Friday, November 23, 2012

Lost Count

Hmmm...tak ingat dah berapa hari duduk rumah..tak kerja. Betul2 cam suri rumah. Ihiks..gi pasar..masak..mengemas rumah..itu jer ulang alik . Sambil tu online ...ahahahah. Best gak tapi tak best bila fikir  gaji separuh jer..huuhuhhuu. 

Harap2 mak cepat sihat seperti biasa.. dan boleh kerja semula. Tapi kalau boleh tak nak kerja...ekeke seronok duduk rumah..walaupun ada jugak buat keje ofis sebab budget next year tak submit lagi..huhuuhuu ..itu jer yg malas nak  buat...hmmm balik dari pangkor la nanti baru buat..ihiks.

InsyaAllah Isnin depan nak ikut famili adik gi bercuti ke Pulau Pangkor. Ehehehhe dekat dgn kg tapi baru laa ni nak pergi. Orang yang jauh lagi awal2 dah sampai.

Sunday, November 18, 2012

Dua Insan


Salah sebuah lagu kesukaan ...layanzzz


Thursday, November 15, 2012

Penantian dan Kepastian

Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian itu satu penawar


Mood : Campur aduk

Monday, November 12, 2012

Gara-gara anak kucing

Kelmarin , ada kucing tak bertuan masuk ke rumah ..terus ke tingkat atas. Tak sedar kucing tu naik tapi sedar dia dah turun. Mak memang tak berapa berkenan dengan kucing....eheheh so kenalah halau. Sekali lagi dia cuba naik ..hah...dah mula suspek yang dia nak sorok anak2 dia kat tingkat atas. Jenuh cari tapi tak  jumpa so terus lupakan.

Tengahmalam, bunyi anak kucing mengiau-ngiau kat tingkat atas..huaaaaaa...kaklong geli dengan anak kucing yang baru dilahirkan...tak sanggup tengok apatah lagi pegang..oh tidak!!!! mak suruh naik tengok tapi kaklong dengan muka toye dan dah mula nak nangis tak sanggup. Ahahahah dah 3 pagi tak tidur2 ...baru nak lena dah bunyi lagi anak kucing tu . Bukak sikit pintu gelongsor kut2 mak kucing akan datang jengah anak dia ...rupanyer hampeh.

Esoknya bangun tido macam zombie...ahahaha tak leh lena punyer pasal. KakLong buka pintu rumah besar2 dan akhirnya mak kucing datang bawa keluar anak dia...Hishhhh rupanyer bukan satu tapi lebih dari satu. Mujur dia dah pindah..kalau tidak tak tahulaa nak suruh siapa keluarkan anak2 kucing tu ...huhuhu. Jenuh satu hal lagi nak bersihkan baju2 yang mak kucing dah buat simpan anak2 dia . Isk isk...

Teringat dulu masa kat kampung, pernah jatuh tangga sebab nak lari bila ada kazen kaklong sua anak kucing kat muka kaklongg...mak!!!!! mengelak sampai tak nampak tangga...apa lagi...huhuhu kaki terseliuh terus....aahhah nangis jangan cerita...ekekekke geli punyer pasal .

Tak tahu laa kenapa ..tapi dengan kucing dah besar tak teruk sangat..boleh lagi usap2....ahahahaha.

Jangan korang sua kan anak kucing kat kak long okay..mmang kaklong sumpahh korang....ekekeke.

Friday, November 09, 2012

Tetap utuh di Lipatan Kenangan

Terkenangkan Abah yang telah lama meninggalkan kami sekeluarga namun kenangan itu masih segar di lipatan kenangan. November telahpun tiba. 19 November nanti , Abah sudah meninggalkan kami selama 29 tahun . Begitu pantas masa berlalu. Kalau dulu Ju masih bersekolah, tetapi kini , anak Abah ini telah dewasa dan walaupun Ju masih tidak mempunyai keluarga sendiri tetapi ada rahmatNya sebab Ju berpeluang jaga mak yang kini menghadapi masalah kesihatan. Kalau Ju dah kahwin, belum pasti suami Ju akan benarkan Ju menjaga makkan Abah? .

Abah...Ju harap pengorbanan Ju untuk cuti dan bersama-sama mak untuk sebulan ini akan membuatkan mak rasa lebih dihargai dan mak akan sihat seperti sediakala. InsyaAllah.

Wednesday, November 07, 2012

Setia di Hati

Seseorang yang istimewa bukan selalu di depan mata dan yang sentiasa disisi,
tetapi....insan yg setia di hati dan di ingati dalam setiap bisikan doanya...

~~~status fb seorang teman~~~

Sunday, November 04, 2012

Doaku buat mu ...



Apabila mendapat berita seorang teman yang berada jauh tidak sihat, ada rasa sedikit gundah di hati. Apa yang termampu dilakukan ialah berdoa semoga teman ini cepat sembuh seperti sediakala. Semoga Allah memakbulkan doa insan yg kerdil ini...InsyaAllah. Aamiin.

 Mak juga sakit kembali di pergelangan tangan sampai tak lalu makan dan susah nak ambik wudhu serta pakai baju. Esok saya kerja...alahaii tak sampai hati nak tinggalkan tapi kerja perlu diselesaikan sebelum cuti panjang nanti.  Doakan semoga mak saya juga cepat sembuh yer kawan-kawan. Terima kasih. Semoga Allah juga memakbulkan doa agar kesakitan yang mak saya hadapi akan hilang ..InsyaAllah , Aamiin.

Saturday, November 03, 2012

Rindu...

For him...


Apabila di sana diam membisu...
Hati di sini  menjadi sayu
Gundah gulana hati keliru
Mengapa sampai jadi begitu

Siapa gerangan di sana itu
Membuat di sini rasa terkedu
Mungkinkah di sana juga begitu
Atau hanya di sini setia merindu


From her.

~~~lalalala...mood romantik sewel ...ihiks~~~



Kena sekat

Oh tidak!!!! akses online banking saya hari ini disekat sebab try 3 kali masuk password salah. Isk iskk....bila hubungi customer service, dia kata sebab saya tak boleh nak reset password, ialah kerana no kad ATM yg ada ini  tak di kaitkan dengan akaun e-banking . Macam mana bank buat kerja ni?? .
Sabar sajalah. Kena tunggu hari Isnin baru boleh deal direct dgn pihak bank. Alahai....

Friday, November 02, 2012

Apabila tiada bicara ...

...kiranya itu adalah lebih baik untuk mengelakkan perselisihan faham?  Saya akan cuba untuk  tidak akan berkata jika tidak diperlukan. Ini yang orang kata bercakap salah...tak cakappun salah. Di layan salah...tak layanpun salah. When you say nothing at all...

Next time you feel like complaining about your life.....


Betapa bertuahnya kita yang ketika ini sedang mengadap komputer dan anda mengeluh ketika komputer anda meragam dan "network" tergendala, sedangkan ada yang tidak pernah melihat atau tahu apakah itu komputer. Sekurang-kurangnya anda akan berpeluang menggunakan komputer anda dikemudian hari...

Apakah sarapan anda pagi ini...atau apakah menu makan tengahari dan makan malam anda malam ini? Ingatlah ada mereka yang mampu memegang periuk kosong di tangan mereka...


Jika anda tidak dapat tidur lena malam tadi dan merasa terganggu pagi ini, jangan mengeluh..sekurangnya kita ada selimut dan bantal serta tilam ...sedangkan ada mereka yang berbantalkan lengan dan bertilamkan tanah yang berpasir dan berdebu.


~~ceduk dari email~~






Thursday, November 01, 2012

Cinta ...


Mencintai seseorang memang indah
Dicintai seseorang lebih indah 
Tetapi..
Yang paling indah ...
Dicintai oleh orang yang kita cintai...


Alangkah indahnya hidup ini sekiranya kita mencintai dan dicintai dalam batasan agama.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin