Posts

Showing posts from January, 2008

Bahagia..apa kata anda?

Image
Kak Long tidak mahu kehilangan kata-kata indah yang diberikan oleh teman-teman tentang bahagia. Hari ini kak long letakkan kata-kata itu di sini... Airynnz kata... ..jika bahagia itu sebuah kepingan puzzle yg dicantumkan menjadi bentuk hati...ryn ingin setiap bentuk itu diberikan pada kak long agar kak long bahagia selalu. Kak Long kata.. Indah sungguh kata-kata ini. Syahdu hati kak long sesungguhnya. Kalau lelaki yang memberi kata-kata ini mesti kita terasa diawang-awangan ..ehehehe MamaRanggie kata... bahagia tu sukar di ungkapkan... tp dimana2 ade kebahagiaan jika pandai menilai erti bahagia... Kak Long kata... Sesungguhnya benarlah kata-kata eira itu. Hanya diri kita yang berhak menilai erti bahagia diri sendiri. Noushy kata... Happiness is a choice we make.It is a choice that comes from feelings or emotions, choose to be happy by doing things that will change your behaviour into something that will make you feel better about your existence.The positive thoughts, behaviours and ...

Bahagia itu ...

Image
. ..ada di mana-mana. Walau tanpa cinta seorang insan bernama lelaki kita boleh berbahagia. Kita perlu cinta. Ya! tidak dinafikan hakikat itu tetapi kita tidak perlu terdesak jika tiada cinta datang bertandang. Cinta dariNya sentiasa ada dan tidak akan berakhir sehingga ke akhir hayat. Tiada maknanya jika cinta diterima tetapi ada agenda yang tersirat di sebalik. Mungkin ada sekelumit rasa terkilan dengan insan-insan yang mencarik luka di hati kita namun semuanya wajar kita jadikan teladan. Apa yang pasti cinta dariNya mampu membuat kita bahagia. Bahagia itu ada dihati kita. Bahagia kita bersama keluarga , bahagia kita bersama sahabat. Percayalah.

Nu'aim Yang Kelakar

Image
Malam tadi, first time Nu'aim bermalam di rumah Kak Long tanpa Mama dia. Adik ipar kak long ada seminar di Port Dickson hari ini dan petang semalam dia dah pergi . Dari lepas pantang lagi Nu'aim memang mak kak long yang jaga tapi bila malam mama dia ambik. Pagi tadi tengok dia masih tidur lena .Okey jer dia tidur dengan Opah...good boy!! Abang2 dan kakak dia Nurdini memang dah biasa tidur di rumah kak long. Abang Nasyirat dengan Abang Nabil lagilah..weekend jer baru balik ke rumah Abah dengan Mama dia..eehehehe. Semua tidur dengan Opah. Muhammad Nu'aim setahun yang lepas ketika bercuti di A Famosa Melaka.Siap ada selimut pulak kat riba dia ..eheheh kecik lagi dah pandai pandang kamera Nu'aim yang pandai bergaya di atas kerusi favorite. Muka serius jer tapi dia memang kelakar..Opah nak marahpun tak jadi marah..Siap dah pandai main buli kakak Dini..habis kakak dia kena ketuk dengan gusti bila kakak tengah tengok tv..ahaks.

Terima Kasih jua..

Image
Maaf dipohon kepada Noushy dan Farah B kerana lambat nak mengucapkan terima kasih kerana memberi kak long "best friends award" ini. Thanks so much my lovely adik-adik yang seorang jauh di UK...seorang lagi kat Penang tu . Walaupun Penang tak berapa jauh sangatlah tapi tak tahulah boleh berjumpa ke tidak dengan korang berdua ni. Kak Long memberikan awards ni kepada semua kawan-kawan yang singgah ke blog ini tidak kira sama ada anda ada meninggalkan jejak mahupun hanya sebagai "silent reader". Terima kasih jua buat semua di luar sana ..jauh dan dekat.

Puteri Yang Satu...

Image
Comei princess Dini pakai tudung ... Terasa seperti baru sangat Nurdini di lahirkan tapi tau-tau jer dia dah mula bersekolah tadika 5 tahun. Kakak dah besar dah !! Semalam dia cakap " Kat rumah kita boringlah tak ada kawan nak main. Kita suka pergi sekolah". Ahahahaha..kakak cakap macam tu sebab kakak belum ada homeworkkan? ihikss ..nanti kalau dah ada homeworkpun, harap2 kakak masih suka pergi ke sekolah okey!! Rajin juga macam abang Nasyirat dengan Abang Nabil. 1 jam lagi van nak jemput dan sibuk pakai baju sekolah..ehehehe jenuh Opah nak layan.

Apa-apa jer la..

Image
Bukan nak mengada-ngada tapi hari ni kepala pening sangat ...tapi buat tak ada apa2 jer laa ...buat jugak keje2 yang ada...adehlah apasal ler pening gegila ni ...adakah kerana cermin mataku ini yg dah lama tk ku pakai ? tapi power sama jer dgn yang selalu di pakai. Makan uphamol sebijik sebelum lunch tadi pun tk makan saman pening ni ...huwaaa!!! Keja yang nak kena tengok perhati yg guna excel ni buat tambah sakit....gastrik ke pun? angin dah naik ke kepala? haiyaaaa. Nasib baik esok cuti...apa nak buat esok ni?? lepak lagi kat rumah ler ni gamaknyer ..or boleh pergi seremban ziarah makcik ...hmmm bagus jugak idea ni ..tapi kalaulah ada yg tolong pandu kereta ...eheheh lagik bagus ..ahaks ..sudah2 la tu kak long weh....berangan nak ada driver!!! . Adeh...tolongg picit tengkuk sendiri sambil menaip..ehehhee dah berbau minyak cap kapak dah ni !!! Dalam pening2pun hari ni ada jugak kerja yg berjaya di selesaikan. Alhamdulillah. Jumpa lagi Khamis nanti, InsyaAllah. oklah nak sambung kerja...

Dulu Lain, Sekarang Lain

Image
Ketika Kak Long mula bekerja kira-kira 15 tahun yang lalu, kolej di mana kak long bekerja sekarang ini hanya sebuah kolej yang agak kecil tetapi kini menjadi salah sebuah IPTS yang bertaraf universiti. Pada ketika itu staff memang tak ramai, adalah dalam 20 orang dan pelajarpun adalah dalam beberapa ratus orang. Kami saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Kak Long siap boleh hafal lagi student number beberapa orang student yang rajin datang ke library dan pinjam buku. Ketika itu hubungan kami dengan students memang baik dan sampai pergi makan pun sama-sama..lepak kat mamak pun sama ..ehehehe. Tapi itu semua menjadi kenangan semasa kami masih di PJ. Pada masa tu susah nak tengok pelajar melayu yang belajar di kolej tempat kak long bekerja. Setelah beberapa tahun bekerja, barulah ada budak melayu masuk, kitapun sukalah jugak sebab ada jugak budak melayu yang dapat peluang belajar di kolej swasta. Ada yang dengan perbelanjaan sendiri dan ada juga yang mendapat tajaan Tenaga Nas...

Love and Hate

Image
Latest tag from Noushy is about what I love and Hate. I thought it is easy to answer this tag but oh nooo!! I could not think the answer. Finally, before going home, in between my routine works, I managed to finish the tag. Here are the answers: Satay oh satay A1. I love to eat: Satay /sea food -yummy ..kita serupa ek noushy...ehehehe .All types of foods -Malay, Chinese, Indian style..semua boleh..ihiks /western food-also boleh layan . So nanti kak long pergi London, Noushy boleh masakkan any western food for me...ahaks. Tak tergamak nak makan itik A2. I hate to eat: Duck but I love duck eggs..boleh ke macam tu?? cuti-cuti Malaysia B1. I love to go: cuti-cuti (holidays) with my family. B2. I hate to go: to a crowded place like concerts, or shopping complex during sales whereby I have to wait and wait and wait or to waste 15-20 minutes in the car just to find a parking space. I will not park my car on the roadside and my mom always says okey..ehehhehe I prefer to make a u-turn and ...

Today..

Image
Today She’s not feeling well She’s sick But She has work to be done She has 2 different group of panel from 2 different accreditation boards to brief and answer She has complaints to be solved She has a sore throat she thinks she has a mild fever but it's okey because Her voice is sexier (yeah right...ahahahaha) The clock is ticking But The time to check out from the office is 5pm She could not wait to have a hot bath and lie down But She knew she will not lie down and rest She will help mommy to cook dinner She will help mommy to take care the little ninjas She is worried but at the same time she is happy with her life She believes Allah will not give her more challenges than she could handle She prays and hopes things will get better and problems will be solved InsyaAllah

Salahkah bertanya?

Image
Bila seorang perempuan atau lelaki menghantar sms atau menelefon bertanya kepada seorang lelaki atau perempuan yang difikirkannya sebagai seorang kekasih, seorang lelaki atau perempuan itu akan merasa apa? Adakah kita rasa rimas? perempuan ni tak layak jadi isteri sebab mengongkong? lelaki itu tak layak jadi suami? apa lagi komen seorang lelaki mahupun perempuan ? Salah ke kalau kekasih atau suami mahupun isteri kita bertanya di mana kita berada ketika itu? Lainlah ceritanya kalau sms atau call setiap minit. Kalau setiap minit tu mungkinlah boleh kita merasa menyampah...tapi sudahkah anda menjawab pertanyaan darinya yang pertama itu? kalau tak berjawab, memanglah sms akan dihantar berkali2..phone akan berdering2. Iyerlah...manalah tahu kita tak angkat sebab kita pengsan ke ..jatuh dalam longkang ke? dating dgn bini atau laki orang ke? sedangkan ada yang risau tentang kita. Sudahkah kita memberitahu suami/isteri kita itu kemana arah tuju kita? Jangan jadi seperti berita kemalangan yang...

Maal Hijrah 1429

Image

Terharu

Image
Di dalam kesibukan melaksanakan kerja-kerja yang sedia ada pada hari Isnin lepas kak long terbaca komen Noushy tentang award yang diberikannya kepada kak long. Sempat Kak Long melihat award tersebut dan hari ni kak long baru berkesempatan untuk menyatakan rasa terharu dan terima kasih kak long kepada Maliha Anoushka . Statement Noushy di blognya tentang Kak Long membuatkan Kak Long terharu kerana sepanjang perkenalan kami, Noushy amat memahami apa yang tersirat di hati kak long dan memahami apa yang kak long lakukan selama ini. Tidak pernah kak long mengimpikan mendapat penghargaan dari sesiapapun sejak kak long mula mengenali dunia blog sejak 3 tahun yang lepas. Blog hanya satu cara untuk kak long meluahkan sebahagian dari apa yang kak long lihat, dengar dan pandang di dalam menjalani episod kehidupan ini. Terima kasih Noushy.

Latest Robbery/Car-Jack Tactic

Image
Dear friends, I am quite busy with my work commitments. Sorry for not being able to visit your beautiful and inspiring blog. Anyway, I have decided to post this interesting story @ reminder @information forwarded by a friend. Please read... The latest tactic used by robbers to stop you while driving and to rob, rape or slash you has come to my attention after a friend of mine was trapped in this situation. LATEST CASE My good friend was driving along Kesas Highway with his wife just after Plaza Tol Puchong towards Kajang last Sunday 23rd December at around 11 pm after attending a dinner function at his relative's house in Bandar Sunway. Suddenly, a motorbike overtook them and the pillion rider threw 2 eggs towards his car windscreen. Within seconds, his whole windscreen was smeared with the messy broken eggs. His immediate reflex action was to turn on the windscreen wipers which quickly covered the whole surface and blurred his vision. So he immediately slowed his car and brought ...

Hari Itu Dalam Sejarah

Image
Selepas habis waktu bekerja pada hari minggu yang lepas, kak long dan mak balik ke kampung. Kak Long sampai di rumah kazen kak long pada pukul 7:45 malam dan terus solat maghrib. Keesokan harinya kak long pergi ke Bandar Teluk Intan kerana Iqa, anak sedara kak long tu nak cari buku teks sekolah dia. Malangnya tidak ada satupun buku teks yang dikehendaki ada di kedai2 buku di Teluk Intan itu. Terpaksalah Iqa membeli buku2 teks tersebut sekembalinya beliau ke MRSM Balik Pulau esok. Harap2 stok buku teks mencukupi. Kalau tidak, terpaksa pulak dia bergantung kepada buku2 rujukan SPM yang telah dibeli. Kawan-kawan semua masih ingat entri tentang Menara Condong Teluk Intan yang pernah kak long tulis beberapa minggu lepas. Oleh kerana Noushy dah suruh kak long naik menara itu, ehehhe kali ini dengan rasa sedikit gayat, kak long naik juga menara tersebut. Mak dengan kazen kak long, Kak Ina memula tak nak naik tapi akhirnya mereka naik juga..ihiks. Iqa temankan kak long naik ke atas menara. T...

A New Beginning...

Image
We will open the book. Its pages are blank. We are going to put words on them ourselves. The book is called Opportunity and its first chapter is New Year’s Day.