Mengapa Di Rindu

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu


Uji Rashid (Ahmad Wan Yet / Zain Mahmood)


******************

Setiap kali kita mengalami kekecewaan, tidak perlulah kita hilang pertimbangan sehingga ada yang mahu membunuh diri. Iskk tolonglah, itu bukan tindakan yang menggambarkan sebagai seorang yang beragama. Adakah kita terfikir walaupun kita mati, adakah tindakan kita itu tidak menyusahkan keluarga dan mereka yang ditinggalkan. Jangan hanya dikecewakan oleh seorang lelaki mahupun seorang perempuan yang dinamakan kekasih, kita sanggup mengambil nyawa sendiri ataupun mengambil tindakan yang bodoh. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan hikmah di sebaliknya. Hidup perlu diteruskan dan jadikan setiap kekecewaan itu sebagai semangat untuk meneruskan hidup yang sementara ini. Percayalah, pasti ada yang sayang kepada kita ...Allah juga sayang kepada hambaNya.

Comments

arsaili said…
sedap lagu nih..pernah dgr...kerinduan hak setiap insan....
Juezura said…
arsaili-->merindu pada yang sayang amatlah membahagiakan. Berpada-padalah apabila merindu...
sd. said…
betul tu. betul!
Anonymous said…
Salaam alaikumj wahai Kak Long. Ambe kabar baik, alhamdulillah, Kak Long apa kabar?

KT pn bgtau ambe tadi dia sihat je :D

Satu posting yang bagus. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jika kita sayang pada Dia, Dia akan lagi sayang pada Dia. Tetapi jika kita melupakanNya, entah siapa laaa yang akan jadi pelindung kita dari cabaran duniawi.

Baarokallahu lakum :)
Unikversiti said…
Oopss correction pada ayat di atas. Yang betulnya adalah Dia akan lagi sayang pada kita

Harap maklum semaklumnyaa hehe
Anonymous said…
Bagus entry ni Kak Long.

I always believe..be moderate in everything is the best policy! Begitu juga saat kita gembira atau bersedey...berpada2...

Have a good advanced w/end yea Kak lOng..nshy quite occupied this week...
Anonymous said…
Kekecewaan dan kelukaan bukanlah satu titik noktah utk kita meneruskan perjalanan hidup ini . Jadikan ia sbg satu pengajaran dan pengalaman yg berharga dlm menilai erti kasih sayang yg sebenarnya . Sesungguhnya kebahagiaan itu perlu dicari kerana ia ada dimana2 di muka bumi Allah yg terbentang luas ini . Diri kitalah yg akan akan menentukan samada utk terus tenggelam dlm belenggu kesedihan atau berusaha bangkit dr kelukaan utk mencari kebahagiaan diri sendiri .Yang paling penting mohonlah pertolongan dan petunjuk daripada-NYA agar kita tidak tersasar drp landasan yg sebenarnya .

~ Ila ~
Qaseh Bidadari said…
kecewa mengajar kite erti dewasa...
Juezura said…
Forumer-->mmg betul. Kalau kita ingat akan DIA..maka DIA akan lebih sayang kepada kita.
Juezura said…
Noushy-->Sentiasalah kita beringat supaya berpada-pada dalam melakukan sesuatu.
Juezura said…
Ila-->terima kasih dgn pendapat yg Ila berikan. Amat kak long hargai.
Juezura said…
mamaranggie-->betul tu. Kekecewaan dan kesedihan mengajar kita menjadi lebih dewasa dan menilai erti hidup

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini