Dari dalam diri seorang insan...


Hidup ini memerlukan kita membuat satu keputusan yang betul dan terus maju ke hadapan. Mudah? Tidak mudah sebenarnya. Jika kita merasa keputusan yang kita buat itu adalah yang terbaik tetapi pasti ada dikalangan orang sekeliling yang merasa itu bukan jalan yang terbaik.

Pendapat kita kadangkala sama dan adakalanya pendapat kita jauh menyimpang. Namun kita tidak perlu menidakkan pendapat lain. Kita boleh menjadikan pendapat orang lain sebagai garis panduan di dalam melalui kehidupan kita sehari-hari.

Ada ketikanya kita terfikir akan saat-saat ketika kita membuat keputusan yang agak "tidak bijak" atau memalukan diri. Arghhh! kenapa perlu membuat kesilapan yang sebegitu? Adakalanya kita seperti tidak pernah belajar dari kesilapan. Dua tiga kali buat perkara yang "membodohkan" diri sendiri . Kenapa mesti buat silap lebih dari sekali?

Adakah kita silap apabila kita mengorbankan kepentingan diri sendiri hanya kerana tidak mahu ibu yang kita sayangi dan hormati merasa di pinggirkan? Walau ada orang2 yang mengatakan kita silap?

Walau difikir beribu kali, kak long tetap merasakan keputusan yang kak long buat adalah yang terbaik ketika itu dan sampai ke saat ini. Mungkin keputusan mahupun jalan yang kak long pilih tidak dipersetujui oleh orang lain, kita tidak perlu tunduk kepada desakan dari orang luar. Kita perlu selamatkan keadaan ketika itu. Apa yang penting apakah kita bahagia dengan apa yang kita ada sekarang ini? Untuk diri ini, jika ibu kita tidak memasamkan muka atau memalingkan mukanya dari kita, itu sudah cukup membahagiakan. Restu dan doa dari orang tua kita adalah lebih penting dari segalanya.

Comments

Abang Long said…
Memang betul. Kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Dan yang lebih baik adalah memohon petunjuk dari Allah.
Juezura said…
Abang Long--> Terima kasih dgn komen yanmg diberi. Memang betul kita mesti memohon petunjuk dari Allah swt

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini