Jangan tiru...
Paksa anak minum racun Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Hadzlihady Hassan am@hmetro.com.my SUBANG JAYA: Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan dekat sini, kelmarin. Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa kedua-dua anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong. Bagaimanapun, dia hanya sempat memberi racun itu kepada anak yang berusia enam tahun selepas seorang lagi menjerit dan menangis sekuat hati. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Klik untuk berita sepenuhnya.. Sanggupkah seorang ibu melihat anaknya mati dihadapan matanya sendiri? Jika tidak mampu memelihara mereka sekalipun kerana kesempitan wang, pasti ada jalan lain selain membunuh mereka.Berikanlah mereka ke...