ketagih...

Bila sudah terperangkap dengan dunia cyber, tumpuan kerja hilang tetapi asyik ingat nak online saja....ada yang tak tidur malam..sanggup tidor dulu..lepas tu bangun tengah malam..hanya kerana kawan "online" akan hanya online selepas tengah malam..huhuhu kak long
telah melaluinya. Semasa tinggal berseorangan, ada internet line kat rumah, apa lagi..tgh malam buta sampai ke pagi sanggup online ..cuma utk merasa happy sembang..chatting tapi tak sampai kemana pun. Kak long tahu ramai hubby2 orang yang mengaku bujang..melayan anak-anak dara(mak dara pn ada) yang online bersembang..sampai ada yg lupa anak
bini..yang perempuan pulak sampai lupa suami dan anak2.

Kalau anda boleh membezakan di antara 2 dunia ini..realiti dan siber, tidak mengapa. kak long tahu ramai juga yang pandai membahagikan masa dan tidak mencampuradukkan urusan keluarga dan dunia siber tetapi yang sedihnya bila ada kita yang hanyut..dibawa arus keseronokan ..ada teman online...rasa dihargai menyebabkan hilang pertimbangan....huhuhu itu duniaku yang telah lama berlalu. Syukur masalah dapat diatasi.

Biasanya manusia hanya akan sedar setelah dikecewakan..mahupun setelah melihat padah yang diterima oleh rakan2 terdekat mahupun diri sendiri. Beringatlah..jangan pulak kerana dunia IT yang kecanggihannya boleh memakan diri, anak2 murid ( utk cikgu) tengok cikgu datang ke sekolah layu jer ...huhuhu mengantuk sebab tak tidor..bukan kerana menyediakan bahan pengajaran tetapi berborak. Yang keje pejabat pulak..tak kiralah swasta ke gomen, tk ada semangat nak kerja...asyik ingat nak online malam ni ..nak jumpa "sidia" ...

Berwaspadalah...fikir-fikirkanlah. Biar bersederhana dalam apa jua bidang yang anda terokai seperti dunia siber yang tidak ada sempadannya ini.

Comments

Noushy Syah said…
hahhahahha cayalah kak LOng.....

EEEE noushy kena adjsut time sbb my syahyang dihujung sebelah sana, ngehh...compromise kan kan?

p/s hahhaha kak long mmg betul umpama pekerja2 as you said tu, sampai mengantuk aje ditempat keje..eh eh nshy pun at times nantuk jugak, tehehehe...

Yang penting jgn sampai berintenet mengabaikan tanggungjawab dan leka...
Anonymous said…
Zura,
Entri Kak Long ni bagus sekali. Abang memang sedar perkara ni dah lama. Blogging ni kalau tak pandai kendali, memang hanyut. Dan abg memang nak tulis benda ni dulu, tapi kak long dah peringatkan, baguslah. Sekurang-kurangnya peringatan untuk kita yang lalai. Yang penting blogger kena jujur dan jangan ada yang berniat serong.
Juezura said…
Noushy -->compromise mesti ada. Yang salah bila kita mengabaikan tanggungjawab kita hanya kerana kemaruk dengan dunia chatting.
Juezura said…
Abang Putra-->kak long menulis entri ini sebagai peringatan kepada diri kak long juga. Kak Long telah nampak ada sesetengah kawan kita yg terlalu asyik dengan dunia chatting mahupun blogging ini sehinggakan tak kisah dengan dunia luar.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini