Posts

Showing posts from 2008

Aktiviti Santai di penghujung 2008

Image
Jalan-jalan di Metro Point Kajang. Bermula dengan window shopping, last2 terbeli juga beberapa pasang kain..huhuhu sepasang seorang. Bila penat dan haus singgah ler makan pulak. Shopping itu terapi ...ekekeke Masa Nabil, Dini, Nu'aim ada di rumah dan kak long cuti, kami lepak di tepi tasik sebab dah jemu duduk depan TV..ehehe santai ambik angin sepoi2 bahasa di tepi tasik.Iqa dok menung mengawasi Nabil dan Nasyirat yang sibuk konon nak tangkap ikan dengan botol plastik..ehehehe. Huhuhu...gambar di atas di ambil semasa menunggu Opah diorang ni beli barang dapur. Suka memerhatikan keletah budak kecik yang tomei ini dengan gitar mainan dia ..ehehehh beriya2 dia bergaya. Nabil selalu ada bila kami jalan2 di Nilai 3. Huhuhu gambar barang yang kami bawak balik dari Nilai 3 tak ada p/s : Esok, 1 Jan 2009 InsyaAllah balik kampung. Doakan kami selamat sampai yer. Kak long nak hantar Iqa balik . Sementara tunggu result SPM dia nak belajar memandu bersama2 kawan2 dia di kampung.
Image
Makan malam di hujung minggu.meh makan sekali
Image
Meh makan.Makan dgn budak2 kecil kadangkala menguji kesabaran. Ehehe kalau mereka buat kecoh,mengamuk atau merengek di meja makan,memang tak senang nak makan. Betuk tak?sebab tu kena sabo!seronok kalau budak2 tu mendengar kata masa makan kat luar.

Cuti..

Image
Selamat bercuti untuk yang bercuti ..selamat bekerja kepada mereka yang bekerja ..dan selamat memasak untuk mereka yang suka memasak ..ehehe bolehlah yang bercuti ini menumpang makan. Merapu pulak dah di petang Ahad ini..ehehhe. Saya akan bercuti selama seminggu ini dan akan kembali semula InsyaAllah pada 30 Disember. Semester baru akan bermula pada 30 Disember, so kami akan mula sibuk melayan kerenah budak2 kat UNI ini. Tapi cutipun rasanya kena juga ambik tahu jugalah email ofis kut2 ada yg penting. Hmmm...cuti pun kena fikir pasal kerja..ahaks. Sementara cuti ini, kalau sempat update, kak long update blog ini yer. Sambil2 tu fikir2 apa azam di tahun hadapan ?

Mimpi lagi..

Entah apa yang bermain di fikiran sehinggakan diri ini termimpi-mimpi. Walau kita tak boleh percaya kepada mimpi namun masih ada terselit rasa bimbang. Sampai 2 kali kak long berpimpi malam /subuh tadi. Pertama, kak long bermimpi anak saudara kak long kemalangan.Dia datang mengadu kepada kak long dan apabila di lihat tidak ada luka yang ketara tetapi dia di dalam keadaan terkejut. Di dalam keadaan kelam kabut itu, kak long terjaga dari mimpi. Kali ke 2 kak long bermimpi kak long menaiki motosikal dan tiba-tiba di himpit oleh kereta yang mengelakkan sesuatu di tengah jalanraya sehingga kak long terbabas dan terjatuh dari motosikal. Di dalam mimpi ini kak long terjatuh sebanyak 2 kali dan di himpit/langgar oleh 2 buah kereta yang berlainan. Di dalam mimpi itu, kedua-dua pemandu kereta itu telah lari dari tempat kejadian. Ya Allah, lindungilah keluargaku dari segala mara bahaya dan hanya kepadaMu kami memohon perlindungan.

Internal Audit Lagi

Kelmarin dapat email ini: Dear IQAs, The Internal Audit is scheduled to be carried out from 22nd Dec 2008 – 9th Jan 2009. As such, we would like to call for an Internal Audit Preparatory Meeting. The details are as below: Date: 19th Dec 2008 (Friday) Time: 3.00pm Venue: Boardroom isk iskk ...ada ke yang attend meeting ni nanti? ntah berapa kerat ler yang ada. Dah hujung2 tahun macam ni ramai yg cuti ..yang ni pulak baru hantar reminder . Bila tengok schedule audit tu...teman yang paling banyak dept kena handle...hmm partner yg sorang tu teman tak pernah bekerjasama dgn dia sebelum ini. Harap2 tak de laa teman kena buat semuanya nanti sebab awal 2009 nanti teman akan lebih busyyyyyyy nampaknyer dgn internal audit yg kena habis sebelum 9 Jan. Walau tak ada apa2 imbuhan buat keje extra ini.. Sabo jer le!!!

Siri TV retro kegemaran saya

Image
Huhuhu hari ni dah tak ada idea..so mak long ni mengimbau kenangan lama. Suatu ketika dahulu ( sampai sekarang masih ingat),saya suka menonton banyak siri TV..tak kira drama, komedi atau action seperti.. Moonlighting..siri tv di mana Bruce Willis menjadi hero ... Remington Steel ..drama action dan penyiasat persendirian yg romantik dan kelakar Oshin .. citer Jepun ni best..sedih ada,kelakar ada..ehehe walau berhadapan dgn kepayahan, akhirnya berjaya juga hidup senang..dari dia kecil sampai menjadi nenek.. Six Million Dollar Man and bionic woman yang original tau..bukan yang remake yg kuar kat tv baru2 ni..eheheh( mana boleh pisah kedua siri ini, ada kaitan arr..ehehe) Battlestar Galactica (huhuhu apasal kita suka citer ni hah?? sebab jalan cerita atau sebab watak hero dia yg handsome..ehehehe BJ and the Bear ( hahahah..travel sekali naik lori dgn "Bear" the monkey) 8 Is Enough( suka tgk famili dalam citer ni kecuh2 sebab kita berdua beradik jer..ehehe...

The 5 dirtiest foods

Image
by Sarah Jio, Vitamin G, Glamour Magazine How would you rate your food-safety IQ? I know someone who never washes their fruits and vegetables after bringing them home from the market because he believes that they're washed at the store. Um, no. Read on to learn about what some call the "5 dirtiest foods" and for a food safety wake-up call... ****The dirty food list, according to this fascinating piece I found over at AOL Health include the following: Eggs: While most eggs aren't going to make anyone sick, experts estimate that more than 2 million germy eggs (as in Salmonella infected) get into circulation each year, sickening 660,000 people each year and killing as many as 300. Um, maybe we should think twice about eating that cookie dough (or, judging by our conversation on Vitamin G, perhaps you'd rather take your chances ?). How to buy cleaner eggs? Make sure the carton says they're pasteurized and never buy a dozen that contains any obvious cracks or l...

Cerai Kasih

Image
Cerai hidup atau cerai mati? kedua2 mempunyai cerita yang berbeza. Sekarang ini dah macam menjadi trend bila sebut kes cerai berai mesti dikaitkan dengan golongan artis . Hakikatnya ramai juga dikalangan orang yang bukan artis ini yang bercerai. Alasan untuk bercerai? selalunya yang kita baca atau dengar adalah sebab tiadanya persamaan, tiada persefahaman dan macam-macam lagi. Cerai hidup, orang akan kata macam-macam mahupun positif ataupun negatif. Tak habis-habis orang akan bercerita dan menimbulkan pelbagai syak wasangka dan spekulasi. Bab nikah dan cerai seperti membeli baju dan selepas itu membuangnya sebab baju dah koyak atau tak muat atau sebab baju yang dibeli itu sudah luntur atau pudar warnanya. Adakah ianya sebegitu mudah? Rasanya tidak sebab kes adanya berlanjutan sehingga ke mahkamah dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan kerana tidak ada toleransi dan kerjasama dari kedua belah pihak. Di dalam kes cerai hidup ini siapakah yang menjadi mangsa? Sedikit sebanyak ...

Workshop

Image
Hari ini hadir Workshop on business strategy. Huhuhu lepas break ramai yg belum masuk hall tp trainer dah tunggu. Biasalah kan ! Eheks

Saya dah kembali...

berblogging..walaupun tak sempat nak cerita panjang sebab tak ada cerita nak diceritakan..eheh selain dari sibuk kerja dan menghabiskan baki cuti tahun yang tidak boleh di bawa ke tahun hadapan. Kalau ikutkan boleh jer blogging via mobile phone tapi idea kurang dan malas..ehehhe. Terima kasih kepada kawan2 yang sudi juga singgah walau saya "away" dan mereka yg tak singgah sebab saya tak pergi jengah blog mereka..saya fahamm. Daaa...

Away until further notice...

Image

Lelaki atau perempuan lebih prihatin?

Image
Beberapa soalan untuk kita fikir bersama. "Di antara anak lelaki dan anak perempuan, yang mana lebih mengutamakan keluarga ( ibu/ayah/adik) setelah mereka bekerja dan berjaya?". Adakah lelaki atau perempuan yang setelah bekerja hanya fikir nak mengumpul duit untuk berkahwin atau sebaliknya membantu keluarga dan persekolahan adik-adiknya. Kes seperti ini tidak berlaku kepada anak tunggal dan mempunyai ibu bapa yang kaya raya? Siapa lebih pentingkan diri? anak lelaki atau anak perempuan?

Serabut ...

Image
...serabut kepala otak teman memikir hal2 kerja dan hal2 keluarga. Dah tak kira mana satu yg kena siap dulu, mana yg boleh buat kemudian dah. Pasalnya semua dah kata urgent, semua nak kata kena buat..kena selesaikan..kena sediakan...kena follow-up. Bab follow up ni payah jugak kalau dept yg berkaitan tak beri kerjasama. Supplier pun kadang satu hal jugak. Lembab sangat bagi feedback. Akitbatnya tertangguh ler keje. Huhuhu meja teman dah tak rupa meja. Nanti kalau kemas tak jumpa pulak yang nak dicari...ekekekke kadang pelik sikit teman ni..kalau dah terlampau kemas semua fail..payah pulak nak cari. Ni teman berblogging kejap sebab dah rasa "lemas".

Mudahkah memberi anak anda makan ubat?

Image
Awal tahun ini semasa Nu'aim di masukkan ke wad , susah sungguh nak beri dia ubat tapi sekarang ini, alhamdulillah mudah pulak. Di dalam gambar ini kelihatan Nu'aim sedang diberi ubat batuk dan selesema menggunakan picagari :-). Bertenang jer dia makan ubat ..eheheh agaknya kita pun dulu macam itu ke? atau lebih teruk ..sampai mak pegang rotan sebab nak suruh kita makan ubat? ahaks.

Lunch @ Pizza Hut

Huhuhu semalam kak long dengan mak makan di Pizzaa Hut. Sesekali hujung minggu malas nak masak ..ahaks.

How to Swallow Pills Easily...

Image
...without gagging or getting them stuck in your mouth. Kadang-kadang rasa nak marah jer bila ada di kalangan saudara mara mahupun rakan2 yang bila sakit dan perlu makan ubat berbentuk pil, mengelak tak nak makan ubat dengan alasan besar sangat pil dan macam2 alasan lagi. Semalam anak saudara kak long yg dah berumur 20 tahun masih ragu2 nak menelan ubat ..sanggup tahan demam dia ...hishhh rasa naik angin bila menasihat orang2 yang ada masalah macam ini..ehehehe. Ada ke dia kemam ubat tu dalam mulut bersama2 air yang dia minum dan tidak terus telan. Memang akan cair ler pil tu dan akan menambahkan rasa pahit di lidah. Pagi ini, Kak long google dan di bawah ini adalah salah satu artikel yang kak long rasa dapat memberikan sedikit maklumat dan tips tentang masalah untuk menelan ubat berbentuk pil. You don't have to suffer from "Phagophobia", or "the fear of swallowing" to experience problems when you're trying to take pills. Even though some pills are small in ...

Think Before You Talk

Image
This is a reminder for you and me. Always remember to think before you talk or otherwise you ended up giving ridiculous statements or nonsense. Think the pros and cons. The do's and don't. Concentrate and focused.

Dari dalam diri seorang insan...

Image
Hidup ini memerlukan kita membuat satu keputusan yang betul dan terus maju ke hadapan. Mudah? Tidak mudah sebenarnya. Jika kita merasa keputusan yang kita buat itu adalah yang terbaik tetapi pasti ada dikalangan orang sekeliling yang merasa itu bukan jalan yang terbaik. Pendapat kita kadangkala sama dan adakalanya pendapat kita jauh menyimpang. Namun kita tidak perlu menidakkan pendapat lain. Kita boleh menjadikan pendapat orang lain sebagai garis panduan di dalam melalui kehidupan kita sehari-hari. Ada ketikanya kita terfikir akan saat-saat ketika kita membuat keputusan yang agak "tidak bijak" atau memalukan diri. Arghhh! kenapa perlu membuat kesilapan yang sebegitu? Adakalanya kita seperti tidak pernah belajar dari kesilapan. Dua tiga kali buat perkara yang "membodohkan" diri sendiri . Kenapa mesti buat silap lebih dari sekali? Adakah kita silap apabila kita mengorbankan kepentingan diri sendiri hanya kerana tidak mahu ibu yang kita sayangi dan hormati merasa di p...

Happy 10th Birthday Nasyirat Nu'man

Image
Jangan nakal2 sangat, rajin belajar dan semoga terus di rahmati Allah s.w.t. InsyaAllah, Ameen.

Whatever will be. Will be ...

Image
My life becomes busier than before more complicated. More works, more thinking to be done. I can say that I am growing older and wiser (hopefully) with my workplace. I did mistakes before and I am still learning to manage the department better than before. The status of the company has been upgraded to a University. Definitely more changes will happen in the near future. Sometimes, I feel I am not ready to take the responsibilities. The workload is getting heavier though. But I have to endure. There were times when I could not tolerate and bear the pressure and I thought that's it, I will leave but I couldn't. I have endured all the hardship, working under pressure, complaints from the users and I simply could not leave and run from the reality. When I first joined this company about 16 years ago, I did not think that I would be working in a university. Frankly speaking, I joined because I need the work. I need to help my mom to support our family. After graduation, I went back...

Lagi-lagi tag...tapi saya tak kisah...

Image
Aduhai, cikgu Nurul yang telah tag kak long hari ini . Oleh kerana kak long dah pernah buat tag yang kedua tu, maka kak long snap picture pagi ini sajalah yer Nunu :-). Jangan marah tau. Memang tak edit dan inilah saya. Tolong jangan hiraukan kesemakan yang anda lihat di sekeliling saya itu okey..eheheh. Law & Order 1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now. 2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture. 3) Post that picture with NO editing. 4) Post these instruction with your picture. 5) Tag 10 people to do this Kak long tak nak tag sesapa sebab kak long baikkkk...ahaks. ( sebenarnya rakan blogger semua dah kena tag yang sama ..habis list dah..ehehhe)

HAPPY 17TH BIRTHDAY TO NORSYAFIQA

Image
HAPPY 17TH BIRTHDAY TO IQA. Walaupun tak dapat sambut dengan meriah sebab tengah sibuk dengan exam SPM, mak long harap Iqa ceria. Nanti bila Iqa dah habis exam, boleh datang rumah mak long dan kita celebrate, InsyaAllah. Kita buat sama2 dgn Nasyirat ek. Hehehe hari ni tengok jer laa seafood curry laksa dgn watermelon ice dari Secret Recipe dan beef lasagna yang mak long dan Cik Ana makan masa lunch hari ni ...ihiks. Lain kali kita letak gambar kek...huhuhu.

November...

Image
Hari ini tak ada idea nak bercerita. Sekadar mengingati tarikh-tarikh penting di bulan November. Setiap kali November tiba, kak long akan ingat 14 November, 18 November dan 19 November. 14 November adalah tarikh lahir anak saudara kak Long iaitu Iqa yang sedang "bertarung" dengan soalan2 SPM. Iqa akan berusia 17 tahun. 18 November pula ialah tarikh lahir anak saudara kak long Nasyirat Nu'man yang akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 10. 19 November pula adalah tarikh sedih untuk keluarga kami apabila Abah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tahun ini sudah 25 tahun Abah pergi meninggalkan kami. Cucu-cucu Abah hanya mengenali Abah melalui gambar2 lama yang tersimpan kemas di dalam album.

Okey ke atau tak okey?

Kak Long nak tanya pada pengunjung blog ini yang menggunakan browser Mozilla Firefox, sama ada okey tak susun atur blog kak long yang baru ini? Buat sementara kak long guna template ini dan jika anda masih melihat susun atur blog sebaris dan bukannya 3 kolum, harap maklumkan kepada kak long melalui komen di entri ini atau di shoutbox. Kak long tak letak semua widget dan aksesori lain sebelum mendapat komen dari anda semua. Huhuhu penat jer kalau dah siap semua tapi pengguna browser selain dari Internet Explorer tak boleh nak "view" blog dengan sempurna..ehehehhe. Komen dari rakan2 sekalian amat kak long hargai. Terima kasih.

Semoga Berjaya...

Image
SIMFONI HATI mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008

Weiiii saper curikk ....

Balik dari Teluk Intan hari Sabtu lepas, kak long balik ke rumah kampung selepas singgah di rumah kazen kak long . Masa tu tak perasan tapi semalam masa nak balik ke KL, baru perasan semua penutup "nut" roda kereta kak long hilanggg...huwaaaaaaaaaaaa gerammm weh ..gerammm. Siapaler punya kerja ntah. Mesti orang tu terdesak nak duit pergi jual kat kedai besi buruk kut...berapa sen sangat ler dapatnyer. Hmmm mungkin jugak tuan punyer kereta yg parking area yg sama dan nak gantikan penutup nut roda dia yg hilang kut...huhuhuhu kalau teman tak sanggup ler nak mencuri hak orang. Last2 semalam, ganti penutup nut plastik jer laa..malas nak beli yg jenis besi . Sabo jer ler. Dunia..dunia.

Letih

Jam baru sepuluh malam tp kita letih n mengantuk sangat. Awal pagi dh memandu balik kg. Kemas rumah dh siap.esok ptg balik ke kesuma.Daa..

Sah ke?

Sah ke tuan-tuan semua? ..sahhhhh! muahahahhahha macam Tok Kadi tengah menanya saksi masa akad nikah laa pulak..ahaks. Bukan apa, kak long nak cakap pasal SAH kut yang blog kak long ini apabila di "view" menggunakan mozilla, layout akan kelihatan tunggang langgang, macam Shay dan Kak Tie cakap, entri sebaris dgn side bar...so macam PERBARISAN masa Merdeka. Untuk pengguna IE, rasanya tak ada masalah. Harap2 ini masalah sementara ajer, kalau tidak mungkin kak long kena "pindah rumah", tapi buat masa ini tak sempatlah nak pindah sebab sibuk. Apa-apapun, kak long nak mintak maaf ler kepada sesiapa yang berminat (perasan konon ada "follower") untuk membaca entri di sini tetapi guna mozilla firefox sebagai browser dan tak dapat melihat layout blog ini yang "cantik sangat"..( ahahahha jangan marah...sila baca "cantik sangat" sbg "buruk sangat"). Kepala tengah pening sejak dari petang semalam..migrain datang lagi..huhuhu baru baik d...

Di mana silapnya

Bila Kak Tie komen kata entri kak long dah " lari" ke bawah, kak long tak tahu kat mana salahnya setting blog ini. Bila perati template macam tak ada masalah. Lagipun guna pc kat bilik ni okey jer kedudukan entri ..tapi bila guna pc lain, lari pulak kedudukannya..isk iskk...penin jugakler memikirnya. Kalau payah sangat, kak long tutup jer blog ni .... Ada sesapa yg teror bab2 HTML dan blogging ni boleh tolong kak long ke? kat mana silapnya..

SPM oh SPM...

Image
SPM 2008 dah semakin menghampiri. Kak Long pulak yang merasa berdebar-debar macam kak long yang nak ambik exam..ehehehe. Anak saudara Kak Long, si Iqa tu akan menghadapi SPM minggu hadapan iaitu hari pertama exam dia pada 11 November. Teringat pulak kes masa kak long ambik SPM berkurun yang lepas. Kisah sedih tau...sedih sebab kak long menangis kerana kertas BM.. Yaaaa..kertas BM yang orang lain boleh score A1 tapi kak long tak jawab satu segmen dalam kertas 1 atau 2( tak ingatla pulak sebab dah berkurun..eheheh). Habis exam utk hari tu masih tak sedar tapi bila malam kat rumah baru teringat. Patutlah orang lain dok tekun menulis, kak long dah siap..rupanyer kak long tak jawab satu bahagian lagi..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Menyesal tak berguna tapi alhamdulillah tak perlu ambik July paper utk BM..maknanya kak longnyer BM masih credit tapi corotnyer credit...uhukkksss. Malam tu baca nota ugama pun dah tak berapa nak konsentret, air mata dok mengalir mengenang kebodohan diri sendiri. Pengaj...

Busy but ..

..I am happy. It has been a while since the last update. I was busy during the weekend doing groceries shopping with my mom. On Saturday afternoon I received a phone call and an sms. The call was from my auntie who stays in Seremban and the sms was sent by my cousin Hana who stays in Ulu Langat. Wah!! Surprise! Surprise! They told me that they wanted to come to my house. Eheheheh ...well right after I hung up the phone, I prepare all the ingredients for “carrot beehoon". There was no veggie in the fridge because I am thinking to buy all the fresh veggie on Sunday. Ihiks..Anyway when I saw the carrot and the chicken meat in the fridge, wallaaa...the “carrot beehoon" popped up in my mind.. Last Saturday was almost like "raya open house"..Eheheheh. I served "kuih raya" tarts and the "tempeyek Ikan Bilis" plus the “carrot beehoon. My auntie came with my uncle. My cousin Hana came with her sons, daughter, mom ( my mother's sister), a brother( came...

Ulangtahun Kelahiran ke 2

Image

Happy 2nd Birthday ...

Image
2 tahun yang sudah...29 October 2006 lahirlah seorang putera Dengan Opah dan Kakak semasa berusia 2 bulan ...Muhammad Nu'aim. Buah hati famili semua yang comey, kelakar dan nakal eheheh. Tak plan nak celebrate apa2pun sebab sibuk dgn kerja....tapi tak tahulah pulak kalau mama dia ada beli kek..ihiks. Kish2 pp Nu'aim..semoga dipanjangkan umur, cepat bercakap dan dengar kata Opah, mak long, Abah dan Mama. Oktober 2007 2008

Episod sibuk datang lagi..

Sekarang ini episod hari2 yang sibuk telah bermula. Dengan batuk yang tak hilang lagi, kepala tambah serabut, meja tambah selerak dan kerja banyak yang tertunda...aduhhhh.

3 hari...

Image
..kak long menyepikan diri. Sepi bukan kerana merajuk dan bukan kerana marahkan sesiapa atau melarikan diri dari masalah. Cuba teka sebab apa kak long menyepikan diri? Terus terang lebih mudahkan? Kak Long menyepikan diri sebab kak long tak sihat. Demam. 3 hari demam dengan batuk. Bila makan ubat, demam kebah tetapi demam datang lagi...sakit semua sendi dan pening kepala semua lengkap. Hari ini datang jugalah ke tempat kerja walau tak sihat seratus peratus tapi oleh kerana pagi tadi pening dah berkurangan, kak long bolehlah memandu. Sewaktu menaip entri ini kepala dah mula sakit semula, jadi kak long kena berhenti yer. Jaga diri semua... p/s : Saper tau nama karektor kartun di atas ini? Dalam pada demam, kak long sempat tiru gambar kartun ini hanya kerana sayangkan anak saudara yang beriya-iya suruh kak long lukis. Ehehehe tibai jer lukis asal dia suka.

3 malam 3 hari di Kuching, Sarawak

Image
3 hari di Kuching, Sarawak tetapi masa untuk berlibur hanya sekejapan saja. Orang kata , menyusuri Sungai Sarawak pada waktu senja sambil menyaksikan matahari terbenam dan melihat "Pak Tambang" mendayung sampan menyeberangi sungai memang nyaman. Huhuhuhu tapi kak long sempat sampai ke WaterFront tapi tak sempat nak tunggu sampai matahari terbenam tapi memang cantik. Tebingan Kuching atau waterfront yang dibina pada 1993 menyimpan rentetan sejarahnya yang menarik. Di sinilah bermulanya sejarah Kuching dengan ketibaan seorang pengembara dari England, James Brooke yang menumpaskan pemberontakan di sungai atas permintaan bapa saudaranya Sultan Brunei. Sarawak ketika itu adalah sebahagian daripada Brunei. Sebagai balasan, Sultan Brunei melantik James Brooke menjadi Rajah Sarawak, sehinggalah pendudukan Jepun tahun 1941. Selepas perang, anak saudara Brooke, Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British. Bazaar menjual ole2 dan cenderamata berjajaran di sepanjang jalan be...

Sampai dah...

Akhirnya kami samoai ke Kuching pada pukul 12.30 pagi 17 oktober, 2008. Huhuhu flight delayed selama 1 jam. Alhamdulillah cuaca okey sepanjang perjalanan. Tidur pukul 2 pagi..bangun pagi ni ambik sarapan di hotel. Sekarang kami di campus baru di Kuching dan sessi pertama akan bermula sebentar lagi. Selepas sarapan tadi sempat jalan2 ke kawasan sekitar hotel, termasuk padang merdeka dan kedai2 sekitar.

Bila Hujan Turun Di kala Senja

Image
Pemandangan di kawasan letak kereta di hadapan blok perpustakaan Hujan turun dengan begitu lebat sekali di petang Rabu ini. Termasuk hari ini sudah 3 hari berturut-turut hujan turun di waktu petang membawa ke malam. Bila hujan lebat dgn guruh dan petir silih berdentum di langit kelabu, hati jadi sedikit runsing. Kak Long paling tak suka memandu dalam keadaan hujan diwaktu malam. Dalam keadaan jalan licin, jalan sesak dan had penglihatan yang terhad menyebabkan diri ini memandu dalam keadaan stress ..isk iskkk rasa tak sabar nak sampai ke rumah. Titis-titis hujan di luar jendela

Nak Terbang ke Bumi Kenyalang

Image
Diam tak diam dah seminggu tak update blog ni. Bukannya apa, tak ada idea, tak ada mood dan tak ada rasa nak berblogging..ehehehhe. Di ofis mmg sibuk tapi kalau nak update di rumah pun boleh sebenarnya tapi tak buat..ampunnn ek. Apapun tinggal 4 hari lagi sebelum kak long away dari ofis selama beberapa hari. Kak Long akan sampai di Kuching malam Khamis 16 oktober sehinggalah Ahad 19 Oktober. Flight details belum dapat lagi. Kali ini bukan bercuti tapi urusan kerja..eheheh. Sampai sini dulu..nanti kalau ada cerita lain kak long update lagi yer. Daaa..