Antara Popular dan Tidak Popular


Pada awalnya Kak Long tidak tahu atau tidak pandai apa2pun pasal blogging. Setelah berkenalan dengan seseorang yang kini dah "history", barulah Kak Long tahu sedikit sebanyak pasal blog. Memula dulu memang tak "list"kan blog dalam senarai bloggers. Alamat blog hanya kak long dan kawan tu sahaja yg tahu.

Kira-kira 2 tahun yang lepas, Kak Long akhirnya "membuka" pintu masuk ke blog kepada dunia. Ramai juga yang menjadi kawan kak long di dunia blog ini dan ada juga yg menyepikan diri.

Kak Long tak dapat nak mengelak dari berfikir mengapa ada bloggers yang seakan-akan memilih blog yang akan mereka kunjungi. Walaupun kita dah lawat blog mereka tetapi tak membalas kunjungan kita. Kalau dulu, saling berkunjungan tetapi sejak tak ada "shoutbox" yang mereka suka di blog kita, maka mereka tak sudi lagi berkunjung. Itu hanya agakan kak long. Mungkin benar dan mungkin tidak. Mungkin mereka rasa blog tak popular tak perlulah nak jengah. Mungkin juga mereka sibuk berkunjung ke blog rakan-rakan rapat sehingga tak sempat nak balas kunjungan tetamu lain yang singgah ke blog mereka.

Kak Long tak kisah pun kalau mereka tak nak datang berkunjung sebab blog kita memang tak popular dan tak ada yang menarik. Lagipun kita pun jarang sempat nak merayau atau berziarah ke semua blog yang ada.

Apapun, Kak Long merasa bersyukur kerana masih ada yang sudi membalas kunjungan Kak Long ke blog mereka.Lebih bersyukur bila ada kawan-kawan yang sudi berkunjung walaupun kak long tak sempat berkunjung ke blog mereka. Kak Long seboleh-bolehnya akan terus berkunjung ke blog mereka sebagai tanda menghormati tetamu yang sudi singgah.

Jika ada masa terluang, kita berkunjunglah pula ke rumah tetamu kita itu, jangan pilih kasih. Tinggalkan jejak walau sebaris ayat, walau sepatah perkataan. Ini tidak, bila kita berkunjung ke sana, nama dia ada..berkunjung ke situ, nama dia ada, tapi kita yang tak popular ini, sepuluh kali datang bertandang ke rumah dia pun, dia tak heran nak membalas kunjungan. Kenapa ek??? eheheh...dah salah la sebab kita ni tak popular, tak penting dan tak ada kepentingan kut...whateverlaa. kalau dia betul2 sibuk, dah tentu nama dia tak ada kat blog orang lain , kak long masih boleh nampak siapa-siapa mereka yang benar2 tak sempat berkunjung ke mana-mana blog lain.

Apapun, sessi lepas geram dah habis...ahahahah...terpulanglah pada individu yang merasa diri mereka popular tak perlu ada kawan yang tak popular tak kisahlah. Hak masing-masing...cuma hari ni nak lepaskan geram sebelum bercuti hujung minggu...ihiks...sayang semua.

Comments

sd. said…
sapa tu kaklong??hehe..neway, sayda pun baru nak stat bloging ni..saje nk isi masa..
for me, blog yg sayda suka visit tu bcoz i just interested to noe wat other people do in their life daily..at least xla terperangkap ngn dunia sendiri je kan?
Shunjike7 said…
hehehe....kak long janganlah marah2...tak cool...bukan apa kak long...kadang2 orang yang datang mengunjung tue terlupa nak tinggalkan jejak derang...malah saya sendiri pon kadang2 terlupa meninggalkan jejak bila datang ke sini....bukan sebab saya pilih kasih yer kak long...
Abang Long said…
apa yang diperkatakan dalam n3 pada kali ini memang betul. abang long bersetuju. sewajarnya ada pertalian dan pertautan kasih sayang dan ukhuwwah sesama bloggers. tak semestinya tajuk menarik dan bagus baru nak tinggalkan jejak. apa pun kak long sihat ?
Noushy Syah said…
Kalau masuk tinggalkan jejak atau komen baru kita tau dia dtg kan, cebab kalau tak tinggalkan jejak masuklah seribu kali pun the host tak kan tau, tak gitu??
Normie said…
saya arap tk tersenarai yer kak long..hihihi relax kak long....*wink...kak long tetap masih popular dihati saya...Muaaahhhh
Juezura said…
Sayda ~~~Kak Long tak maksudkan sayda dlm entri kak long ini. Kak Long suka sgt bila sayda sudi singgah ke sini.

Bob~~Kak Long tak marah Bob pun sbb kak Long pun dah lama tak ke blog Bob sejak Bob kata nak rehat dari blogging :-)

Abg Long~~terima kasih kerana bersetuju dengan n3 ini. Sebenarnya ini salah satu terapi utk kaklong lepaskan rasa geram...ehehehhe..tp tak kisah la..mana yg ada tu ..saya jadikan kawan ..yg tak nak tu ...kita biarkan jer la.

Noushyy~~~betul kata Noushy. Kalau kita jadi silent reader, tuan rumah tak tahu kita singgah ke tidak kecuali dia bagitahu kita dengan cara lain spt email etc. At least bila kita tahu ada org singgah ..hati jadi suka.

Noamee~~~eheheh kak long dah ok ..hari tu nak lepaskan yg terbuku di hati jer...ihiks terima kasih la kerana menjadikan kak long yg popular di hati Mie..muahhh sayang dia arr ..eheheheh
Mersik said…
Amboi2 Kak long, jgn ler begitu2 rasa geramnya. Buat pokcik rasa serba salah plak. Kdg2 blog ni umpama umah yg mencerminkan peribadi pemiliknya sendiri.

Maklom lah, ada oang suka bertandang, ada oang suka ditandang, ada pula yg suka meninggal jejak masa bertandang dsb.

Kalau oang tua cam pokcik nih? apalah nak didaya2 kan. Pun berjalan2 juga walau tak selalu.

Ibarat kata, demi kak long, tiada tongkat, merangkak pun pokcik turuti jua.. alahaiii

(Sambil testing2 kasut snickers yg boleh pam2 angin.. toing.. toing .. alahaii )
Anonymous said…
eh kak long.....sabar erk...mmg itu lah salah satu proses pembentukan sebuah persahabatan..kita hanya boleh menawarkan tapi bkn kita yg boleh tentukan diterima atau tidak....saya tak pernah rasa mcm apa yang kak long rasa sbb bagi saya " hidup biar sedap..." hehehehe.....

normal la kak long semua benda tu...kalau kita ikhlas kita akan gembira dgn apa yg telah kita lakukan....maaf erk lama bercuti..heheheh..jgn jeles tau kaklong
Juezura said…
Pokcik~~saja nak lepaskan geram. Sebenarnya kalau org tak nak berkawan terpulang pada hak masing2..cuma pada kak long kalau dah kwn2 dtg menziarah...cuba berlaku adil pada semua .

Kujie...betul Jie cakap tu...kalau kita hulurkan persahabatan tapi tk org tu tak membalas kita tak leh buat apa ..tp entri ni saja nak meluah rasa...ehehehe skrg ni ok dah

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini