Bermulanya Kisah Blog Ini
Setelah dikhabarkan oleh Ku Ina bahawasanya kak long telah di tag, maka kena jugalah bercerita bagaimana kenal dan seterusnya terjebak dalam dunia blog ini. Saya bukan seorang blogger yang aktif berblogging. Tak mampu nak ziarah semua blog setiap hari sebab tuntutan kerja dan sesekali kalau rajin hantar cerita dari rumah guna 3G....yep..saya tak ada broadband, tak ada streamyx dan dah lama tak jadi ahli tm net.
Beberapa tahun yang sudah, kalau anda lihat entri pertama saya pada tahun berapa ek..eheheh saya sendiri dah lupa, saya berkenalan dengan seorang kawan siber dan dia ada blog dia sendiri. Terus terang saya katakan pada masa itu saya tak tahupun pasal blog. Kami berkawan baik dan akhinya saya tertarik untuk berkongsi cerita tentang kami dan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Setelah beberapa lama berkawan, akhirnya saya memutuskan hubungan kerana saya dapati dia tidak jujur sepenuhnya tentang siapa diri dia yang sebenarnya. Jangan cari cerita saya dan dia dalam blog ini kerana saya telah keluarkan semua post yang ada cerita kami. Mungkin ada satu dua yang tertinggal saya tidak pasti. Walaupun hati saya retak teruk kerana dia dan saya pernah ada rasa untuk tutup blog saya tetapi sebaliknya saya gunakan blog ini untuk tujuan lain.
Saya mula mencurahkan apa yang saya rasa tentang hidup ini dan apa yang berlaku dalam kehidupan saya walaupun tidak 100% semua cerita akan dipost, itu pastinya. Pahit manis kehidupan serta yang sedih atau yang gembira. Saya cuba "menyanyikan" sebuah lagu kehidupan walaupun "suara" dan "lagu" saya tidak sedap dan tidak suka didengar oleh blogger yang lain, saya tetap teruskan selagi blogger beri kesempatan dan pinjamkan server mereka untuk saya simpan cerita dan cerita bergambar saya menjadi sebuah arkib maya. Sebab apa? sebab ini blog saya...ehehhe. Lagipun saya dapat bertukar pendapat dengan kawan-kawan blogger yang sudi singgah ke blog yang tidak seberapa ini. Demikianlah cerita bermulanya saya berblogging.
Comments
apa pun kaklong kuat, sbb kaklong x mcm saya..bila frust saya tutup blog. mungkin saya boleh menang award siapa punya blog paling bnyk. hehe. kaklong terus berblog. saya pun nk cuba kekalkn blog ni mcm kaklong ;)
Blog adalah dunia yg tiada sempadan utk kita m`jalin silaturahim asalkan ada p`batasannya,Kak. ;)
sy gunakan internet opis yg sentiasa on 24 hour.
harap kita jadi teman di alam maya ni.
sy pun lupa bila masa & ketika berkenan dgn kaklong tp kira dah bertahun dah la no... cuma tak berkesempatn bertemu lagi... InsyaAllah.
blog adalah harta peribadi tulis apa yg kita suka tp biarlah beretika kan... Kita dinilai dr apa yg kita tulis.
terima kasih kak krn sudi menjdi sahabat saya!!muuaaahhh
Wah..begitu ceritanya.
Tahniah kerana masih terus berblog walaupun banyak pahit manisnya.
Memang banyak cerita dan ilmu yang dapat kita kongsi di blog.
Selamat Beribadah di Bulan Ramadan..