Posts

Tepukah aku...

Esok kerja...hari minggu kerja...Isnin tak boleh nak OFF, ada meeting. Fuhhh....esok kena senaraikan action plan untuk isu2 berbangkit semasa meeting di PD minggu lepas. Sigh....sakit kepala bila mikir kerja yang semakin terasa bebannnya...huhuhu kerja apa la yg aku nak buat ni...agaknya bila dah lama kerja ni...sampai tahap tepu dah kut..isk iskk...keliru ...

Off site Workshop@management meeting

Hmm....esok dah nak kena pergi PD...ikut aturcara ada presentation yang perlu dibuat oleh setiap ahli ...adehhh malam ni kena buat ler ..udahlaa tak ada guide dan tak tahu sama ada proposal yang hantar 2 minggu lepas tu okay ke tidak...tetiba kena pulak present depan semua orang..tak sukaaaaaaa!! walaupun kita kena fikir positif tapi dalam hati tetap berkecamuk ...harap2lah Allah berikan kelapangan fikiran dan akan keluarlah idea bernas untuk presentation tu nanti...InsyaAllah..Amin.

Malam minggu

Malam ini, mak,iqa dan kak long berada di rumah kazen di Meru sempena meraikan majlis cukur jambul cucu ke 3. Meriah dgn saudara mara dan jiran2. Perjalanan petang tadi dari rumah diiringi hujan gerimis menyebabkan jalan sedikit sesak dan melambatkan. Sudahlah teman ni bukan juara f1 ataupn rally, makanya memandu lah teman dgn gaya pemandu berhemah ehehe kalau ada yg suka cilok naik keret teman,mesti bengang dan tak sabar! Huhuhu takpe takpe biar lambat asal selamat!

Betul ke?

Kelmarin dapat panggilan dari "head hunter". Egege dia bukan nak kerat kepala tapi dia offer kerja. Ada ke terus2 tanya minat ke tak nak apply post library manager tanpa bgtau kat mana or uni mana. Ehehe terkedu 5 saat tp terus cakap tak boleh kata yes or no sebab tak ada details. Last terus tanya lokasi . Mat Saleh jawab, area Subang Jaya. Walaweh...jauh jugak! Ehehe dgn konfiden kata ' anyway,thank you for calling'. Hmm teman takut lari mulut buaya masuk pulak mulut naga.. Yg dikejar tak dapat, yg dikendong habis cicir. Ataupun teman sengaja cari alasan sebab tak yakin utk berubah pasal dah tua ni payah nak adaptasi dgn dunia baru? Hmm...entahlah labu...betul ke apa yg aku buat ni...

Macam-macam rasa

Ada banyak perkara yang sedang , sudah dan mungkin akan berlaku tetapi saya tak tahu macam mana nak luahkan dan mungkin juga tak sepatutnya dikongsikan bersama. Arghhh....hari ni nak tak nak membebel jugaklah secara umum kat semua pasal kerja. Tak boleh nak pejam mata kalau dah ketara sangat benda yang tak dibuat itu...hmmm tak larat dah sebenarnya ..rasa dah jemu sangat...tapi betulkah ini yang dimahukan...dan yang terbaik perlu dilakukan. Ikut kata hati mati..ikut badan binasa...macam mana hah?? Macam2 rasa ada dibenak hati...

Takziah buat Famili Achik Spin

Baru kelmarin nampak kelibat dia bersama Nana di promo " jangan tidur lagi" di TV3, malam tadi telah dikejutkan dengan berita pemergian Achik Spin akibat kemalangan. Kita hanya dipisahkan oleh satu garis yang tidak kita lihat, di antara dunia realiti dan alam baqa. Jika takdirnya begitu, tidak lewat mahupun cepat sesaat, maka terjadilah dengan kehendakNya. Takziah buat keluarga Achik, semoga tabah mengharungi dugaan ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yanf beriman... Al Fatihah. p/s : Masih terngiang-ngiang lagu Bola-bola api, nyanyian Achik bersama Nana.

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Image
Artikel ini saya perolehi dari seorang sahabat yang juga telah menerimanya dari seorang sahabat yang lain. Maka saya kongsikan di sini untuk kita sama-sama menghayatinya. Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah...