Dulu Lain, Sekarang Lain
Ketika Kak Long mula bekerja kira-kira 15 tahun yang lalu, kolej di mana kak long bekerja sekarang ini hanya sebuah kolej yang agak kecil tetapi kini menjadi salah sebuah IPTS yang bertaraf universiti. Pada ketika itu staff memang tak ramai, adalah dalam 20 orang dan pelajarpun adalah dalam beberapa ratus orang. Kami saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Kak Long siap boleh hafal lagi student number beberapa orang student yang rajin datang ke library dan pinjam buku. Ketika itu hubungan kami dengan students memang baik dan sampai pergi makan pun sama-sama..lepak kat mamak pun sama ..ehehehe. Tapi itu semua menjadi kenangan semasa kami masih di PJ.
Pada masa tu susah nak tengok pelajar melayu yang belajar di kolej tempat kak long bekerja. Setelah beberapa tahun bekerja, barulah ada budak melayu masuk, kitapun sukalah jugak sebab ada jugak budak melayu yang dapat peluang belajar di kolej swasta. Ada yang dengan perbelanjaan sendiri dan ada juga yang mendapat tajaan Tenaga Nasional. Bila dah balik dari UK, ada seorang tu dah menjadi tenaga pengajar di sini. Ada beberapa orang students yang dah kembali dan mengajar di sini masih mengingati kak long sebab kami memang selalu bersembang dan berbual ketika mereka masih menjadi pelajar.
Sekarang , semakin ramai budak-budak melayu yang belajar di sini. Kebanyakan mereka di hantar oleh pihak kementerian Kesihatan, Felda dan ada juga pelajar A- Level tajaan JPA. Mereka akan berada di sini selama 2 tahun sebelum berangkat ke UK. Beruntung budak-budak pandai sekarang ni..banyak peluang belajar. Cuma nak atau tak nak saja.
Apa yang kak Long perhatikan, ada di kalangan mereka ini yang begitu rajin berusaha. Ada diantara mereka yang dah ada peluang,mak ayah bagi duit suruh belajar tapi tak nak berusaha, belajar ala kadar, kelas tak datang, repeat paper ulang kali menghabiskan duit mak dgn ayah, mentang2 anak orang berada. Rugi betul. Ada pulak yang dari bangsa lain, rajin singgah dan bertanya itu dan ini, sedangkan budak-budak melayu kita ni agaknya dah pandai kut, langsung tak pernah nak bertanya...sama ada dah memang pandai ataupun memang sombong ataupun buat2 tahu. Ada jugak tu yang sedihnya , bila dah exam baru nampak batang hidung nak pinjam buku. Dah hujung semester baru terkial-kial nak cari artikel nak buat assignments atau projek. Iskkk...iskkk.
Dulu students dgn staff macam kawan-kawan ajer tapi bila dah ramai students, dah kurang interaksi diantara kami dengan setiap pelajar. Bila ada urusan baru ada interaksi. Kak Long rasa kalau mereka kembali ke sini semula setelah habis belajarpun kak long takkan dapat mengingati muka dan nama mereka sebab tak kenal..dah terlalu ramai.
Tapi tak ada apa yang nak dihairankan sebab kalau jumpa staff library atau lecturer masa kita belajar dulupun mungkin mereka tak dapat nak kenal sebab ramai sangat students kecualilah kalau kita memang POPULAR kat kolejkan? ehehhehehe. Ni setakat students yang low profile cam kak long ni ..saperlah yang nak ingat ..ahaks. Apa-apapun walau di mana kita menuntut ilmu, kita harus berusaha sebab bukan mudah utk mengecap kejayaan. Gunakanlah peluang yang ada sebaik-baiknya.
Comments
gaji dulu dan sekarang pun mesti lain kan?
ehem ehem.
byk tu duit die.hehe
salam kaklong~
x kan sama...
Good entry Kak LOng.It's the reality that sometimes we have to reminisce for improvement..thanks for sharing.
Err ada ka?
Bile akal tak proaktif.. badan jadi terlalu sensetif.. :) bile terlalu sensetif.. mate.. tangan.. kaki.. sume jadi malas.. pabile jadi malas.. :)
Diri pun tak terurus..
bile diri tak terurus.. sume jadi kelam kabut.. pastu layu~ uh.. sesuai.. :)
btw, kat sana subscribe dok ke 'datastream'?