Thursday, May 26, 2011

Penat tapi suka

Bermula dari kelmarin dan seterusnya minggu depan, sibuk dgn urusan nak "set up" library di kampus North Wing. Semua kat tempat kerja sibuk ..main dgn kotak..ehehehe sampai dah nak muntah nengok kotak2. yer laa ..nak punggah masuk kotak...lepas tu sampai north wing, kena punggah naik ke rak buku pulak. Apapun happy jugak sebab dak2 kat tempt kerja...semua bersatu padu...bijak mainkan peranan masing2. Walau ada sedikit risau dgn projek ini..maklumlah president uni selalu jer datang mengejut..ronda2 kampus dan pastinya dia akan jengah library tu nanti. Lagipun ofis dia dekat jer situ ...aiyooh....takutnyerrr!!! ehehehhe tapi kena konfiden laa dgn apa yang kami telah buat dan usahakan...INsyaAllah harap2 Datuk tak banyak komen. chaiyokkk ...we can do it.

Thursday, May 19, 2011

Menyedihkan

Kelmarin semasa dalam perjalanan balik dari LCCT, kami singgah di masjid di Pajam, N.9. Walau sudah banyak kali lalu lalang di jalan itu, namun ini kali pertama kami singgah untuk solat maghrib sebab dalam perancangan selepas solat, terus cari kedai makan untuk makan malam. Kalau balik ke rumah terus memang sempat untuk solat maghrib di rumah.

Masjid itu baru sahaja dibuka...awal tahun ini kalau tidak silap . Dari luar memang nampak cantik, luas kawasan parkirnya dan pagarnyapun cantik.

Dugaan Allah swt, sebaik masuk ke tandas masjid, adusss...kotor ya amat. selipar pulak memang tak nampak bayang. nasib baiklah kami tak pakai kasut tumit tinggi atau kasut yg alah dgn air..maka kami tibai jer la pakai selipar untuk masuk ke tandas dengan niat untuk mengambil wudhuk. Kalau kat kaki lima dah kotor, kat dalam apatah lagi...alahai sedih betul laa tengok masjid cam gini rupanyer.  Air yang mengalir lesu dari pili yang tersedia macam segan malu2 jer nak keluarnya mungkin menyebabkan tandas kotor. Alhamdulillah, walau air yang keluar amatlah kecil, sempat jugaklah kami berwudhu dan menunaikan solat maghrib. Jemaah lain baru selesai solat maghrib berjemaah. Di dalam masjid, cantik, bersih dan siap ada penghawa dingin lagi....tapi kat kawasan tandas, aduhhh......malu sungguh.

Kalau ada kolam tadahan airpun rasanya akan memudahkan musafir yang singgah untuk solat jika ketika itu bekalan air tidak ada di kawasan tersebut.

Agak2nya AJK masjid tak perasan ke dengan keadaan masjid itu? Wallahuallam. Diharap dilain ketika, jika saya singgah lagi di situ, keadaan telah berubah.

Temujanji

Hari ni jadi pemandu dan p.a kepada mak. Mak ada temujanji dgn doktor.
Boleh tahan slow servisnyer. Nombor 4 bg kumpulan warga emas tp dh
sejam lebih nunggu tak jugak dipanggil. Selangseli dgn grup pesakit
luar lain. No 1 bg kump emas dh lama lepas.,apa ler sistem deme guna!.
Mengantuk teman weh..tadi nak bwk novel tp dh terkocoh2 nk cepat
pergi,sudahnya tetinggal. Adeh mahu telelap ni kalau pejam mata ehehe.

Saturday, May 07, 2011

Mak...Duniaku.

Dalam masa 2 bulan ini, sudah 4 kali mak diserang gout. Walaupun cuba mengelak dari mengambil makanan yang dipantangkan tetapi masih juga terkena. Tak sangka pulak makanan yg kita rasa tak guna bahan atau rencah yang memudaratkan tapi akhirnya terkena juga. So, kami masih belajar untuk mengenali jenis2 makanan yg memang pantang selain dari kekacang dan sayur2 jenis kobis dan juga ikan2 yg byk protin.



Sudah beberapa kali terpaksa ambil cuti mengejut.. EL sebab nak bawak mak pergi klinik dan juga jaga mak . Bila kena tu memang tak boleh nak menapak pun..terpaksa tolong papah nak ke bilik air ...solat mmg dah kena duduk kat atas kerusi. Hebat dugaan yang Allah berikan tetapi alhamdulillah, dapat kami atasi.

Luluh hati bila melihat mak yg sentiasa cergas menjadi lemah dan tidak berdaya. Sekurang2nya 2-3 hari jugalah mak tak lalu makan bila makan ubat penahan sakit ...

Ya Allah, Engkau berilah kesihatan yang baik untuk mak..semoga mak sembuh seperti sediakala dan kuatkanlah semangat mak untuk pulih. Berikanlah diri ini kekuatan untuk berada disisi mak bilamana mak memerlukan dan Engkau berilah kesabaran kepadaku untuk aku menangani segala perkara yang mendatang. Amin.


Selamat hari Ibu untuk semua ibu diluar sana. Pada saya, hari2 adalah hari ibu kerana bukan hanya hari ibu, kita ingat pada ibu dan memberi segala penghargaan buat mereka. Berilah penghargaan kepada ibu tanpa mengira waktu dan walau di mana kita berada.
Doa ibu itu makbul dan janganlah kita sakiti hati ibu walau sekelumitpun. InsyaAllah, ibu kita akan sentiasa menyayangi kita dan mendoakan kesejahteraan kita, oleh itu kita juga mesti mendoakan yang terbaik buat ibu kita.

Thursday, May 05, 2011

Hampir setahun...rindunyer




Rasanya baru jer menjejakkan kaki ke tanah haram...tapi realitinya dah hampir setahun. Amatlah teringinnya nak mengharungi pengalaman itu sekali lagi..InsyaAllah jika diizinkan Allah, akan tiba juga kami ke sana lagi.

Wednesday, May 04, 2011

Contengan Jalanan -Hlovate

Last week ,28    April 2011,  seperti tahun2 sebelumnya sempat pergi ke KLIBF di PWTC. Sambil jalankan tugas rasmi memilih buku utk library, kak long sempat ronda ke booth Jemari Seni. Pusing keliling jugaklah mencari ...ehehhe sebab tak tahu pulak dah dipecah2kan kategori pameran buku kali ini. Akhirnya jumpa juga. Niat memang nak cari buku hasil nukilan Hlovate. Walaupun majoriti pembaca buku Hlovate anak2 remaja tapi mak remaja ni pun sukaaa sangat dgn gaya tulisan Hlovate. Ha ha ha..anakanda Hlovate, mak long amat suka hasil tulisan anakanda. Ceh...macam gaya Hlovate akan baca jer cerita merapu ni...ihiks. 2 tahun lepas, diperkenalkan oleh anak sedara mak long, Iqa pasal buku 5 tahun 5 bulan, dan lepas tu beli tunas..pinjam baca aA+bB dari Iqa dan seterusnya order buku2 yg lain dari JS..huhuhu. 

Now, I have complete set of buku2 Hlovate ...ye haaa!!! Yang dah bacapun( pinjam), last week beli sendiri untuk jadikan koleksi. Sekarang ni rehat kejap dari habiskan i_Fend ...sambil bukak blog yg dah lama bersarang, sambil  siap download ebook http://www.harunyahya.com/en.m_download_list.php?typeId=1&langId=4&pg=2&order=nameAsc Harun Yahya ..ada linknya di tajuk entri ni...cam tak caya , boleh mula mencari semua bahan rujukan yang Hlovate sebut dalam buku dan jumpa!!!

Membaca buku Hlovate menyedarkan diri ini..siapa kita sebenarnya dan seperti juga watak di dalam buku contengan jalanan , mencari erti hidup dan berharap apa yang dirancang dan dilakukan adalah dalam redha Allah swt. 

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin