Minyak oh! Minyak


RM2.70 seliter pulak dah...huhuhu tak perlu nak banyak komenlah. Apa yang perlu dilakukan? naik basikal? ekekekk zaman sekolah dulu dah jenuh naik basikal....tempat kerja jauh , tak boleh jugak. Naik bas? perkhidmatan bas dari rumah ke tempat kerja tak boleh nak diharapkan. Kena turun naik bas dan perlu jalan kaki lagi serta masa yang lebih kena diperuntukan hanya utk menanti kedatangan bas. Nak tinggal dekat dengan tempat kerja? sewa rumah mahal, harga rumahpun mahal...ihiks. Nak duduk kat kampung, tak ada pulak peluang kerja untuk bidang ini. Nak berubah bidang? tak yakin lagi boleh berubah.

Apa yang perlu dilakukan ialah cuba berjimat cermat. Jimatkan elektrik, jimatkan makan minum, jimatkan segala yang boleh dengan harapan harga barang2 keperluan terutama makanan tidak naik mendadak lagi..InsyaAllah boleh.

Comments

Abang Long said…
Salam hormat buat kak long.

Ada kawan kata "kita nak buat macam mana ? Duduk diam - diam sudahlah, kalau kita bising atau kita protes, kita kena tangkap dan kena ISA kan susah?"

Lepas itu, harga barang naik, dan naik dan terus naik ... kita duduk diam sudah. JANGAN BISING !
kuIna said…
terimalah kenyataan... kita terasa sbb kita tak berada disingahsana tp kita yg memilih mereka utk berada disinggahsana tersebut...
Anonymous said…
Baru jer cadang2 nak beli kete satu lagi sebab setiap kali salah seorang kena gi out - station adalah muka yang masam2 kelat sbb patah kaki( saya le tu sbb tak reti nak naik motor). Bila harga minyak naik, punah segala impian sbb x larat den nak tuang minyak . Dulu kalau RM70 tangki dah penuh, tadi isi RM100 masih tak penuh tangki . Waaaaa.... sabo ajer la .
Noushy Syah said…
Heard that in the news...sorry for the poor!!

Hope for salary rise for everyone!

Take care kak Long.
Juezura said…
abang long dan Ku Ina-->agaknyer kalau group lain yang berada di singgahsana macam Ku Ina cakap tu, keadaan seperti ini tak ada berlaku ke? mungkin ya dan mungkin jugak situasi sama akan dilakukan.
Juezura said…
Ila-->kalau beli boleh tapi guna masa perlu jer laa tak perlu guna hari2 lainlah kalau mcm kak long yg mmg tk boleh nak elak dari guna kereta hari2 sebab waktu kerja yg berbeza dgn org lain, so tak boleh nak car pool.
Juezura said…
Noushy-->pay rise will not change anything if the prices of all the necessary items keep rising. So 2x5jer.
BelalangDewa said…
dah nasib orang kita. cuma yang diva risau, bulan belum habis, duit untuk minyak kereta habis dulu. macamana nak pi keja tu....Jimat..? satu cadangan yang sangat sensitif. Yang ada sekarangpun macam tak cukup je... Nak jimat ape......?
Juezura said…
Diva-->jimat tu cadangan untuk menyedapkan hati. Memang kalau ikutkan mmg macam tak cukup tetapi kita buat apa yg termampu sahajalah. Berdoa semoga harga minyak dan harga barang keperluan terutama makanan tidak melambung.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini