Entah Mengapa...
..hati ini menjadi sayu dan sedih sejak menerima berita pemergian ibu saudara Hairie , rakan blogger kak long. Kak Long di kampung apabila terbaca mesej yang ditinggalkan oleh Uncle J di shoutbox. Sebelum itu airmata kak long telah mengalir apabila berbicara dengan Hairie di YM dan membaca kisah Hairie di hospital bersama-sama ibu saudaranya.
Kak Long terfikir apakah ada orang yang akan menjaga kak long sekiranya ditakdirkan kak long menderita sakit seperti yang di alami oleh ibu saudara Hairie. Ibu saudara Hairie tidak mempunyai keluarga sendiri , tidak ada anak dan tidak ada suami. Jika ditakdirkan kak long juga berseorangan sehingga ke akhir hayat, adakah anak-anak saudara mahupun saudara mara yang lain sudi menjaga kak long ....
Kesedihan ini membuatkan airmata ini mengalir deras ketika kak long menaip entri ini. Al-Fatihah untuk arwah ibu saudara Hairie. Minggu hadapan genap 24 tahun Abah kak long meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya...sayu hati ini bertambah-tambah lagi.
Comments
be happy always...
al-fatihah.
ceria selalu..penawar hati..setiap solat bnykkan berdoa insyaAllah!!
Hmm... bukan Kak Long sahaja yang memikirkan begitu. OD yang ada suami pun berfikir begitu. Kalau aku sakit teruk nanti, sanggupkah suami menunggu dan menjaga aku? Bagaimana dengan adik-adik, anak-anak saudara dan cucu? Sanggupkah mereka?
Kalau fikir seperti itu, pasti akan membuat hati sayu. Jadi, OD usulkan agar Kak Long jangan fikirkan sangat. Kita berserah kepada ALLAH. Segala ketentuanNYA adalah yang terbaik untuk kita. Buat masa sekarang, kita gunakan masa sebaik-baiknya, eratkan silaturrahim antara keluarga dan sahabat-sahabat handai dan berdoalah, semoga ALLAH mempermudahkan kita di masa tua nanti.