Posts

Anggapanmu dan Anggapanku

Image
Setelah membaca entri Noushy di Strange But True , Kak long terfikir nak letak entri ini. Maaf yer Noushy...ambik sedikit idea Noushy. Hari ni bukan birthday kak long sebab kalau birthday kak long, 4 tahun sekali baru ada 29 Februari..ehehe saper di antara anda yang hari lahirnya 29 Februari? Selamat Ulang tahun Kelahiran yer. Berbalik kepada tajuk dan foto yang tertera di sini, mengikut kalendar cina, tahun yang kak long dilahirkan ialah tahun monyet. Apa yang kak long nak katakan kat sini kebetulan yer, ada sebahagian dari apa yang diperkatakan tentang kak long yang lahir di tahun monyet ini adalah benar . I do not let betrayer let go easily..huhuhu. Yang lain-lain tu hanya orang lain yang dapat menilainya..betul ke kak long macam tu? ada sebahagian lagi kak long ada jawapannya tapi tak tahu sama ada sama dengan pandangan atau persepsi anda tentang kak long. Mungkin jugak persepsi anda adalah semuanya negatif atau ada personaliti anda yang sama dengan apa yang tertera di atas itu? M...

Terkurung ke terkunci?

Image
Oh tidak!!! apa malang nasib hari ni. Sampai awal sebelum 7am tapi terkurung. Heheheh macam terkurung dalam sangkar emas..ihiks kalau sangkar emas ok lagi..ni sangkar ofis ni hah yang tak berapa nak indah tapi tetap dihatiku.....cisss apa daaaa. Kunci pintu bilik tak boleh nak dibukak weiii..jammed!!hampehh ..sabor jer ler!! Mujur ler pc kaunter ni canggih dari pc kat bilik tu..flat screen..beso lagik...ahahahah teman guna ler pc kat kaunter ni untuk meluahkan rasa kurang bernasib baik tapi alhamdulillah , syukur juga kerana dapat buat entri awal pagi sebelum mula kerja. Mak aiii kena tunggu Uncle Ong dari maintenance ler nampak gayanyer ni ..huhuhu mesti pukul 9 lebih nanti..uwaaaaaaaaaa. Tak dapat nak ambik biskut ..lapoooo. Cafe lum bukak!!! Sabo jer ler makcik zura wehhh..ahaks.

Dia datang lagi

Image
Huhuhu macam bagus jer tajuk ni..kut2 laa ada siapa2 yang istmewa datang ek...ahaks. Baru kejap ni tadi ada staff dari dept quality assurance bagitahu ada external audit lagi bulan depan. Hisss...rasa macam baru lagi audit..ihiks cepat bebeno ler pulak audit lagi. Tahun lepas orang2 audit tu tak datang ke sini, tapi tahun ni tak pasti ler pulak. Kalau tak ada lagi bagus..ehehhehe. Makcik yang jaga audit di organisasi kami sekarang ni asalnya dulu dari kolej ...tempat kawan sebilik masa kat Uitm dulu kerja..eheheh so dia kata makcik ni tak ada buat apa2 yg bagus pun kat tempat lama dulu!! huh...tak tahu ler teman nak komen macam mana..apa2pun asal dia tak kacau department ni dengan benda bukan2 sudahlah!!. Mungkin juga pengalaman di tempat lama digunakan dengan lebih baik di tempat baru? First impression masa 1st time jumpa dia di KT semasa management board annual summit, makcik ni tak isi pun borang survey yang HR edarkan. Dia join kaminyer sketsa masa tu pun sebab terpaksa ...isk isk...

Ubat? Oh tidak!!

Image
Kelmarin, Nu'aim muntah selepas terbatuk beberapa kali sedang dia leka bergolek2 di atas kapet di ruang tamu. Aduhai, tak sempat nak bawak dia pergi ke bilik air!! habis berbau masam sampai terpaksa angkut kapet keluar rumah..eheheh. Kena tunggu sabtu ni la nak hantar kapet tu ke kedai dobi. Sejak dia batuk dan demam awal bulan ini, susah sangat dia nak makan ubat. Macam mana yer caranya nak buat budak2 kecik terutama dalam umur 1-2 tahun ni nak makan /minum ubat? . Nu'aim sebelum dia masuk wad hari tu, senang jer nak bagi dia vitamin atau ubat cecair tapi sejak di hospital dan sampai sekarang ni dia akan mengelak dan melalak bila nak bagi dia makan ubat. Walaupun kak long tak ada anak tapi anak2 sedara kak long tinggal di rumah kak long lebih dari 8 jam sehari dan adakala kak long dan mak kak long jenuh memujuk Nu'aim minum ubat...fuhhhh sabar..sabar!! eheheheh siap kena side kick tu ..dia terajang dan tepis picagari /sudu melayang jatuh...ahaks. Dengan airmata meleleh dip...

Fobia

Image
Dah jadi macam fobia sekarang ni bila memandu di jalanraya. Tertakut-takut ( erkk ... ampunkan bahasaku ini...eheheh) bila ada yg memandu terlalu laju,takut dia hentam kita...bila ada yg memandu terlalu perlahan, takut kita pulak yang tersondol kereta dia ...huwaaaaaaa..ni ler bahananya bila kereta kena sondol 2 minggu lepas. Terasa gayat pulak bila nak buat u-turn, bila nak membelok...macam2 ler rasa takutnyer. Fobia 3 tahun lepas kembali menyerang!! Jantung berdebar2 bila terpaksa brek mengejut..bawak keretapun dah slow semacam jer ..uhukss.Kelmarin rasa nak putus jantung bila terkena situasi brek mengejut.Malam termimpi2 termasuk lorong sehala, jalan sempit, kena tinggal dek konvoi la ..sesatlah...huaaaa macam2 ..fobia jadinyer .Adusssssss...kalau boleh tak nak memandu tapi apakan daya..akan terpaksa juga aku redah. Tolonggg....

So Long, Thank You for all the help

Image
I'm saddened to have to do this again, but today I'm saying my collective goodbyes to two of my department members, Ainil (left us in early February) and Nurul (leaving us on early Mac). Over the years both ladies provided patient and exemplary service to the users and the organization. I would like to wish Best of luck to Ainil and Nurul. Keep in touch okey! It is hard to say Goodbye ...

Happy 5th Birthday Nurdini

Image
Sayang Dini.. Alhamdulillah, Nurdini sudah berusia 5 tahun. Tidak ada parti di Harijadi Nurdini yang ke 5 pada 17 Feb yang lepas. Opah dengan mak long dia bagi hadiah seutas rantai dgn pendant berbentuk hati serta sepasang baju berwarna pink. Memula tak ada kek harijadi tapi dia merengek kata bukan harijadi kalau tak ada kek..so mama dia belikan kek juga kelmarin..eheheh maka dia pun dengan sukacitanya meniup lilin. Opah dia kata dia tak sabar tunggu mak long dia ni balik dari kerja...ehehhe maklumlah minggu ni shift habis pukul 8..maka sampai rumah dah pukul 9. Apapun ni ler dia sebahagian gambar Dini sedang meniup lilin di dapur rumah kak long ...eheheheh siap pakai baju tidur dah tu..eheheh. Semoga Panjang umur, jadi anak yang solehah yer sayang.. gift of love