Posts

Pesanan Buat Semua...

Image

Ku sangka Panas Hingga Ke Petang...

Image
...rupanya hujan di tengahari. Baru jer 6 bulan dunia kerja kak long lebih ceria dan kurang tekanan, pendek kata senang ceritalah. Tapi hari ini, kegembiraan itu telah tercemar bila kak long dapat tahu besar kemungkinan dept ini akan di letakkan di bawah " student affairs" dan bukan lagi "academic" . Uwaaaaaa...tak nak !!!!! uhukss ..sedihhnyaaaaa.Apa la jadinya dengan project "new look" yang di usahakan oleh kami berdua?? uwaaaa sedih lagiiiiiiiiiiii . Tak nak bos lain...nak bos yang sekarang ni juga..uhukss,bos yg understanding, tak suka marah dan baik hati tu dah tak jadi bos kak long ...uwaaaa. Mood happy dah bertukar jadi sedih...tambah pulak bila mengenangkan ada staff yang tunjuk baik kat depan jer tapi kat belakang mengata macam-macam. Jahat sangat ke aku ni... Sabar jer laa..

Renungan Sejenak

Image
" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ... ... tiada insan berdosa yg tak punyai masa depan ..." "... Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar ??? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI ..." Kak Long agak sibuk dgn kerja hari ini...kak long dapat kata-kata di atas dari emel yang di forward kepada kak long, renungkanlah sejenak yer ...fikir-fikirkanlah. Gambar hiasan adalah sebahagian taman mini di hadapan rumah kak long di Kesuma Lakes. Bunga-bunga raya pelbagai jenis yang indah bila berbunga ..

Pengorbanan?

Image
Malam tadi, kak Long menonton slot cerekarama di TV3. Tajuk drama tersebut "Cahaya Hati". Biasalah pada mulanya drama ini berkisar tentang 2 orang sahabat dan seorang wanita. Wanita ini di sayangi oleh kedua-dua lelaki ini dan apa yang membuat kak long terfikir ialah pertama, biasalah seorang lelaki mengalah di dalam merebut kasih seorang wanita walaupun dia sendiri mengasihi wanita tersebut. Apa juga alasan dia untuk melakukan pengorbanan dari segi hati dan perasaan masih boleh diterima akal tetapi di dalam drama ini, lelaki tersebut telah memberikan matanya , bukan sebelah tapi kedua belah matanya kepada wanita tersebut yang telah menjadi buta akibat bahan pencuci filem ( apa ntah tak tahu kak long nama bahan tersebut). Mungkin juga sejenis asid kerana muka wanita ini juga rosak teruk. Ketika pembedahan dilakukan, tidak dilihatkan kepada penonton bahawa buah hatinya yang telah mendermakan kedua belah matanya utk sang kekasih yang disayangi. Akhirnya wanita tersebut mengahwi...

Kemas Mengemas...

Image
Harap maaf ...entri hari ni hanya nak cerita dan bagitahu kak long meneruskan kerja mengemas bilik pejabat ni. Rasa dah bosan dengan susun atur meja, kabinet dan lain-lain menyebabkan kak long telah mengambil keputusan utk mengubahnya kelmarin dan bersambung hari ini. Semua kertas-kertas quotations, catalog publishers, jemputan seminar dan segala sampah sarap dari tahun 2003 -2006 telah kak long sumbat dlm kotak dan akan direcycle. Ihiks ...cam ibarat rasa buang semua kenangan buruk jer kan?? yeay...move on ... Cerita akan bersambung esok dgn gambar2 yang lain ..insyaallah. Terkini...bilik pejabat kak long

Valid lagi ke?

Image
Semalam kak Long EL sebab terlupa nak mintak cuti minggu lepas. Lesen memandu Kak Long akan tamat tempoh pada 24 June, 24 June tu hari minggu, mana ada pejabat JPJ atau Pejabat Pos yang bukak hari ahad kecuali kat Kelantan, Trengganu dan Kedah kan?? ihikss. Kalau nak pergi hari ni, byk kerja nak dibuat sebelum hujung minggu, jadi semalam la kak long cuti. Anak sedara sampai tanya " mak long sakit ke?" "Kenapa tak kerja "? ahahahaha...ni semua pasal 2 minggu lepas tu dia dok tengok mak long dia ni asyik MC dan makan ubat. So, sesapa yang baca entri ni, yang mana ada lesen memandu kereta, motor, lori, keretapi atau kapal terbang tu, sila periksa lesen anda, ntah-ntah dah mati last week...ekekekek. Beringatlah sebelum terkena saman ek. Susah Oooo kalau kena saman...dari bayar saman, baiklah belanja kak long makan satay ke ?? ye tak..ahaks... Cukup sampai di sini yer sayangku, esok -esok sambung lagi, meh kita buat kerja!!! ehehehe

Utk Sementara Waktu...

Image
iskk saperla makcik ni...tak lawa..ahaks ..ini saja gambar yang ada dan sempat di ambik..itupun guna kamera di telefon bimbit. Ampun ek korang...lagi satu gambar pulak ada masalah bila nak di upload. Kebetulan tak seorang pun staff library yang bawak kamera. ..ihiks. Nanti kalau ada gambar2 official dari communication dept utk tatapan semua staff, harap2 ada gambar kak long masa dapat award tu, then kita akan upload ke sini ok...harap sabar ok (walaupun kita sendiri tk sabar nak tengok) ehehehe. my lovely colleagues sorry laa ..gambo tk terang