Hadiah Impian?
Nurul..my ex-colleague dah tag kak long last week lagi tapi tak sempat nak buat tag tu. Iskk jenuh memikir apa ler hadiah yang kak long impikan? Hmmm...apapun inilah yang terfikir skrg ni. Bertuahnya badan kalaulah ada orang yang sanggup hadiahkan... ehehhe namanya pun impian..mungkin terlaksana dan mungkin juga akan tinggal menjadi impian.
1. Sebuah MPV...lebih tempat duduk...lebih luas.
-huhuhu sebab kesian tengok anak2 sedara kalau naik kereta kita yg ada sekarang tu, kalau budak-budak tu tertido, tak boleh nak baring dengan selesa.
2. Percutian selama sebulan...ahahaha tak kira ke mana destinasi
-sebab timbul rasa bosan nak kerja bila ada saja yang tak kena. Bila kena mintak maaf walau orang lain yang salah..huhuhu baik jadi orang suruhan ajer rasanya. Rasa penat otak memerah.
3. Sekeluarga dapat pergi ke Makkah menunaikan Haji
-Alangkah bahagianya ...
4. Sebuah Kedai buku
4. Sebuah Kedai buku
-Huhuhu sambil uruskan kedai..sambil baca novel.
5.Jam tangan
-sebab jam2 yg ada semua dah rosak...ekekkek kut2 ada yg nak bagi jam " Tag Heuer" yang ada diamond2 ..okey ler tuh!!
p/s : Nurul..ampun yer. Tag no. 5 ni cuma ada 1 part jer ek..eheheh.
Comments
impian yg pertama tu sama mcm eira...
nak mpv..cukuplah avanza pon dah ok!