Yang Berjasa
Dulu-dulu awal 90an, tak ada cybercafe ( mungkin ada tapi saya yg tak tahu ) tapi masa tu final year di itm, jumpa pc pun kat makmal komputer. Masa tu tak ada Office mahupun windows. Ehehehe yg ada program word processingnyer ialah wordstar, wordperfect dan spreadsheetnyer pulak lotus 123, dan database programming guna dBase 3.
Semasa semester 5, kena praktikal selama 3 bulan di perpustakaan pilihan. Oleh kerana selepas habis praktikal kena siapkan laporan, maka mak dengan susah payah belikan mesin taip manual tapi cantik sebab ada cover dan boleh dibawa ke sana sini. Nak beli yang guna elektrik mahal. Terima kasih Mak! Iyerla, masa tu kak long tak lepak kat KL untuk siapkan laporan, buat kat kampung masa cuti semester. Huhuhu sedihnyer bila ingat masa tu. Susah payah menaip sebab masa tu slow giler menaip dan kalau salah kena guna corrector, bukan boleh tekan key delete atau backspace macam sekarang.
Ada satu hari tu, kak long letak beberapa helai kertas laporan yang dah siap taip kat atas meja. Kak long tinggalkan sekejap sebab pergi mana ntah..( tak ingat sebab apa tinggalkan kerja). Huwaaa korang nak tahu tak apa jadi?? Malang sungguh, ada ler pulak kucing ni pergi naik atas meja dan cakar2 kertas laporan yang dah siap taip....huwaaa masa menaip ni pun kak long rasa sebak bila teringat. Sedihhhhh gilerrr masa tu sebab sehelai kertas laporan tu memang tak dapat diselamatkan, memang kena taip semula dan beberapa helai yang lain renyukkk!!
Mesin taip yang korang tengok kat gambar ni ler yg berjasa pada kak long. Dengan adanya typewriter ni ler kak long dapat habiskan laporan praktikal. Malangnya mesin ni dah rosak..tak tahu ler boleh repair ke tidak tapi nak buang sayangggg. So, sekarang mesin ni ada kat ofis kak long...duduk dalam almari ..kaku sepi tanpa ada bunyi ketukan jejari di mesin taip ini
Comments
Tapi masa tu ada komputer, guna wordstar... kekadang ramai sangat nak guna, tu yang terpaksa guna typewriter. Masa study memang guna typewriter... buat assignment. Ada lagi kat rumah ayah...