Posts

Showing posts from 2009

Nota hari minggu

Lokasi : Tempat kerja Tarikh : 20 Disember 2009 Cuaca : Mendung dan besar kemungkinan akan hujan seperti beberapa hari sebelumnya Suhu: Sejukkkkk ... Ketika update blog: Waktu makan tengahari.. Rasa ketika ini: Okaylaaa...break kejap dari downloading data conversion.. Esok: Kerja jugak..tak boleh off sebab ada meeting dan kekurangan staff. Sabo jer ler.

Tolonglah..fahamilah

Untuk mereka yang tidak bertanggungjawab atau dalam erti kata lain, mengetuai sesuatu projek, mereka tidak akan memahami betapa perlunya kerjasama rakan sekerja. Walaupun sudah tahu betapa perlunya kerja-kerja yang ada disiapkan secepat mungkin walau terpaksa bekerja lebih masa tetapi ada juga yang tidak memahami. Cukup saja masa, balik. Semasa tidak ada kerja yang 'urgent" , boleh pulak OT. Saya kalau boleh tidak mahu memaksa. Apabila telah disuarakan semasa mesyuarat tentang pentingnya kerja lebih masa ketika ini, sepatutnya semua akan memberi kerjasama. Masalah apabila ada sikap " tak sebut nama aku dalam senarai, tak perlulah tolong", memang payah jadinya. Saya hormat kepada mereka yang bekerja tidak mengira waktu, apabila diminta stay back, jika tidak ada yang terlalu penting, mereka akan stay back dan jangan bimbang, seorang ketua akan melihat itu semua dan jika semuanya telah selesai, anda semua akan boleh mengambil OFF day itu. Tolonglahhh...tolong bantu saya...

Persoalan...

Patutkah saya ke pejabat dan menyambung kerja2 memuat turun data atau saya habiskan repot yg dah tertunggak. Lagipun fail2 telah dibawa balik. Aduhai terasa gementar memikir akibatnya...

Tersentuh hatinya...

...bukan kecewa mahupun duka tetapi pastinya gembira dan bangga apabila cucu yang berusia 3 tahun bertanya " Opah buat apa? ". Si Opah menjawab " tak ada apa,kenapa?". Terus si cucu bertanya lagi, "Opah dah makan ubat ke?". Opah kata" YaALLAH bertuahnya cucu aku ni, ambik berat pasal Opah walaupun kecik lagi". Saya yang mendengarpun terasa sebak gembira. Harapan saya,semoga ini bukan kali pertama dan terakhir si cucu akan bertanya sedemikian kepada Opahnya. Insya Allah, Ameen.

Walimatul urus

Image
Upload jer laa ..tak sempat nak makeup kan foto2 ni..itu pasal ada yg kabur jer..ehehehe. MakCik kepada pengantin, kak chah bergambar kenangan bersama mak Pengantin dan bunga telur Iqa dan mak long Sementara menunggu pengantin tiba, snap2 ler gambar sendiri...ihiks Dari kanan, Kak Ina, Kak Wok( kazen kak long),Fauzi( jiran lama) dan isteri, mak dan kak long Sabtu lepas menjadi pemandu kepada ibunda tercinta memenuhi undangan jiran lama semasa kami tinggal di kuarters JKR Simpang 3, Perak. Setelah hampir 24 tahun tidak bersua muka, kak Nor mendapat menantu sulung.

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua umat islam. Semoga pengorbanan kita,walau dalam bentuk apa jua itu adalah satu pengorbanan yang diredhai Allah swt

Menunggu dan menanti

.,giliran untuk berjumpa doktor. Agak Lambat la pulak hari ini. Doktor dah ada tapi tak panggil2 lagi giliran yg pertamapun lagi. Teman pulak nak ke tempat kerja secepat yang boleh. Alahai

Siti Khadijah

Image
Wajah anak saudara kak long yang baru berusia 11 hari.

Nasyirat Nu'man 11 Tahun

Image
Happy 11th Birthday to Nasyirat Nu'man on 18 November 2009

Selamat Melahirkan...

Image
Foto yang dihantar oleh Adik kak long melalui MMS setelah ditelefon oleh Nurdini yang tak sabar nak tengok rupa adik dia. Kelmarin kira-kira pukul 11.30 malam, adik ipar mintak tolong hantar ke hospital. Doktor nasihatkan dia pergi untuk memastikan sama ada baby dah tak sabar nak dilahirkan. Sebelum itu adik ipar tak sedap badan dan cirit birit. Ingatkan terjangkit dari Nu'aim. Suami dia, adik kak long kebetulan baru jer ketika itu sampai ke Kulim Kedah untuk satu mesyuarat keesokan harinya ( semalam). Aduhai, walaupun tak kelam kabut sangat tapi dalam hati risau, kami berdua jer dalam kereta dan hospital di mana doktor yang menyambut keempat-empat anak beliau sebelum ini agak jauh di Klang..aduhai. Kak Long tak terus menerus nak pecut walau di highway sebab lori2 banyak di tengah malam dan kami selamat sampai kira2 pukul 12.30 malam. isk Iskk pecah rekod kak long sampai ke Klang ikut highway SILK- Seremban-Kl-Kesas dalam masa kira2 35 minit. Khamis tengahari, Adik kak long sampai ...

Masih jelas...

..terbayang di mata betapa rupa parasnya yang begitu jauh berubah dari kali terakhir kami bertemu di hari pengkebumian suami beliau. Kini sudah genap seminggu arwah makcik meninggal dunia. Tak sangka dalam masa 16 bulan tidak berjumpa dia akhirnya pergi jua. Kami redha kerana kami tidak mahu dia hidup merana kerana anak2. Sampai hati anak dikasihi tidak langsung sudi menjengah disaat2 ibu sudah nazak sehinggalah ibu menyambut panggilan Ilahi. Benar2 tidak faham kenapa dan mengapa sikap si anak berubah! Mengenangkan peristiwa ini pun boleh buat airmata mengalir apatah lagi ketika bertemu semula tidak ada sepatah kata terungkap bicara. Masih jelas kedengaran suaranya suatu ketika dahulu. Terbayang2 saat memegang jemari tetapi kali ini tidak ada genggaman salam berbalas. Kaku dan pilu... Sayangilah ibu dan ayah kita selagi hayat masih ada dan diberi kesempatan itu oleh Allah swt.

Negeri Sembilan vs Kelantan

Saya tak kisah pasukan manapun yang menang atau kalah! Sebabnya saya tak ada kepentinganpun. Lalala la la

Semangat

Di mana semangat akan dicari? Apakah semangat itu? Bentuk bagaimanakah semangat itu? Yang pasti saya memerlukan semangat untuk meneruskan cabaran yang menggunung ketika ini.

Sesak

Nak bernafaspun payah. Hidung teman sumbat. Semalam virus selsema menyerang..Memula sakit tekak dah mlm terus pening dan bersin2. Bernafas ikut mulut la jawabnya bila dah hidung sumbat ehehe. Demam tak demam teman ni! Dedor jer badan ni.

Luaran

Image
2 minggu lepas 1 bulan yang lalu 2 bulan lepas

Sibuk sesangat...

Minggu perpindahan...sejak hari minggu lepas, dah sibuk pindahkan sofa dan compactus ke tingkat bawah yang telah hampir sempurna proses ubahsuainya. Sibuk sesungguhnya memang sibuk, tiada yang tidak sibuk melainkan sibuk belaka. Huhuhu training untuk cataloging pulak ada hari ini dan esok last... Foto2 lain kali update.

Bengang sekejap

Alhamdulillah...sebahagian dari tugas2 yang perlu mendapat dan memberi penjelasan telah diselesaikan. Ada terasa kelegaan dihati walaupun hari ini aku telah meninggikan suara dan memberi pendapatku kepada orang yang bertanggungjawab dgn urusan pengubahsuaian. Memang tak sedar suara dah tinggi dan guna perkataan yang agak kasar kerana terlalu geram. Tak ingat apa ayat yang keluar . Natijahnya dia mendengar penjelasanku dan "reasonable" dgn aku. Ada ke patut dia kata tak ada bilik kerja /bilik teknikal untuk staff library..itu yg menggelegak rasa hati tu...ingat buku2 dan item lain tu tak perlu dikatalog dan dilabel dsbnya? ada ke kata self check dikaitkan dgn pemprosesan. Mana tak naik hangin. Harap2 tak timbul lagi isu bilik kerja.

Sukar

Kadang-kadang susah sangat nak fokus. Kenapa yer? Sudah beberapa hari fikiran kadang2 melayang entah ke mana ketika memandu. Mungkin kerana terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. Sokongan dan pengertian dari semua amat diperlukan. Kadangkala sukar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati, dan sukar juga memohon bantuan. Ego? malu? keliru? entahlah...

Gangguan

Image
....bukan gangguan makhluk halus atau sexual harassment ..ehehehe tapi gangguan bekalan elektrik. Dijadualkan dikebanyakan kawasan sekitar Cheras ini akan terputus bekalan elektrik dari 8 pagi hingga ke 7.30 malam. Buat ketika ini, bekalan elektrik masih ada, ikut jadual, pukul 8 pagi, baru TNB akan putuskan bekalan. Aduhai..mesti macam duduk dalam sauna. Harap2 ada announcement tutup half day ler hari ni hendaknya..ihiks..kalau tidak jenuhla cuba buat keje2 yang tak perlu guna pc dan dalam kesamaran..ihiks.

Site maintenance ke atau kena block?

Image
Huhuhu sesekali nak jengah FB ..tetiba dapat mesej sebegini pulak...ehehe ke kita yg salah sebab salah password? ni pasal "aktif " sangat ( baca tak aktif)..ahaks. Dari semalam site maintenance nyer...ke akaun kena block? ahahah ada sesapa yg pernah ada pengalaman sebegini? Sementara menunggu trainer datang, dan sambil2 download rujukan pasal strategic planning, kita update ler kejap blog nanti ni..kut nanti bersawang, rumput rampai dah selubung bumbung rumah ni..langsung kekawan tak kenal dan tak ingat..ihiks.

Tak kuasanyer

..nak buat homework(kerja) yg presiden suruh semua senat member sediakan huhuhu. Malasnyer nak bukak buku rujukan dan bahan rujukan yg dah dibawak balik. Nak buat kat opis memang tk sempat minggu dpn pasal ada training eheks. Otak tk boleh nk tune,letih seyyh!

Kecamuk

What if ... What if... What if... Complicated? Sort of... Messy? Not really... What you should do? What if... My instincts telling me... So many possibilities.. What if... Bila nak habis " what if ..." adehlaaaaa.

Perlukah rumah terbuka

Akak dah buat open house? akak dah lama tak buat open house dik. Jemputan open house pun tak ada tahun ni..ehehehe. Selalu akak cakap, kalau ada niat nak ziarah rumah akak, telefon atau bagitahu jer, InsyaAllah kalau akak ada dirumah, silalah datang. Perlukah ada rumah terbuka, baru kita nak ziarah rumah saudara mara atau kawan-kawan kita? Kalau ada masa, kewangan mengizinkan untuk kita "travel" dan niat untuk bertemu dan mengerat silaturahim, tak perlu kut ada jemputan baru nak pergi. Ini hanya pendapat akak untuk orang perseoranganlah. Kalau orang2 penting, YB2,VVIP, VIP, tauke2 business yang nak meraikan rakan2 serta menunjukkan skil "corporate social responsibility " mereka, wajiblah mereka adakan rumah terbuka dan tak semestinya raya baru nak buat terbuka kut..bila2 masa pun boleh..ihiks.

Training Weeks

Minggu ini and minggu depan ada latihan untuk modul2 system yang baru. Yang membuatkan sedikit pening untuk mengatur jadual siapa yang perlu hadir modul latihan yang mana dan siapa yang perlu bertugas dikaunter. Tambahan pulak Dee masih cuti sakit selepas kemalangan minggu lepas and 2 orang lagi akan menghadiri konvo UiTM minggu depan. Kiranya kami akan mengalami masalah kurang staff dan kerana itu, hanya kak long dan Hana akan hadir untuk latihan sebagai "administrator" and harap2 Dee akan kembali minggu hadapan untuk turut serta dalam latihan. Esok ada meeting di HUKM dan kak long tak pasti sama ada boleh "lari" dari sessi latihan sebelah petang. Kalau tidak, kak long hantar wakil sajalah. Apa yang pasti, jadual latihan yang ditunda dari minggu lepas telah menyebabkan jadual minggu ini termasuklah mesyuarat dan perjumpaan dengan staff dari bahagian audit telah sedikit terganggu. Minggu lepas tak sibuk sangat dengan aktiviti meeting dan audit sebagainya tetapi lati...

Dee : Semoga Cepat Sembuh

Pagi semalam kami dapat berita Dee, sorang rakan di sini telah kemalangan. Motosikal dia dilanggar oleh sebuah kereta dan ketika dia menelefon, dia berada di Pandan Indah Medical Center. Ya Allah baru jer bulan lepas dia kemalangan dgn teksi. Kak Long terus menelefon 2 rakan sepejabat yang belum masuk kerja, Alan dan Amir untuk ke sana dan melihat dan memberi bantuan kepada Dee. Mujurlah Abang Dee yang bertugas sebagai guru juga telah sampai dan memberi bantuan dgn melihat motosikal yang dihantar ke bengkel dan juga di hospital. Ketika kak long menelefon, alhamdulillah Dee masih mampu bercakap walaupun agak payah, mungkin kerana kecederaan dan trauma yang dihadapi. Apabila Amir dan Alan masuk kerja, mereka kata muka Dee bengkak dan ada luka2 sekitar muka dan badan dan dihantar balik ke rumah oleh pemandu yang melanggarnya. Semoga Dee segera pulih seperti sediakala dan berehatlah yer, take care. p/s: Semoga kita akan lebih berhati2 di jalanraya, sentiasa awas dengan keadaan lalulintas ...

Beraya lagi

Image
Dah 2 minggu lebih raya...keluarkan lagi gambar2 pergi beraya di kampung, Klang dan Seremban. Juga gambar2 saudara mara datang beraya ke rumah di kampung. Beraya di rumah mak cik di Bukit Mika, Seremban Dah dapat duit raya ... Bersantai sambil makan kuih raya sebelum di jamu makan tengahari Beraya di rumah mak cik sebelah arwah Abah di Seremban Beraya di rumah makcik yang sulung sebelah Abah di Sendayan Tengok Nu'aim duduk kat tengah2 mara...ehehehe Famili besar kazen kak long Hana dan adik beradik serta ipar dan anak2 saudara Sepupu mak dan famili sedang menjamu hidangan Beraya di rumah kenalan famili Pakcik Saleh dan mak cik Yam. Dah lama kenal sejak dari semasa kami masih tinggal di kuarters JKR sebelum abah meninggal Beraya di rumah kazen kepada Abang Din, menziarah Mak Ngahnya Mak dan Iqa Di rumah kakak Ipar mak, Wak Niah Menjamu selera di rumah kakak mak..Wak Siti Di rumah Nyang Chu
Image
3 tahunlah...budak nu'aim tak nak balik dan nak tidur dgn Opah. Bijak main game dan tak tidur walau dah pukul 11

Masalahnya...

Saya tak kisah orang nak update blog ke apa ke kat ofis tapi seimbangkan kerja dan tingkatkan prestasi bukan ditakuk lama dan tak ada kemajuan. Saya guna internet diofis dan saya update blog malam ni bukan di pejabat tp dirumah dan sy blogging bukan setiap hari. Yg saya marah sebab kerja tak jalan apa yang dibuat apabila tak ada org awasi? Saya bukan perfect tapi sy tahu batas dan sy yg akan menjawab apabila ada yang komplen tentang anda bukan org lain. Sy marah diri sendiri. Saya sedaya upaya mencari jalan dan cuba mengelakkan kontrovesi antara mereka.kadang2 saya yg tersepit sebab tak nak huru hara dan ada masa bila sy tak nak bising sy buat sendiri. Saya yg salah ...

Sebelum Raya

Image
Hari ini pun entri kita layan gambar2 sebelum hari raya hari tu ek..ehehe kita imbas kembali Kelongsong ketupat Nabil nak belajar isi beras dalam kelongsong Huhuhu marak api merebus nasi impit Merebus ketupat la pulak 19 Sept-Rendang hati/limpa dan ayam masak kicap palembang atas dapur Sambal tahun..favorite kami ..ehehehe Nur Dini yang rajin tolong mama dia isi kuih dalam bekas kuih Huhuhu Opah cakap apa ntah kat cucu2 dia Kalau sesiapa tak kenal ini apa...ada masalah namanya..ahaks Ini apa adik-adik? Ini lauk berbuka pada 18 September . Kurma Ayam Rendang tok ..mak masak awal sebab tak nak kelam kabut ..ihiks 17/9- sebelum balik ke kampung..dah sedia semua barang nak masuk dalam kereta Boleh kata sebuah dapur tu mak angkut balik kampung sebab tak nak kecuh2 beli kat kampung