November...
Hari ini tak ada idea nak bercerita. Sekadar mengingati tarikh-tarikh penting di bulan November.
Setiap kali November tiba, kak long akan ingat 14 November, 18 November dan 19 November.
14 November adalah tarikh lahir anak saudara kak Long iaitu Iqa yang sedang "bertarung" dengan soalan2 SPM. Iqa akan berusia 17 tahun. 18 November pula ialah tarikh lahir anak saudara kak long Nasyirat Nu'man yang akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 10. 19 November pula adalah tarikh sedih untuk keluarga kami apabila Abah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tahun ini sudah 25 tahun Abah pergi meninggalkan kami. Cucu-cucu Abah hanya mengenali Abah melalui gambar2 lama yang tersimpan kemas di dalam album.
Comments