Kenapa...
Apa reaksi anda apabila mendapat tahu salah seorang rakan baik anda di zaman persekolahan telah berkahwin dan anda tidak mendapat kad undangan sedangkan ada rakan yang memberitahu mereka mendapat kad undangan walaupun dah "last minute"?
Perlukah anda bersorak "yeayyyyy" ...tak payahlah beli hadiah atau susah2 fikir nak pergi ke tidak ke kenduri itu? atau pun anda merasa terkilan kerana lambat mendapat berita dan terasa anda dipinggirkan?
Perasaan bercampur aduk apabila kejadian di atas benar2 terjadi kepada diri sendiri baru2 ini. Sedih ada..keliru ada, musykilpun ada...dan pertanyaan2 yang muncul di benak ini, dia dah tak nak kawan dgn aku ke? atau dah lupa kat aku? atau terlupa atau sengaja buat2 lupa? kalau kawan2 lain boleh dihubungi melalui panggilan telefon dan kad juga dihantar, kenapa tidak aku? Kalau dah memang nak sorokkan perkahwinan, biar semua kawan2 tak dapat undangan, so tak adalah kita ini dapat berita basi.
Walau apapun..selamat pengantin baru diucapkan kepada rakan ku itu...
Comments
hehehe...