Yeay...Lulus Ujian Memandu
Semalam 17 mac 2009, Iqa , anak saudara kak long yang berada di kampung lulus ujian memandu kereta. Alhamdulillah dan tahniah buat Iqa. Minggu lepas dia kantoi ujian menunggang motosikal...ihiks...tergelincir tayar belakang semasa nak menuruni titian. Hehehe tak pasal2 kena mengulang ujian sekali lagi. Tak mengapa..cuba lagi minggu depan. All the best!!
Bercakap pasal ujian memandu, kak long teringat masa kak long ambik ujian memandu kira-kira 10 atau 11 tahun yang lepas( tak ingat tarikh sebenar). Kak Long belajar memandu sehari sejam sebelum pergi kerja pada hari bekerja dan di hujung minggu kira-kira 2 jam sehari. So dalam masa kira2 2 bulan dah terus masuk ujian. Kak long memang tak ada basic langsung...totally zero dalam bab memandu ni..ahahaha. Tawakal dan kuatkan semangat untuk lulus sebab dah tak larat nak berulang alik ke Shah Alam untuk menghadiri kelas ( masa tu beban kerja tak berat sangat dan bosan di rumah sensorang so sambung buat sarjana).
Dari terketar2 tangan dan kaki belajar pegang stereng, tukar gear, tekan pedal brek, minyak, langgar tiang masa belajar parking dan menggelongsor ke belakang bila naik bukit, akhirnya berjaya jugak dapat lesen P . Masa habis ujian tu, terus makan nasi ayam kat Chow Kit. Mak yang turun dari kampung ke kampung baru (bagi sokongan moral kat anak pompuan dia ..ehehe) pun kak long ajak makan sekali, konon2 macam celebrate gitu..ahaks. Kak long beli first kereta selepas 8 bulan dapat lesen.
Suka duka semasa belajar memandu di kampung baru dan ambik ujian di Wangsa Maju tetap dalam kenangan. Kalau nak tahu, kak long masih simpan slip keputusan ujian memandu berkomputer tu dalam fail..eheheheh betapa berharga sebuah kejayaan itu.
Comments