Pecah masuk di Syawal ke 7

7 Syawal 1433 = Sabtu 25 Ogos 2012.  Waktu berlaku di antara tengah malam dengan subuh.
Famili adik masih ada di kampung ketika itu. Mereka bercadang untuk balik selepas zohor tapi terpaksa ditangguh sebab insiden yang berlaku. Insiden apa? Rumah dipecah masuk dek pencuri laknat. Masuk ikut tingkap, keluar ikut pintu dapur. Hampeh betul laa.

Banyak jugalah duit adik ipar, duit kak long ni hah dan juga duit raya Nasyirat yang diambil. Handphone , kamera dengan external hard disk akak ni pun di kebasnya. Aduslaaa ... Sakit hati tapi dalam pada sakit2 hati tu tetap bersyukur kerana kami tidak dikejutkan dan kemungkinan bersemuka dgn pencuri yang mungkin akan menyebabkan kes teruk lagi. Alhamdulillah...begitulah kalau Allah kata sesuatu itu akan terjadi, maka jadilah ia. Dah bukan rezeki kak long nak terus guna handphone itu . Cuma sayangnya gambar2 kenangan raya masih ada di dalam kamera dan handphone itu...huhuhu...sedihhh!!!

Comments

Rumah Kuning said…
syukur akak sekeluarga tidak diapa-apakan.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini