Apabila kelopak mata kanan bergerak-gerak
Mungkin hanya kebetulan tapi selalu berlaku seperti apa yang orang kata. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak2, tandanya anda akan menangis. Kadang betul dan kadang tak adapun jadi apa2. Kita tak boleh percaya sepenuhnya sebab semua yang berlaku adalah ketentuan Allah swt, jadi kak long rasa kita mesti terus berdoa supaya hanya yang baik2 sahaja yang akan kita terima dan bukan perkara yang tidak baik yang berlaku kepada kita. Semoga di jauhkan.
2-3 hari ni asyik kelopak mata kanan yang bergerak-gerak..hmmm siapa yang saya nak tengok ni? ehehehhe? orang kata nak tengok atau akan jumpa dengan orang jauh...ahahaha orang jauh mana laa pulak yang kak long nak tengok ni? ni dok menaip ni pun mata kelopak mata asyikla bergerak. Pernah juga berlaku sebelum ini, dah kelopak mata kanan asyik bergerak, memang ada saudara yang datang ke rumah ataupun kak long yang jumpa mereka. Itulah, mungkin itu hanya kebetulan yang tidak disengajakan dan tidak ada kaitan dengan kejadian kelopak mata bergerak2...
Comments
Doa-doalah dapat jumpa orang yang teringin nak dijumpai....
Dapat pulak orang tu boleh bagi projek juta-juta punya. hehehe...