Dee : Semoga Cepat Sembuh

Pagi semalam kami dapat berita Dee, sorang rakan di sini telah kemalangan. Motosikal dia dilanggar oleh sebuah kereta dan ketika dia menelefon, dia berada di Pandan Indah Medical Center. Ya Allah baru jer bulan lepas dia kemalangan dgn teksi. Kak Long terus menelefon 2 rakan sepejabat yang belum masuk kerja, Alan dan Amir untuk ke sana dan melihat dan memberi bantuan kepada Dee. Mujurlah Abang Dee yang bertugas sebagai guru juga telah sampai dan memberi bantuan dgn melihat motosikal yang dihantar ke bengkel dan juga di hospital.

Ketika kak long menelefon, alhamdulillah Dee masih mampu bercakap walaupun agak payah, mungkin kerana kecederaan dan trauma yang dihadapi. Apabila Amir dan Alan masuk kerja, mereka kata muka Dee bengkak dan ada luka2 sekitar muka dan badan dan dihantar balik ke rumah oleh pemandu yang melanggarnya.

Semoga Dee segera pulih seperti sediakala dan berehatlah yer, take care.

p/s: Semoga kita akan lebih berhati2 di jalanraya, sentiasa awas dengan keadaan lalulintas di sekeliling kita.

Comments

moga cepat sembuh la dia ya kak long.
Abang Long said…
Tak tau apa nak cakap dah ... Kita hanya mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa ... AMIN
Juezura said…
ibu zaaz-->Terima kasih.

Abang Long--> Amin..Terima kasih.
jaga diri erk....jgn gado di atas jalan...
Juezura said…
tic-->Insyaallah tak ada gado kat jalan. Terima kasih

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini