Hilang anak
Malam Ahad lepas, singgah ke Tesco Semenyih semasa dalam perjalanan balik dari kampung. Sebaik sampai ke aras bawah , area parking, tetiba ada seorang budak ni yang menangis memanggil2 mama dia...iskk berdebar darah!! bila dia tiba2 melintas jalan dan pada masa yang sama ada kereta lalu, kami dok menjerit dan terus pegang tangan dia. Memula dia meronta nak lari cari mama dia dan tanya mama dia kat mana , dia cam bingung..dia kata mama dia dah tinggalkan dia...tak terang sangat apa yg dia cakap..kecik orang lagi budak ni ..mungkin sebaya Aim..anak sedara kita. Ada juga beberapa orang lain yang tanya dia nombor telefon laa..iskk mana ler budak kecik ni nak ingat nombor telefon...tengokpun cam dia dah panik..siap sugul rambut lagik.
Last-last, kita bawak dia cari kat dalam tesco tu..tingkat bawah ..tapi tak nampak sesapa yang ada rupa hilang anak...so naik atas..hantar kat guard. Kat atas eskelator, dia kata mak dia pakai baju merah tapi tak nampak pun org pakai baju merah. Masa tu tesco dah hampir nak tutup. Kita ni dgn Iqa cakaplah kat guard tu yang budak tu berlari2 kat parking tk tentu arah. Baru jer guard tu letak budak tu kat service kaunter dan dia kuar nak cari famili budak tu, ada seorang mamat ni datang ke kaunter tu dan tanya " apa kau buat kat sini" kat budak tu. Masa tu kita dah nak beredar dari situ tapi masih sempat dengar apa yg dia cakap. Guard tu cakap ada orang jumpa anak dia ( sambil tunjuk tangan dia kat arah kami) tapi mamat tu cam orang yang bingung...muka mencuka ( ke muka cuak sebab nyaris ilang anak) ? Hmm...kami ni agak terkejut laa ..dia cuma cakap" anak saya ni buas" !.
Heh...kalau dah tahu anak tu buas..naper tak jaga betul2..sibuk shopping jer kut. Hmm...yang lagi musykil tu tak dengarpun dia kata atau ucap terima kasih kat pak guard tu. kat kami ni lagi laa tak ada...dia terus bawak anak dia dan kami pun tak peratikan dia lagi. Masa kami dah dalam kereta dan mula bergerak tinggalkan tesco, nampak lah mamat tu dgn anak dia dan wife dia sama dgn anak kecik sorang lagi kat tepi kereta dia...
Mak kita tanya apa yg jadi kat atas tu ( masa kami naik atas..mak tunggu kat entrance dgn barang2 dalam troli ). Kami citer ler dan mak heran ler naper ler mamat tu t ak cakap terima kasih? kita cakap...agaknya dia panik dan dia memang pendiam kut...ehehhe tapi nampak kat tepi kereta tu dia masih marah anak dia lagi...hmm kesian budak tu...tapi apapun alhamdulillah laa kami dapat membantu...kalau lah orang ada niat tak baik yang jumpa dia...tak tahu ler nak kata cam mana.
So..sesiapa yang ada anak atau anak sedara pergi shopping atau tempat yang ramai orang..jangan ler leka dgn shopping..pegang ler tangan atau letaklah mereka kat troli shopping tu .Kena perati budak2 tu betul2. kalau dah besar tu boleh laa tahan jugak sebab deme dah boleh hafal nombor telefon..leh bagitahu kat orang.Tapi itupun lum tentu deme tak panik kalau kehilangan abah, mama atau mak long dia. iskk ..semoga dijauhkan la dari terjadi kat kita ni sebab anak2 sedara kita ni rajin mengikut kita gi pasar atau gi shopping.
Beberapa tahun lepas, pernah ternampak ibu yang menangis dan panik kehulu kehilir mencari anak dia dalam arus ribuan manusia yang shopping nak raya di jalan TAR. Haiyooo kesian betul masa tu ...agaknya dia leka sangat memilih kain nak buat baju raya kut sampai tak sedar anak dah tak ada kat sisi.
Ni puasa dah dekat...lepas tu raya..so masa puasa ni mesti yg ramai shopping..so jagalah anak masing2 jer. Berhati2lah..kita tak tahu apa yang akan berlaku..janganlah kita leka.
Comments
Salam ziarah. Dah lama tak dtg sini...