Hilang anak
Malam Ahad lepas, singgah ke Tesco Semenyih semasa dalam perjalanan balik dari kampung. Sebaik sampai ke aras bawah , area parking, tetiba ada seorang budak ni yang menangis memanggil2 mama dia...iskk berdebar darah!! bila dia tiba2 melintas jalan dan pada masa yang sama ada kereta lalu, kami dok menjerit dan terus pegang tangan dia. Memula dia meronta nak lari cari mama dia dan tanya mama dia kat mana , dia cam bingung..dia kata mama dia dah tinggalkan dia...tak terang sangat apa yg dia cakap..kecik orang lagi budak ni ..mungkin sebaya Aim..anak sedara kita. Ada juga beberapa orang lain yang tanya dia nombor telefon laa..iskk mana ler budak kecik ni nak ingat nombor telefon...tengokpun cam dia dah panik..siap sugul rambut lagik. Last-last, kita bawak dia cari kat dalam tesco tu..tingkat bawah ..tapi tak nampak sesapa yang ada rupa hilang anak...so naik atas..hantar kat guard. Kat atas eskelator, dia kata mak dia pakai baju merah tapi tak nampak pun org pakai baju merah. Masa tu tes...