Bersalahkah aku?

Maaf kerana tidak berkongsi masalh yang kak long hadapi dengan anda semua. Kak Long fikir dengan menerima seseorang di dalam hidup ini begitu mudah sekali. Sesungguhnya kak long masih keliru dengan apa yang berlaku.

Adakah kak long bersalah apabila memilih keluarga dari dia? Selama 2 bulan kak long cuba menafikan ketidaksesuaian kami. Hanya dia yang betul..hanya dia yang boleh mengarahkan itu dan ini.

Akhirnya bila kali kedua dia menghina mak walaupun tidak secara langsung, kak long tidak mampu bertahan lagi. Walaupun sebelum ini mak telah merasa sesuatu yang tidak kena di dalam perhubungan ini tetapi kak long masih cuba menyelamatkan keadaan. Kali ini kak long nekad untuk tidak meneruskan perancangan yang telah diaturkan.

Desakan yang dia dan keluarganya hamburkan kepada kak long tidak dapat kak long terima. Pendapat kak long tidak diendahkan dan cara mereka menyampaikan cadangan tidak kena pada tempat dan gayanya menyebabkan mak begitu marah.

Kata putus telah disampaikan kepada adik dan adik iparnya yang mencadangkan kami disatukan pada peringkat awal..tetapi heran kenapa mesti dia masih menghubungi kak long seperti tidak ada apa yang berlaku. Kak Long tidak mahu ada apa2 lagi dengan dia ...tolongggglahhh jangan ganggu hidupku lagi. Selama ini hanya kak long yang beriya-iya tapi dia ikut suka jer nak hubungi atau tidak. Bila orang dah tak nak baru nak sibuk2 buat panggilan..tolonglahh...tak mahu lagi...serik.

Apa kata anda bila seseorang menyebut " Awak bagitahu kat mak awak tu, jangan melatah pada perkara2 yang belum tentu boleh" . " Maaflah tetapi mungkin mak awak dah lama tidak ada suami menyebabkan dia jadi marah-marah"." Saya tidak mahu mak awak masuk campur dalam urusan saya bila kita berkahwin".Heyyy...tolonglah.. mak saya berhak ke atas saya dan saya patut dengar cakap mak. Kenapa mesti menghukum mak sedangkan mak hanya menyuarakan pendapatnya.

AWak nak kuasai hidup saya? oh tidak....pleaselah, mak saya tidak ada galang gantinya.Kalau orang lain boleh dengar cakap mak..kenapa tidak saya? Bila saya kata tidak bersedia, dan memohon supaya mengikut pendapat mak saya, awak sendiri tidak dapat membuat keputusan dan menyalahkan mak saya.

Cukuplah sampai di sini...biarkan saya hidup seperti dahulu.


Comments

H@iRiE said…
sabo je le bebanyak
sd. said…
sayda nmpk kaklong ol ptg tadi.tp ms tu br bgn tido huhu..n dh lewat for class.
i wanna noe d story..uhuhu..nnt tell me wt's next happen k..

b strong tau
hugs~
Juezura said…
Hairie : Terima kasih. InsyaAllah kak long memang cuba sentiasa bersabar.

Sayda: Thanks dear..
AiRynnz said…
salam kak long....

semoga kak long kuat hadapi dugaan itu...byk2kan bersabar k...

sememangnya mak tiada penggantinya..

setiap yg terjadi ader hikmah di sebaliknya...
Unknown said…
Kak Long... takutnya Opah De dgn orang yang cam gini. Cam obsess lak. Opah de rasa, dia terhina ler kerana Kak Long yang putuskan hubungan. Memang bangsa tu (bangsa aku sendiri..huhu) macam tu. Depa putuskan tak apa, tapi kalau orang lain, macam satu kesalahan yang besar... sabar je aku. Kalau dah melampau sangat, Kak Long jangan diamkan aje. Buat report polis.

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini