Simfoni Hati

simfoni di dalam kehidupan yang penuh suka dan duka

Sunday, December 20, 2009

Nota hari minggu

Lokasi : Tempat kerja
Tarikh : 20 Disember 2009
Cuaca : Mendung dan besar kemungkinan akan hujan seperti beberapa hari sebelumnya
Suhu: Sejukkkkk ...
Ketika update blog: Waktu makan tengahari..
Rasa ketika ini: Okaylaaa...break kejap dari downloading data conversion..
Esok: Kerja jugak..tak boleh off sebab ada meeting dan kekurangan staff. Sabo jer ler.

Monday, December 14, 2009

Tolonglah..fahamilah

Untuk mereka yang tidak bertanggungjawab atau dalam erti kata lain, mengetuai sesuatu projek, mereka tidak akan memahami betapa perlunya kerjasama rakan sekerja. Walaupun sudah tahu betapa perlunya kerja-kerja yang ada disiapkan secepat mungkin walau terpaksa bekerja lebih masa tetapi ada juga yang tidak memahami. Cukup saja masa, balik. Semasa tidak ada kerja yang 'urgent" , boleh pulak OT. Saya kalau boleh tidak mahu memaksa. Apabila telah disuarakan semasa mesyuarat tentang pentingnya kerja lebih masa ketika ini, sepatutnya semua akan memberi kerjasama. Masalah apabila ada sikap " tak sebut nama aku dalam senarai, tak perlulah tolong", memang payah jadinya.

Saya hormat kepada mereka yang bekerja tidak mengira waktu, apabila diminta stay back, jika tidak ada yang terlalu penting, mereka akan stay back dan jangan bimbang, seorang ketua akan melihat itu semua dan jika semuanya telah selesai, anda semua akan boleh mengambil OFF day itu.

Tolonglahhh...tolong bantu saya siapkan kerja-kerja yang ada supaya nama baik jabatan terpelihara.

Saturday, December 12, 2009

Persoalan...

Patutkah saya ke pejabat dan menyambung kerja2 memuat turun data atau
saya habiskan repot yg dah tertunggak. Lagipun fail2 telah dibawa
balik. Aduhai terasa gementar memikir akibatnya...

Tuesday, December 08, 2009

Tersentuh hatinya...

...bukan kecewa mahupun duka tetapi pastinya gembira dan bangga
apabila cucu yang berusia 3 tahun bertanya " Opah buat apa? ". Si Opah
menjawab " tak ada apa,kenapa?". Terus si cucu bertanya lagi, "Opah
dah makan ubat ke?". Opah kata" YaALLAH bertuahnya cucu aku ni, ambik
berat pasal Opah walaupun kecik lagi". Saya yang mendengarpun terasa
sebak gembira. Harapan saya,semoga ini bukan kali pertama dan terakhir
si cucu akan bertanya sedemikian kepada Opahnya. Insya Allah, Ameen.

Monday, November 30, 2009

Walimatul urus


Upload jer laa ..tak sempat nak makeup kan foto2 ni..itu pasal ada yg kabur jer..ehehehe.

MakCik kepada pengantin, kak chah bergambar kenangan bersama mak

Pengantin dan bunga telur


Iqa dan mak long



Sementara menunggu pengantin tiba, snap2 ler gambar sendiri...ihiks

Dari kanan, Kak Ina, Kak Wok( kazen kak long),Fauzi( jiran lama) dan isteri, mak dan kak long


Sabtu lepas menjadi pemandu kepada ibunda tercinta memenuhi undangan jiran lama semasa kami tinggal di kuarters JKR Simpang 3, Perak. Setelah hampir 24 tahun tidak bersua muka, kak Nor mendapat menantu sulung.

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua umat islam. Semoga pengorbanan kita,walau
dalam bentuk apa jua itu adalah satu pengorbanan yang diredhai Allah
swt

Tuesday, November 24, 2009

Menunggu dan menanti

.,giliran untuk berjumpa doktor. Agak Lambat la pulak hari ini. Doktor
dah ada tapi tak panggil2 lagi giliran yg pertamapun lagi. Teman pulak
nak ke tempat kerja secepat yang boleh. Alahai

Sunday, November 22, 2009

Siti Khadijah




Wajah anak saudara kak long yang baru berusia 11 hari.

Saturday, November 21, 2009

Nasyirat Nu'man 11 Tahun


Happy 11th Birthday to Nasyirat Nu'man on 18 November 2009


<

Friday, November 13, 2009

Selamat Melahirkan...

Foto yang dihantar oleh Adik kak long melalui MMS setelah ditelefon oleh Nurdini yang tak sabar nak tengok rupa adik dia.



Kelmarin kira-kira pukul 11.30 malam, adik ipar mintak tolong hantar ke hospital. Doktor nasihatkan dia pergi untuk memastikan sama ada baby dah tak sabar nak dilahirkan. Sebelum itu adik ipar tak sedap badan dan cirit birit. Ingatkan terjangkit dari Nu'aim. Suami dia, adik kak long kebetulan baru jer ketika itu sampai ke Kulim Kedah untuk satu mesyuarat keesokan harinya ( semalam).


Aduhai, walaupun tak kelam kabut sangat tapi dalam hati risau, kami berdua jer dalam kereta dan hospital di mana doktor yang menyambut keempat-empat anak beliau sebelum ini agak jauh di Klang..aduhai. Kak Long tak terus menerus nak pecut walau di highway sebab lori2 banyak di tengah malam dan kami selamat sampai kira2 pukul 12.30 malam. isk Iskk pecah rekod kak long sampai ke Klang ikut highway SILK- Seremban-Kl-Kesas dalam masa kira2 35 minit. Khamis tengahari, Adik kak long sampai ke hospital dari Kedah, barulah kak long balik. Baby memang tunggu Abah dia balik kut sebab contraction adik ipar yang agak kuat awal pagi, berkurangan dan doktor kata once the father comes back, then we will rush the mother to labour room, huhuhu induced laa tu kut.


Semalam, 12 November @ 5:40 petang, adik ipar selamat melahirkan baby girl. Kak long pulak smapai jer rumah memang pening kepala sebab tak cukup tidur..ehehe maklum ler tidur kat kerusi di bilik hospital tu mana nak lena, every two hours nurse masuk check heart rate baby dalam perut. Nanti kita update nama anak sedara kak long yang latest ni. Yang paling seronok Nurdini la sebab dia ada kawan..adik perempuan. Selama ini dia kena buli oleh 2 abang dan seorang adik lelaki..ihiks. Ikut rupa macam Aim masa kecik..chubby tapi lepas tu berubah wajah dia

Tuesday, November 10, 2009

Masih jelas...

..terbayang di mata betapa rupa parasnya yang begitu jauh berubah dari
kali terakhir kami bertemu di hari pengkebumian suami beliau. Kini
sudah genap seminggu arwah makcik meninggal dunia. Tak sangka dalam
masa 16 bulan tidak berjumpa dia akhirnya pergi jua. Kami redha kerana
kami tidak mahu dia hidup merana kerana anak2. Sampai hati anak
dikasihi tidak langsung sudi menjengah disaat2 ibu sudah nazak
sehinggalah ibu menyambut panggilan Ilahi. Benar2 tidak faham kenapa
dan mengapa sikap si anak berubah! Mengenangkan peristiwa ini pun
boleh buat airmata mengalir apatah lagi ketika bertemu semula tidak
ada sepatah kata terungkap bicara. Masih jelas kedengaran suaranya
suatu ketika dahulu. Terbayang2 saat memegang jemari tetapi kali ini
tidak ada genggaman salam berbalas. Kaku dan pilu... Sayangilah ibu
dan ayah kita selagi hayat masih ada dan diberi kesempatan itu oleh
Allah swt.

Saturday, November 07, 2009

Negeri Sembilan vs Kelantan

Saya tak kisah pasukan manapun yang menang atau kalah! Sebabnya saya
tak ada kepentinganpun. Lalala la la

Tuesday, November 03, 2009

Semangat

Di mana semangat akan dicari? Apakah semangat itu? Bentuk bagaimanakah
semangat itu? Yang pasti saya memerlukan semangat untuk meneruskan
cabaran yang menggunung ketika ini.

Saturday, October 31, 2009

Sesak

Nak bernafaspun payah. Hidung teman sumbat. Semalam virus selsema
menyerang..Memula sakit tekak dah mlm terus pening dan bersin2.
Bernafas ikut mulut la jawabnya bila dah hidung sumbat ehehe. Demam
tak demam teman ni! Dedor jer badan ni.

Thursday, October 29, 2009

Luaran


2 minggu lepas


1 bulan yang lalu


2 bulan lepas
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin