Jadual perjalanan semasa PKP Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing. 1 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri: Perak Johor Kelantan 2 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri: Perlis Kedah Pulau Pinang Melaka Pahang 3 Mei 2020 Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri: Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Terengganu Sebagai contoh, jika anda sekarang terkandas di kampung atau hometown di Terengganu. Anda hanya dibenarkan untuk rentas negeri pada 3 Mei 2020 sahaja. Perjalanan Gerak Malaysia adalah sehala, bukan dua hala Gerak Malaysia perjalanan sehala, bukan dua hala Ramai juga yang bertanya, “Mak saya sekarang terkandas di Shah Alam. Kalau saya nak hantar mak yang nak balik kampung di Johor Bahru, dan selepas itu saya nak balik semula ke Shah Alam, boleh ke? Jawapannya, TIDAK BOLEH. Permohonan balik kampung rentas negeri (semasa PK...