Kritik ke Komen? Tak kisah laa...


Berikut adalah komen yang iEn berikan terhadap jawapan tag yang kak long jawab di entri pada Ahad 22 Julai 2007.


"Kak long adalah kes terlewat buat masa ini, tapi xmengapa masih sempat lagik untuk aku melihat jawapan virusnye. Rasanya baru saja kekenal dengan blog dia sebulan lalu (tak silap aku ler wekekeek!) Ini adalah komen aku terhadap jawapannye:


Komen: Ciri-ciri antaramuka yg sederhana tidak mengisahkan Kak Long ni untuk menaip diari hariannya. Terutamanya adalah rakaman kerjanya,peristiwa dan juga keluarganya. Sifat yg rendah diri atau low profile melihatkan beliau disenangi dengan kedatangan pengunjung-pungunjungnya.Mungkin itulah kekekuatan semula jadi beliau, tetapi tidak pada blog.Kerajinan memposting yg aku lihat kebanyakannya adalah setiap hari terutamanya pada hari bekerja yg meliputi kisah2 apa yg dia tengah lakukan, apa yg dia sedang lakukan, dan apa aktiviti yang akan dia lakukan selepas ini. Apakah dia tidak menggunakan lagi buku diari sebelum ini? Ehem2. Mungkin ade lagi atau mungkin takde. (nanti kak long jawab bahagian ulasan hahaha!). Dari segi harapannya pula terhadap, beliau tidak demand sangat kerana pelawat akan sentiasa datang dan beliau lebih suka dengan kisah2 merapunya sendiri.. Merapu2 pon tapi kadangkala ada juga yg membuat aku terpukau. Sekurang2nya aku mempelajari apa yg berlaku terhadap rakan blogger lain untuk dijadikan panduan. All the best! teruskan berblogging! "


Nota dari kak long :


Isk iskkk tak sangka laa pulak, virus tag ni ada pulak komen dari iEn...huhuhu...tak pe tak pe...dia perli kak long ek..kata kak long tak guna diari....hua hua hua memangpun tak tulis diari...ahaks. Lagipun niat kak long berblog ini hanya utk suka-suka semata2. Sekadar meluahkan apa yang kak long rasa kak long nak cakap. Mungkin jarak umur yang berbeza menyebabkan pandangan setiap individu terhadap apa yang di baca berbeza. Walau bagaimanapun terima kasih buat iEn.


Meluah rasa yang terpendam di blog kadangkala dapat mengurangkan tekanan dan persoalan yang bermain di minda. Pandangan dan komen dari rakan-rakan terhadap kerja mahupun apa yg berlaku di dalam kehidupan kak long seharian, amat di hargai dan tidak dinafikan, walau sebaris ayat, ianya menggembirakan kak long.


Kadangkala sesuatu yang kita rasa remeh tetapi kepada orang lain, ianya sesuatu yang serius. Oleh kerana itu, setiap apa yang dikongsikan di sini adalah juga untuk menjadi panduan kita bersama. Yang elok, kita jadikan panduan, yang buruk dan tidak baik itu kita jadikan sebagai pedoman dan sempadan di dlm kita melakukan sesuatu di masa hadapan.


Apa pandangan anda terhadap blog kak long? adakah salah untuk kita menjadikan blog sebagai catatan harian? Terpulang kepada anda menafsirkannya...eheheh selera kita berbezakan??

Comments

Noushy Syah said…
Kita manusia memang sama tapi tak serupa...coz we are UNIQUE in our very own ways...

Imagine if all of us are the same, life would be damn bored.The differences and colours of life that each and every one of us differ,makes life interesting....

SEtuju,yang remeh untuk seseorang mungkin sgt bermakna utk yang lain.Ianya juga mengajar kita agar lebih menghormati antara satu sama lain...

SYg Kak LOng..just the way you are!
aria ayumi said…
salam kak long, sihat ye? sowi.. lame xjenguk sini... :)

huhu kite ade gak dpt komen dr ien...
Juezura said…
Noushy-->kita dah pernah berbincang tentang pentingnya blog pada diri kitakan?? kan?? ehehheehe. Cuma kadangkala kak long merasa adakah perlu kak long mengubah cara kak long berblogging hanya kerana mahu org ramai datang berkunjung ..tp rasanya tidak mungkin sbb kak long mmg tak pandai nak mengayat org ...ahaks


Diya

Salamm dari kak long juga. Harap diya sihat yer ...apa juga komen yang diberi..kita terima seadanya :-)
Anonymous said…
yaa.. kene komen balek arr.. tp teman x ler expert system sgt nak menilai.. hambe pon suke suki jeek nak mengomen . Tiada ape2 maksud disebaliknye.

Anyway teruskan berblog. Lantak ape diorang nak kate.. just be urself :D
Juezura said…
iEn-->buat ajer...ikut suka kitakan?? ehehhe

Popular posts from this blog

Jangan Bazirkan Wang Nak Pikat Lelaki

Hari ini...

Bermulanya Kisah Blog Ini