Mampukah aku?

Sesungguhnya diri ini di saat ini dan ketika ini agak gelisah, risau, takutpun ada mengenangkan kerja yang harus dipikul. Semakin hari semakin mencabar dan dengan kesihatan yang tidak begitu baik, diri ini menjadi goyah dengan kewibawaan yang ada.

Keperluan dan masalah keluarga sudah menjadi tanggungjawab dan dikala ini ada suatu perkara besar yang harus disempurnakan sebelum akhir tahun ini demi memenuhi hasrat adik terhadap ibu tercinta. Kadangkala diri ini menjadi keliru yang mana satu harus dilaksanakan.

Pendekatan tunggu dulu terpaksa juga digunapakai disebabkan diri ini tidak mampu melaksanakan tugasan rasmi dan urusan peribadi dalam masa yang sama. Walaupun ini mungkin akan menyebabkan diri semakin terjerat.

Rasa marah dengan diri sendiri kerana tidak mampu menyuarakan rasa ingin bebas dari segala permasalahan dan payah juga diri ini memohon pertolongan dan menyatakan kesukaran diri ini menguruskan segalanya. Mampukah diri ini melaksanakan tanggungjawab ini sedangkan semangat yang ada kadangkala hilang.

Ya Allah , berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dan permudahkan segala urusan yang perlu dilaksanakan.

Meminjam kata2 seorang sahabat,

" I don't want to be everything to everyone but I like to be something to someone".

Comments

Tie said…
Zue....tenangkan hati dulu, fikirkan caranya....insyaallah, setiap masalah itu ada penyelesaian. Bila solat, jangan lupa berdoa...moga2 Tuhan temukan petunjuknya.

Award tu ada dlm blog (http://kaytieze.blogspot.com/2009/01/award-istimewa-untuk-semua.html) Nanti senang boleh datang ambik...

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini