Tak sangka...
..cempedak menjadi nangka? ehehehe...itu lawak jer tu tapi memang tak sangka betul. Pagi ini bila sampai kat ofis ( sampai awal) dan bila masuk ke blog tengok2 ada mesej dari kazen kak long Mazli yang dah lama tak jumpa. Semasa mak dia meninggal beberapa bulan yang lepas kak long tak sempat nak ziarah tapi sehari sebelum itu dah pergi melawat di UMMC. Tak bersua muka di alam nyata tapi blog ini telah menemukan kami di alam maya. Li, terima kasih singgah ke blog kak zu. Nanti raya baliklah kampung yer! walaupun bapak dgn mak Li dah tak ada tapi sedara mara ramai lagi kat kampung tu dan lepas tu kalau ada masa datang rumah kak zu di Kesuma Lakes tau.
Tak sia-sia kak long berblog, dapat juga mengeratkan silaturahim.
Tak sia-sia kak long berblog, dapat juga mengeratkan silaturahim.
Comments
sy ada adik ipar tinggal kat sana.