Posts

Alhamdulillah

Syukur, saya dan mak selamat kembali ke Malaysia setelah menunaikan ibadah haji . Selama 43 hari meninggalkan tanahair ...apabila saya memandu semula hari ni untuk bekerja..saya rasa janggal sedikit . Sampai terlupa nak sediakan duit tol ...ahahah nasib baik ada kad "touch n go" yg ada lagi isinya. Adusss...sampaikan berapa duit tol kat tol grand saga tu pun saya boleh lupa..aduss mmg masih jet lagged saya ni ....tak berapa nak fokus tapi apa nak buat...cuti dah tk ada ....ekekek kena la bekerja walaupun tak berapa sihat. Apapun...oleh kerana gambar2 semua kat netbook....sy tak leh nak upload kat blog ni tapi boleh tengok kat fb saya :-). check it out yaaa....

Maafkan kekhilafan saya

Kurang lebih 24 jam lagi sebelum saya dan mak akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas semua salah silap saya yang mungkin pernah saya lakukan terhadap rakan-rakan siber yang pernah saya tegur, kenal dan juga mereka yang pernah singgah ke blog ini. Saya akan kembali ke Malaysia, InsyaAllah pada 10 December 2011. Jaga diri dan peribadi sebagai perhiasan diri. Maaf sekali lagi dan doakan semoga kami selamat sampai , kekal sihat dan dapat menyempurnakan ibadah haji dan selamat juga sampai ke tanahair. InsyaAllah..Ameen.

Semakin hampir ke situ...

Dalam masa lebih kurang 30 hari lagi sebelum saya dan mak dengan izin Allah swt akan ke Makkah dan seterusnya ke Madinah. Persiapan masih belum habis. Beg2 pun belum berkemas. Kerja yang akan ditinggalkan pun masih belum siap. Risau juga tapi saya yakin Allah maha mengetahui dan dengan izinNya mempermudahkan urusan. Banyak dugaan yang Allah berikan sejak kebelakangan ini. Kaki mak masih belum berapa pulih dan terpaksa solat duduk di kerusi. Sedikit sebanyak hal ini merunsingkan mak sebab takut menyusahkan saya nanti nak bawak tongkat/bangku tu nanti di sana. Saya kata tak mengapalah...jika dalam masa sebulan ini mak masih belum pulih, saya akan sentiasa disisinya membantu apa yg perlu dan saling mengingati untuk beribadat dan mengerjakan ibadah sebaik mungkin. Dengan izinNya, segalanya dipermudahkan....InsyaAllah. Lambaian kaabah terbayang2 dimata.

Syawal bakal tiba...Selamat Hari Raya

Image
Lebaran kembali lagi..InsyaAllah. Kali ini tidak ada perubahan...raya masih bersama mak ..ihiks. Setia disisi. Apapun raya kali ini rasa sempoi jer...tak kecuh buat kuih...baju raya dah lama tempah tapi tk siap lagi...yg dah siap awal 2 bulan lepas dah jadi baju gi ofis sebab dah pakai masa ada majlis kat tempat kerja. Esok, Jumaat 26 August, saya akan memandu balik ke kampung bersama mak dan anak saudara saya iqa yang praktikal kat Seremban dan esok hari terakhir dia di JKJR Seremban tu..so petang , InsyaAllah akan bertolak balik. Banyak benda nak kena buat esok ni..alignment dan balancing tayar kereta kena terjah dulu...takut lambat siap...then singgah pasar laa gamaknyer ..itupun tak pasti..ikut apa kata mak saya jer laa...saya ni tukang bawak kereta jer...ehehehe. Di kesempatan ini , nak ucapkan selamat menyambut syawal yang akan tiba dan bergembiralah yer.. Maaf zahir batin andai ada salah silap saya kepada rakan2 semua. Hati-hati memandu semasa musim perayaan ini, kenderaan...

Baju raya??

Image
Baju raya saya belum siap...huhuhu ...silap2 haribulan..teman pakai baju lama jer...ahahahha. Tak kisah laa ..a.da jubah yg beli kat Mekah tahun lepas belum pakai..so itupun boleh kira baju baru jugaklaa...ihiks. Yang penting dapat bersama-sama keluarga tercinta ..betul tak? Dalam hati masih berharap cik kak kat kg tu..tailor tu dapat siapkan baju teman, baju mak teman dan juga baju iqa yg kami dah hantar sejak hampir 2 bulan lepas tu akan siap sebelum hujung minggu ni.Kelakarnyha saya dah lupa kaler kain yg saya haantar buat baju...muahahahha,,,sehelai tu ingat2 kaler merah ada biru2 sikit...ciss..lupa pulak nak potong sikit kain tu utk contoh beli tudung...ihiks.. Moga baju saya siap untuk raya ni...Amin.

Lost and found

Kebiasaannya kunci pejabat memang sentiasa dalam beg tangan tetapi hari isnin lepas, tetiba teringat nak cari kunci tu masa sebelum bertolak ke tempat kerja. Aduhhh...apasal pulak tak ada dalam beg? Gelabah pusing keliling cari kut terkeluar dari beg dan terjatuh kat sofa. habis selak semua kusyen...ehehehe. Akhirnya dalam 1o minit cari tak jumpa...give up dah dan terus guna kunci pintu belakang..mujur saya dah pisahkan dari kunci utama. Semalam...semasa nak solat zohor, saya terperasan ada benda keras dalam beg telekung...sekali saya seluk...huiksssss...syukur alhamdulillah kunci saya yang hilang tu dah jumpaaaaa semula. Heran juga bila pulak masanya kunci tu boleh termasuk dalam beg telekung? hmmm fikir2 semula mungkin semasa saya bawak balik telekung yang saya dah basuh ke pejabat tu, saya masukkan kunci tu dalam beg berisi telekung dan bukan beg tangan selepas buka pintu utama pejabat...adehh ...alhamdulillah.

Tak sempat...

Tak sempat nak solat terawih berjemaah esok malam kerana rasanya masih dalam perjalanan balik dari Kuala Trengganu. Tak mengalah, apa yang penting kami selamat sampai ke rumah..InsyaAllah..penat dah mata..nak tidur dulu...esok nak bangun awal..masih ada satu sessi terakhir esok pagi...sebelum berangkat pulang. Kali ini tak sempat nak jalan2 beli souvenir ke apa..kut ada pun esok kalau sempat singgah tepi jalan beli kopok lekor ke..kopok keping ke...ehehhe . InsyaAllah kalau ada rezeki nak jadi ole-ole dari T'ganu...