Posts

What should I do

When i am at work.. Thinking about taking a break. At home,still thinking about work. Hmm...apa nak jadi aku ni.bingung!

Sunyi

Blog dah semacam sunyi sejak 2 menjak ni. Maklumlah dah tuan blog x sempat nak jalan2 kat blog kawan2 lain mananyer org nk singgah sini...yer tak? Apapun terima kasih buat mereka yg sudi singgah. Selagi belum habis projek yg sedia ada ni,selagi itu sy x dpt nak aktif blogging.

Khilaf Bicara

Kesal dgn kekhilafan yg tidak disengajakan tetapi diakui terleka dan alpa. Esok akan ku cuba membetulkan fakta salah yg telah diberi. Semoga maklumbalas yg terbaik akan diperolehi.

Bersawang

Lama sungguh tak mengemas rumah ini...huhuhu sampai dah naik bersawang..halaman rumah dah penuh semak samun. Maafkan diri ini. Tak terdaya dan tak berkesempatan nak meng"update" di sini disebabkan kesuntukan masa, tuntutan kerja yang agak memeritkan ketika ini. Detik penentuan akan tiba minggu hadapan...seriauuuuuu. Doaku semoga auditor itu tak banyak kerenah dan aku dapat menjawab soalan2 yang diberikan. Kerjasama rakan2 amat diperlukan untuk menyiapkan kerja2 dan harapnya kerja2 ubahsuai yang ditambah pada saat akhir akan sempat siap awal supaya kami akan dapat jalankan kerja kami. Tensen ? jangan cakaplah..memang dah naik lemas...memang sensitif saat2 ini. Kalau ada yang menyentuh perasaan, memang cepat menitis air mata..Orang putih kata "by hook or by crook" kena siapkan juga tapi kalau disebabkan kerja orang lain yang tak habis menyebabkan kami tak dapat siapkan kerja, lantak laa..biar auditor tengok...payah sangat..kadang2 naik putus asa bila ada yang tak cuba...

Nota hari minggu

Lokasi : Tempat kerja Tarikh : 20 Disember 2009 Cuaca : Mendung dan besar kemungkinan akan hujan seperti beberapa hari sebelumnya Suhu: Sejukkkkk ... Ketika update blog: Waktu makan tengahari.. Rasa ketika ini: Okaylaaa...break kejap dari downloading data conversion.. Esok: Kerja jugak..tak boleh off sebab ada meeting dan kekurangan staff. Sabo jer ler.

Tolonglah..fahamilah

Untuk mereka yang tidak bertanggungjawab atau dalam erti kata lain, mengetuai sesuatu projek, mereka tidak akan memahami betapa perlunya kerjasama rakan sekerja. Walaupun sudah tahu betapa perlunya kerja-kerja yang ada disiapkan secepat mungkin walau terpaksa bekerja lebih masa tetapi ada juga yang tidak memahami. Cukup saja masa, balik. Semasa tidak ada kerja yang 'urgent" , boleh pulak OT. Saya kalau boleh tidak mahu memaksa. Apabila telah disuarakan semasa mesyuarat tentang pentingnya kerja lebih masa ketika ini, sepatutnya semua akan memberi kerjasama. Masalah apabila ada sikap " tak sebut nama aku dalam senarai, tak perlulah tolong", memang payah jadinya. Saya hormat kepada mereka yang bekerja tidak mengira waktu, apabila diminta stay back, jika tidak ada yang terlalu penting, mereka akan stay back dan jangan bimbang, seorang ketua akan melihat itu semua dan jika semuanya telah selesai, anda semua akan boleh mengambil OFF day itu. Tolonglahhh...tolong bantu saya...

Persoalan...

Patutkah saya ke pejabat dan menyambung kerja2 memuat turun data atau saya habiskan repot yg dah tertunggak. Lagipun fail2 telah dibawa balik. Aduhai terasa gementar memikir akibatnya...