Pecahlah pulak ..


1 May, kak long dan mak ambik kesempatan balik ke kampung tengok-tengok rumah yg ditinggalkan. Maklumlah rumput keliling rumah, ada yang dah sampai ke lutut. Semak sungguh. Mak ambik kesempatan meracun rumput tapi tak tahulah mati ke tidak sebab hujan jer di kampung, rumput2 jadi segar dan cepat biak.


Semalam, kira2 pukul 11.30 bertolak balik dari kampung. Huhuhu tetiba rasa kereta tak boleh nak bergerakpun..berat semacam dengan bunyik seakan-akan enjin motobot. Berderau darah kak long dan terus berhenti di tepi jalan tapi tak ada apa2pun bila kak long check keliling. Tak sampai 50 meter jalan, berbunyi lagi..aduss tak boleh jadi ni...terus telefon hubby kak Ina, kazen kak long tu . Dia kata buat u turn balik ke pekan sabak bernam dan cuba cari mekanik. Bila dah u turn, bunyik semakin kuat dan kak long terus berhenti di kawasan yg ada rumah orang. Mak terus turun dan pada masa yg sama , baru mak kak long perasan tayar pecah. Huwaaa pecah laa pulak !!! Terus telefon abang din dan dia kata dia akan datang tolong... Huhuhu masa tu panas terik, tak ada kawasan berteduh pun. Hazard lights dah kak long ON. Baru terkial2 nak alihkan barang-barang dari boot kereta(konon nak keluarkan tayar spare, padahal tak pernah tukar tayarpun), ada sorang brader ni naik kereta pajero berhenti di belakang kereta kak long. Kereta official dari jabatan pertanian...huhuhu takut2 jugak tapi dah nampak dia ikhlas nak tolong, siap tanya masa perkakas nak tukar tayar yang pecah dengan tayar spare. Kejap jer dia tukarkan tayar tu tapi malang lagi...tayar spare pulak kurang angin juga! Ya Allah...dugaan betul. Apapun terima kasih untuk brader tu yang kak long tak sempat tanya namapun..iyerlah bukannya waktu utk sesi suaikenal masa tu ...eheheheh. Cuma sempat cakap kami dalam perjalanan nak balik ke Beranang.

Dengan tayar spare yg kurang angin tu kak long bawak kereta slow2 ke arah stesen minyak yg paling hampir tapi belum sampai ke stesen minyak tu...abang din dah sampai dan dia tolong pamkan tayar tu dengan pam manual yg dia bawak. Huhuhu lega. Sampai ke stesen minyak , terus isi angin lagi dan dia kata baik pergi tukar tayar yg pecah tu dgn tayar baru takut pulak tayar spare buat hal, sudahlah perjalanan jauh lagi..naya weh.

Mujurlah ada kedai tayar yg beroperasi di hari minggu. Dia kata memang ada beberapa kereta yang tayar pecah dan bocor di kawasan antara Simpang Empat, Hutan Melintang dan Sabak Bernam sebab projek melebarkan jalan dan jambatan yg merintangi sungai sempadan perak dan Selangor menyebabkan banyak batu2 tajam dan jalan2 berlopak2.

Pengajaran dari peristiwa ini, pastikan tayar spare atau tayar simpanan di boot kereta anda sentiasa di periksa supaya apabila berlaku kejadian tidak diingini kepada tayar kereta, kita boleh menggunakannya. Kalau tayar sparepun tak boleh guna..macam mana?? Panggil kereta tunda? oh tidak!! Selepas ini kena pergi beli pam manual yg boleh disimpan dalam boot kereta untuk waktu2 kecemasan...alahai.

Comments

Noushy Syah said…
Banyak driver wanita tukar tayar pun xtau..lolz!

A good lesson right kak LOng?
ALhamdulillah selamat sampai.

Have a gr8 weekdays Kak Long.
Juezura said…
Hua huaa Noushy gelakkan kak long ek?? ihiks ...masa nak dapatkan lesen dah di ajar macam mana nak tukar tayar tapi tak pernah praktikkan...eheheh.
kuIna said…
kebiasaan mc 2..kita tak prnh ambk tau tayar spare... ms kecemasan mcm nie br terfikir. Sy pun prnh kena. Byk pengajaran.
Juezura said…
Ku Ina-->itula pasal ek. dah terkena baru teringat. tapi tak mengapa banyak pengajarannya.
Rumah Kuning said…
Beberapa tahun yg lepas,saya pernah tengok sebuah kereta tercabut tayar depan masa tengah meluncur laju.Cemas + lucu sbb tiba-tiba je tayar laju tu meninggalkan kereta yg terjelepuk di tepi jln.Nasib baik kami yg berada di belakang sempat brek.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini