Menyedihkan
Kelmarin semasa dalam perjalanan balik dari LCCT, kami singgah di masjid di Pajam, N.9. Walau sudah banyak kali lalu lalang di jalan itu, namun ini kali pertama kami singgah untuk solat maghrib sebab dalam perancangan selepas solat, terus cari kedai makan untuk makan malam. Kalau balik ke rumah terus memang sempat untuk solat maghrib di rumah.
Masjid itu baru sahaja dibuka...awal tahun ini kalau tidak silap . Dari luar memang nampak cantik, luas kawasan parkirnya dan pagarnyapun cantik.
Dugaan Allah swt, sebaik masuk ke tandas masjid, adusss...kotor ya amat. selipar pulak memang tak nampak bayang. nasib baiklah kami tak pakai kasut tumit tinggi atau kasut yg alah dgn air..maka kami tibai jer la pakai selipar untuk masuk ke tandas dengan niat untuk mengambil wudhuk. Kalau kat kaki lima dah kotor, kat dalam apatah lagi...alahai sedih betul laa tengok masjid cam gini rupanyer. Air yang mengalir lesu dari pili yang tersedia macam segan malu2 jer nak keluarnya mungkin menyebabkan tandas kotor. Alhamdulillah, walau air yang keluar amatlah kecil, sempat jugaklah kami berwudhu dan menunaikan solat maghrib. Jemaah lain baru selesai solat maghrib berjemaah. Di dalam masjid, cantik, bersih dan siap ada penghawa dingin lagi....tapi kat kawasan tandas, aduhhh......malu sungguh.
Kalau ada kolam tadahan airpun rasanya akan memudahkan musafir yang singgah untuk solat jika ketika itu bekalan air tidak ada di kawasan tersebut.
Agak2nya AJK masjid tak perasan ke dengan keadaan masjid itu? Wallahuallam. Diharap dilain ketika, jika saya singgah lagi di situ, keadaan telah berubah.

Comments