Cerai Kasih


Cerai hidup atau cerai mati? kedua2 mempunyai cerita yang berbeza. Sekarang ini dah macam menjadi trend bila sebut kes cerai berai mesti dikaitkan dengan golongan artis . Hakikatnya ramai juga dikalangan orang yang bukan artis ini yang bercerai.
Alasan untuk bercerai? selalunya yang kita baca atau dengar adalah sebab tiadanya persamaan, tiada persefahaman dan macam-macam lagi.

Cerai hidup, orang akan kata macam-macam mahupun positif ataupun negatif. Tak habis-habis orang akan bercerita dan menimbulkan pelbagai syak wasangka dan spekulasi. Bab nikah dan cerai seperti membeli baju dan selepas itu membuangnya sebab baju dah koyak atau tak muat atau sebab baju yang dibeli itu sudah luntur atau pudar warnanya. Adakah ianya sebegitu mudah? Rasanya tidak sebab kes adanya berlanjutan sehingga ke mahkamah dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan kerana tidak ada toleransi dan kerjasama dari kedua belah pihak.

Di dalam kes cerai hidup ini siapakah yang menjadi mangsa? Sedikit sebanyak anak-anak yang akan menerima kesannya. Kalau tak ada kes perebutan hak penjagaan anak, mungkin tidaklah panjang juga ceritanya tapi kalau ada, kasihan kepada anak-anak itu. Kadang2 bila sampai kisah "dalam kelambu" pun mereka ceritakan di mahkamah sebab masing2 nak menegakkan kebenaran.

Kalau bercerai mati, maksudnya sama ada suami atau isteri meninggal dunia maka terpisahlah mereka namun begitu rasanya kasih suami dan isteri yang bercerai mati itu biasanya tidak akan padam kecuali sebelum salah seorang dari mereka itu mempunyai dendam dan rasa amarah terhadap pasangan mereka yang telah meninggal dunia itu. Itu adalah satu kemungkinan dan ianya hanyalah pendapat peribadi saya.

Sebenarnya panjang kalau nak diceritakan kisah perceraian ini. Terlalu rumit dan terlalu banyak yang perlu diperhalusi. Cukuplah sekadar mengatakan ada juga perempuan mahupun lelaki yang sanggup makan hati dan bersabar dengan kerenah pasangan masing-masing kerana memikirkan masa depan anak-anak.

Cerai kasih bertalak tidak? iskk itu lagi menakutkan. Ada yang merasa takut mendekati dunia perkahwinan kerana kisah2 perceraian ini? Pasti ada.

Comments

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini