Posts

Busy as a Bee

Image
Hari ini Kak Long kena interview 4 orang calon penolong pegawai perpustakaan dan seorang pembantu perpustakaan untuk kampus cawangan di Kuala Trengganu. HRD telah membuat sedikit kesilapan kerana tidak meletakkan jawatan ini di dalam iklan "walk-in interview" yang telah dijalan beberapa minggu yang lepas di Kuala Trengganu. Saja jer tak nak bagi kak Long pergi Trengganu la tu ..ihiks . Apa-apapun kalau Kak Long tak sempat ziarah blog kengkawan hari ini, maaf dipohon. Ada sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang kerabat kerja di tempat Kak Long bekerja ini, sila hantarkan resume. Peluang masih terbuka untuk jawatan pembantu perpustakaan.

Pelik tetapi Benar

Image
Terima kasih banyak diucapkan kepada Abang Long kerana meletakkan nama Kak Long dalam senarai tag...ihiks ..name tag ke smart tag? bukan itu tapi Kak Long kena tag supaya menyenaraikan 6 perkara pelik yang ada di dalam diri Kak Long. Uwaaa...ni kira suruh "exposed" pada dunia kebaikan dan keburukan perangai ke ni?? ehehehhe. Dua hari kak long fikir..apa bendalah yang pelik pasal Kak Long ni ? Anyway..untuk suka-suka kak long senaraikan kat sini perkara atau perbuatan atau perangai kak Long yang pelik atau "weird". Taraaaa..sila baca..ihiks. Tak mo baca? no problem...sila tekan X disudut hujung atas kanan browser pc @ laptop anda... 1. Takut nak guna kad "touch & go ". Huhuhu...korang gelak ek?? tapi itu hakikatnya. Kak Long terasa cam tangan tak sampai jer nak sentuh kad tu pada "reader" touch & go tu. Rela "Q" utk bayar duit tol..ahahahah. Bukan kad touch and go jer ... Sebelum ni pernah jadi kes kereta belakang bunyikan hon se...

Kejayaan Sebenar...

Image
Syukur, alhamdulillah anak saudara kak long, Noorsyafiqa berjaya diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau di Pulau Pinang dan akan mendaftarkan diri pada 21 Februari. Walaupun akan berjauhan dari mak dan abah tapi Iqa jangan bimbang kerana sebelum ini Iqa dah pernah tinggal di asrama cuma bezanya dulu boleh balik setiap hujung minggu tetapi kali ini agak payahlah nak balik setiap hujung minggu. Kesabaran itu perlu ada didalam diri. Apa-apapun Mak Long percaya pengalaman yang akan Iqa perolehi nanti walau pahit walau manis akan menjadi kenangan terindah dan menjadi garis panduan hidup dimasa hadapan. Belajar rajin-rajin dan Mak Long akan menyokong dan membantu Iqa sehingga Iqa berjaya. Have fun gurl ...cuma jangan lupa buku la yer...ehehehe. Telefon, sms,email akan mendekatkan Iqa dengan semua...dun worry okey!!

Bumi ini...

Image
"....Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, berubahlah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan), subur, serta ia menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah." Surah Al-Hajj, ayat 5 *Allah s.w.t yang Maha Berkuasa memberikan nikmatNya kepada manusia. Manusia itu sendiri wajib bersyukur dengan nikmat yang diberi.Ini mengingatkan kita betapa berharganya air.Musim panas yang kita alami sekarang juga mengingatkan kita supaya berjimat cermat menggunakan air. Jangan membazir...*

Matahari

Image
Terbit sinar mentari Saban hari Mengejut mimpi Dari lena Riang kenari Di cemara Mengusik sukma Bunga-bunga matahari Anggun mekar Di taman sari Warna jingga Suntingan hati Bagai tanda Kasih bersemi Hangatnya sinaran Walau getir ku tempuh dugaan Menyahut wawasan Ku pohonkan segunung harapan Bangkitkan citramu insan Dalam diam menyambung warisan Sekilas sinar mentari Melewati di senja menanti Lagu nyanyian: Maya *Kak Long suka sangat dengan lagu ini. Sesekali lagu ini diputarkan di KLfm ruangan KLKL(Kenangan Lalu Kuala Lumpur).Sesiapa ada mp3 lagu ini, bolehlah emailkan kepada kak long yer*

Monday blues...

Image
Ihiks ..bila tengok kat tajuk entri macam nak cerita kisah yang tak best jer tapi sebenarnya tidak. Semalam Kak long off ...pasal kerja hujung minggu..so hari Isnin hari rehat "rest day". Apa-apapun kak Long nak cerita pasal aktiviti kak Long semalam. Kelmarin bila adik kak long mintak tolong hantarkan dia ke KLIA...kak long senyap jer. Jawab Ya tidak...jawab Tidak pun tidak...eheheh banyak betul tidaknya. Mak kak long tanya "pukul berapa?". Adik kak long jawab "kenapa?". Kak Long diam jer...ahahahaha..adehhhh ada cerita disebalik pertanyaan mak itu. Sebenarnya Kak Long pernah sesat masa balik dari hantar adik ke KLIA sebelum ini. Lama dah ...masa tu dia dengan famili nak ke Gold Coast, Australia..ehehehh mak ada kat sebelah masa tu jadi co-pilot tapi co-pilot pun tak pandai jalan. Silap tengok papan tanda..terus ke Lebuhraya Elit ..ahaks ...masa tu kak long fikir ..apasal tak jumpa2 masjid KLIA ni..tadi datang ada nampak masjid ...huhuhu.. Co-pilot masa t...

Plan Your Priorities

Image
One thing that all successful people have in common is that they have mastered the ability to manage their time. First and foremost, they have organized themselves. "Every minute spent in planning will save you two in execution." "You will never regain lost time, so make the most of every moment."