Dulu Lain, Sekarang Lain

Ketika Kak Long mula bekerja kira-kira 15 tahun yang lalu, kolej di mana kak long bekerja sekarang ini hanya sebuah kolej yang agak kecil tetapi kini menjadi salah sebuah IPTS yang bertaraf universiti. Pada ketika itu staff memang tak ramai, adalah dalam 20 orang dan pelajarpun adalah dalam beberapa ratus orang. Kami saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Kak Long siap boleh hafal lagi student number beberapa orang student yang rajin datang ke library dan pinjam buku. Ketika itu hubungan kami dengan students memang baik dan sampai pergi makan pun sama-sama..lepak kat mamak pun sama ..ehehehe. Tapi itu semua menjadi kenangan semasa kami masih di PJ.

Pada masa tu susah nak tengok pelajar melayu yang belajar di kolej tempat kak long bekerja. Setelah beberapa tahun bekerja, barulah ada budak melayu masuk, kitapun sukalah jugak sebab ada jugak budak melayu yang dapat peluang belajar di kolej swasta. Ada yang dengan perbelanjaan sendiri dan ada juga yang mendapat tajaan Tenaga Nasional. Bila dah balik dari UK, ada seorang tu dah menjadi tenaga pengajar di sini. Ada beberapa orang students yang dah kembali dan mengajar di sini masih mengingati kak long sebab kami memang selalu bersembang dan berbual ketika mereka masih menjadi pelajar.
Sekarang , semakin ramai budak-budak melayu yang belajar di sini. Kebanyakan mereka di hantar oleh pihak kementerian Kesihatan, Felda dan ada juga pelajar A- Level tajaan JPA. Mereka akan berada di sini selama 2 tahun sebelum berangkat ke UK. Beruntung budak-budak pandai sekarang ni..banyak peluang belajar. Cuma nak atau tak nak saja.
Apa yang kak Long perhatikan, ada di kalangan mereka ini yang begitu rajin berusaha. Ada diantara mereka yang dah ada peluang,mak ayah bagi duit suruh belajar tapi tak nak berusaha, belajar ala kadar, kelas tak datang, repeat paper ulang kali menghabiskan duit mak dgn ayah, mentang2 anak orang berada. Rugi betul. Ada pulak yang dari bangsa lain, rajin singgah dan bertanya itu dan ini, sedangkan budak-budak melayu kita ni agaknya dah pandai kut, langsung tak pernah nak bertanya...sama ada dah memang pandai ataupun memang sombong ataupun buat2 tahu. Ada jugak tu yang sedihnya , bila dah exam baru nampak batang hidung nak pinjam buku. Dah hujung semester baru terkial-kial nak cari artikel nak buat assignments atau projek. Iskkk...iskkk.

Dulu students dgn staff macam kawan-kawan ajer tapi bila dah ramai students, dah kurang interaksi diantara kami dengan setiap pelajar. Bila ada urusan baru ada interaksi. Kak Long rasa kalau mereka kembali ke sini semula setelah habis belajarpun kak long takkan dapat mengingati muka dan nama mereka sebab tak kenal..dah terlalu ramai.

Tapi tak ada apa yang nak dihairankan sebab kalau jumpa staff library atau lecturer masa kita belajar dulupun mungkin mereka tak dapat nak kenal sebab ramai sangat students kecualilah kalau kita memang POPULAR kat kolejkan? ehehhehehe. Ni setakat students yang low profile cam kak long ni ..saperlah yang nak ingat ..ahaks. Apa-apapun walau di mana kita menuntut ilmu, kita harus berusaha sebab bukan mudah utk mengecap kejayaan. Gunakanlah peluang yang ada sebaik-baiknya.

Comments

sd. said…
wah wah.
gaji dulu dan sekarang pun mesti lain kan?

ehem ehem.
byk tu duit die.hehe

salam kaklong~
Abang Long said…
Memang berlainan. Dan terlalu jauh berbeza. Abang Long masih ingat kepada penjaga perpustakaan sekolah sewaktu tahun 1975. Sebab dialah yang membawa abang long pulang, setelah ayah tidak datang menjemput.
Juezura said…
sayda-->Salam sayda..muahh..ehehehhe gaji dulu dgn skrg kalau sama memang tak ada logika laa sayda ..ahaks. Tak de byk pun tapi alhamdulillah cukup menyara kehidupan :-)
Juezura said…
abang long-->terlampau byk perbezaan diantara dulu dan sekarang.
Qaseh Bidadari said…
memang berbeza kak long...

x kan sama...
Noushy Syah said…
Perhaps some differences are good as you said, before none or few Malays enrolled in the college unlike now,but there's always a price to pay along side with the changes and it seems like there's problem in attitude as well..the small thing that makes huge difference in people!

Good entry Kak LOng.It's the reality that sometimes we have to reminisce for improvement..thanks for sharing.
Mersik said…
Uii.. pokcik pun nak selalu gi library k long laa.. pinjam buku Dol Leman.. hik hik

Err ada ka?
natrah said…
Betul lah kak long...budak2 sekarang mudah...nk apa semua parents boleh sedia sbb tu kadang2 ada yg tak appreciate apa yg diorang dapat..tak study betul2..nasib baik sy tak jd budak2 sekarang...kalau tak sy pun jd mcm tu gamaknye..heheheehe
Juezura said…
Noushy-->sharing is caring :-). Dulu dan sekarang mempunyai perbezaan baik dan buruk..negatif dan positif. yang penting kita ambil sahaja yg baik utk menjadi teladan.
Juezura said…
Pokcik Mersik-->Ampun maaf yer...buku Dol Leman tak ada kat sini sebab budak2 sekolah sini semuanya dah tinggi bosa..dah dewasa...eehhe buku Dol Leman depa tk baca. Kalau perpustaan Negeri sure ada buku Dol Leman tu.
Juezura said…
Natrah-->huhuhu Natrah budak baik...ehehhe dah jadi doktor pulak tu...alhamdulillah.
Pencarut Keji said…
ME+layu = layu selama-lamanya.. :)

Bile akal tak proaktif.. badan jadi terlalu sensetif.. :) bile terlalu sensetif.. mate.. tangan.. kaki.. sume jadi malas.. pabile jadi malas.. :)

Diri pun tak terurus..

bile diri tak terurus.. sume jadi kelam kabut.. pastu layu~ uh.. sesuai.. :)
mad redo1 said…
memang sonot kalu ada closed-knit ofis cam gitu, tapi bila dah berkembang makin sukar le nak keep track...

btw, kat sana subscribe dok ke 'datastream'?
Juezura said…
mad_redo1-->sorry bro..Kai tak subscribe datastream. Ada apa2 info yang u nak ? Let me know. Maybe I can help.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini