Hari ini..
Semalam pergi klinik. Mak tak sihat sejak beberapa hari yang lepas. Batuk dan selsema kembali semula dalam masa 3 bulan dah 2 kali pergi klinik..ubat dah beberapa botol habis. Kak Long sendiri dah mula batuk dan doktor kata tonsil dah merah . No wonder semalam rasa demam tak demam..tapi badan memang rasa tak sedap sejak hari minggu lepas. Sebab tu masa birthday tak larat nak tak ada mood nak pergi ke mana-mana. Batuk kak long tak teruk tapi tekak memang perit dan terasa gatal.
Lupakan soal kesihatan. Hari ni nak selesaikan urusan dengan LHDN. Huhuhu income tax 2007 korang dah settled ke? Oleh kerana HRD dah bawak orang2 dari LHDN ke sini...so senanglah sikit kerja...ehehehe terus submit jer pada kakitangan LHDN tu nanti. Hmmm nak check semula apa2 yang yang di isi kat BE Form..kut ada yg tertinggal la pulak. Jumpa lagi...bila ? tak pasti..kalau ada..adalah. Kalau tak ada...teruskan mengingati yer..ihiks cam ada yang nak ingat! tak mengapa...ceria2 la yer.
Comments