Salah jugak ke..
Bila staff hantar sms, "akak, esok saya EL" ..kak long jawab "ok". "akak, saya EL hari ni", pun ok...tapi kalau nak EL pun tengok2 laa alasannya. Tengok jugalah ada berapa orang rakan yang sedang bertugas. Kalau dah tinggal seorang nak jaga dept, kena fikirlah jugak bila nak ambik cuti tu. Ni kita dah tahu awal2 yang dia akan cuti hujung tahun walaupun dari orang lain kita dapat maklumat tu...kita diam jugalah sebab nak tengok betul ke tidak....kita bagi juga dia cuti walaupun terpaksa ubah perancangan awal. Bila ada staff sms, nak EL, tak pernah pulaklah kak long ni kata TIDAK, at least pandai2 laa depa ni tukar shift atau mintak kawan gantikan giliran dia , so kak long tak kisahlah sebab kalau kak long EL pun ada yang sanggup menggantikan, dan ada juga yang bagi alasan tak nak . Setiap kali ada sms mintak EL dengan alasan anak tak sihat, orang yg jaga anak tak ada, saya tak sihat, saya itu..saya ini ..kak long tak kisah, betul ke tidak alasan itu, terpulanglah, cutilah asalkan memang ada baki lagi cuti tahunan. Kalau betul2 memang tak boleh nak cari pengganti, kak long sendiri kerja walaupun kalau ikutkan kak long tak perlu nak ikut giliran ...ikut shift..tapi tak kisah jugaklah sebab dah itu keadaan kerja di institusi pendidikan. Dah 15 tahun kat sini, dan pernah jadi kuli, memang kulipun sebab bukan bapak kitanyer companykan? eheheheh..berdua jer jaga dept ni..so kami boleh bertolak ansur. Itu dah menjadi pilihan kak long, so kak long terima jadual kerja yang ada, tapi ada yang dalam diam tak boleh nak terima, itu kAK Long tahu tapi tak seteruk tempat lain yang kena stay back sampai 3 pagi . Staff layan friendster..staff layan blog, staff layan YM, kak long tak pernah marah sebab pandai2la jaga tugas masing2...itupun salah kak long lagi ke? tak timbangrasa ke? Awal2 masa temuduga dah cakap, macam mana jadual kerja kat sini tapi iyerlaa...mula2 nak dapat kerja mesti kata semua boleh, sanggup saja...
Dah buat semua tupun ,itupun kak long ni masih di katakan tidak bertolak ansur?..ambik kesempatan..tak ingat orang bawahan? Kadang2 kita nak suruh buat itu ini, kalau staff tak buat, kak long buat sendiri ...tapi tak pernah pulak la menengking, jerit pekik kat staff lain. Orang bawahan buat silap, kak long jugak yang kena marah, kak long yang kena jawab dgn pihak atasan. Kak Long beri kepercayaan kepada kakitangan buat kerja masing2 sebab tak suka nak bising2 setiap kali buat salah, tapi ..tapi kak long jugaklah yang salah ke? Mungkin ada salah dan silap kak long, tidak kak long nafikan tapi selagi boleh tak pernah tuding jari kat sesapapun..entahlah, mungkin kak long yang tak ingat tapi teruk macam mana pun memang kak long yang kena jawab. Teruk sangat ke kak long melayan anak2 buah kat ofis ni...ada ke setiap kali appraisal, kak long ni letak report semuanya buruk, semuanya salah, semuanya markah rendah? tak ada..sekurang2nya mesti average dan ramai yg dapat above average tapi kenaikan gaji bukan kak long yang buat keputusan...so ikut rezeki masing2lah berapa dapatnya.
Esok2 kalau kita telah berada di atas, mampukah kita melayan kerenah kakitangan kita semua? Kalau tak ada orang bawahan, mudahlah agaknya tapi kalau ada ramai, pandai2lah kita,sama2 ada tanggungjawab walaupun seberapa kecil atau besarpun jawatan kita. Kalau fikir senang nak jadi bos, mudah nak jadi orang atasan...fikir2lah.Hakikatnya tidak sebegitu...walaupun bukan semuanya susah tapi tengoklah nasib kita...untung2 mudahlah hendaknya. Maaf juga atas apa juga kesalahan kak long yang tidak menegur kalau itu menjadi kesalahan ..jangan sampai kak long mengamuk jer sudahlah...sebab seingat kak long tak pernah pulak mengamuk sakan kat ofis ni!!