Posts

Showing posts from May, 2011

Penat tapi suka

Bermula dari kelmarin dan seterusnya minggu depan, sibuk dgn urusan nak "set up" library di kampus North Wing. Semua kat tempat kerja sibuk ..main dgn kotak..ehehehe sampai dah nak muntah nengok kotak2. yer laa ..nak punggah masuk kotak...lepas tu sampai north wing, kena punggah naik ke rak buku pulak. Apapun happy jugak sebab dak2 kat tempt kerja...semua bersatu padu...bijak mainkan peranan masing2. Walau ada sedikit risau dgn projek ini..maklumlah president uni selalu jer datang mengejut..ronda2 kampus dan pastinya dia akan jengah library tu nanti. Lagipun ofis dia dekat jer situ ...aiyooh....takutnyerrr!!! ehehehhe tapi kena konfiden laa dgn apa yang kami telah buat dan usahakan...INsyaAllah harap2 Datuk tak banyak komen. chaiyokkk ...we can do it.

Menyedihkan

Image
Kelmarin semasa dalam perjalanan balik dari LCCT, kami singgah di masjid di Pajam, N.9. Walau sudah banyak kali lalu lalang di jalan itu, namun ini kali pertama kami singgah untuk solat maghrib sebab dalam perancangan selepas solat, terus cari kedai makan untuk makan malam. Kalau balik ke rumah terus memang sempat untuk solat maghrib di rumah. Masjid itu baru sahaja dibuka...awal tahun ini kalau tidak silap . Dari luar memang nampak cantik, luas kawasan parkirnya dan pagarnyapun cantik. Dugaan Allah swt, sebaik masuk ke tandas masjid, adusss...kotor ya amat. selipar pulak memang tak nampak bayang. nasib baiklah kami tak pakai kasut tumit tinggi atau kasut yg alah dgn air..maka kami tibai jer la pakai selipar untuk masuk ke tandas dengan niat untuk mengambil wudhuk. Kalau kat kaki lima dah kotor, kat dalam apatah lagi...alahai sedih betul laa tengok masjid cam gini rupanyer.  Air yang mengalir lesu dari pili yang tersedia macam segan malu2 jer nak keluarnya mungkin menyebabkan t...

Temujanji

Hari ni jadi pemandu dan p.a kepada mak. Mak ada temujanji dgn doktor. Boleh tahan slow servisnyer. Nombor 4 bg kumpulan warga emas tp dh sejam lebih nunggu tak jugak dipanggil. Selangseli dgn grup pesakit luar lain. No 1 bg kump emas dh lama lepas.,apa ler sistem deme guna!. Mengantuk teman weh..tadi nak bwk novel tp dh terkocoh2 nk cepat pergi,sudahnya tetinggal. Adeh mahu telelap ni kalau pejam mata ehehe.

Mak...Duniaku.

Image
Dalam masa 2 bulan ini, sudah 4 kali mak diserang gout. Walaupun cuba mengelak dari mengambil makanan yang dipantangkan tetapi masih juga terkena. Tak sangka pulak makanan yg kita rasa tak guna bahan atau rencah yang memudaratkan tapi akhirnya terkena juga. So, kami masih belajar untuk mengenali jenis2 makanan yg memang pantang selain dari kekacang dan sayur2 jenis kobis dan juga ikan2 yg byk protin. Sudah beberapa kali terpaksa ambil cuti mengejut.. EL sebab nak bawak mak pergi klinik dan juga jaga mak . Bila kena tu memang tak boleh nak menapak pun..terpaksa tolong papah nak ke bilik air ...solat mmg dah kena duduk kat atas kerusi. Hebat dugaan yang Allah berikan tetapi alhamdulillah, dapat kami atasi. Luluh hati bila melihat mak yg sentiasa cergas menjadi lemah dan tidak berdaya. Sekurang2nya 2-3 hari jugalah mak tak lalu makan bila makan ubat penahan sakit ... Ya Allah, Engkau berilah kesihatan yang baik untuk mak..semoga mak sembuh seperti sediakala dan kuatkanlah semangat...

Hampir setahun...rindunyer

Rasanya baru jer menjejakkan kaki ke tanah haram...tapi realitinya dah hampir setahun. Amatlah teringinnya nak mengharungi pengalaman itu sekali lagi..InsyaAllah jika diizinkan Allah, akan tiba juga kami ke sana lagi.

Contengan Jalanan -Hlovate

Last week ,28    April 2011,  seperti tahun2 sebelumnya sempat pergi ke KLIBF di PWTC. Sambil jalankan tugas rasmi memilih buku utk library, kak long sempat ronda ke booth Jemari Seni. Pusing keliling jugaklah mencari ...ehehhe sebab tak tahu pulak dah dipecah2kan kategori pameran buku kali ini. Akhirnya jumpa juga. Niat memang nak cari buku hasil nukilan Hlovate. Walaupun majoriti pembaca buku Hlovate anak2 remaja tapi mak remaja ni pun sukaaa sangat dgn gaya tulisan Hlovate. Ha ha ha..anakanda Hlovate, mak long amat suka hasil tulisan anakanda. Ceh...macam gaya Hlovate akan baca jer cerita merapu ni...ihiks. 2 tahun lepas, diperkenalkan oleh anak sedara mak long, Iqa pasal buku 5 tahun 5 bulan, dan lepas tu beli tunas..pinjam baca aA+bB dari Iqa dan seterusnya order buku2 yg lain dari JS..huhuhu.  Now, I have complete set of buku2 Hlovate ...ye haaa!!! Yang dah bacapun( pinjam), last week beli sendiri untuk jadikan koleksi. Sekarang ni rehat kejap dari habis...