Posts

Showing posts from June, 2007

Pesanan Buat Semua...

Image

Ku sangka Panas Hingga Ke Petang...

Image
...rupanya hujan di tengahari. Baru jer 6 bulan dunia kerja kak long lebih ceria dan kurang tekanan, pendek kata senang ceritalah. Tapi hari ini, kegembiraan itu telah tercemar bila kak long dapat tahu besar kemungkinan dept ini akan di letakkan di bawah " student affairs" dan bukan lagi "academic" . Uwaaaaaa...tak nak !!!!! uhukss ..sedihhnyaaaaa.Apa la jadinya dengan project "new look" yang di usahakan oleh kami berdua?? uwaaaa sedih lagiiiiiiiiiiii . Tak nak bos lain...nak bos yang sekarang ni juga..uhukss,bos yg understanding, tak suka marah dan baik hati tu dah tak jadi bos kak long ...uwaaaa. Mood happy dah bertukar jadi sedih...tambah pulak bila mengenangkan ada staff yang tunjuk baik kat depan jer tapi kat belakang mengata macam-macam. Jahat sangat ke aku ni... Sabar jer laa..

Renungan Sejenak

Image
" ... tiada insan suci yg tidak mempunyai masa lampau ... ... tiada insan berdosa yg tak punyai masa depan ..." "... Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar ??? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANGI ..." Kak Long agak sibuk dgn kerja hari ini...kak long dapat kata-kata di atas dari emel yang di forward kepada kak long, renungkanlah sejenak yer ...fikir-fikirkanlah. Gambar hiasan adalah sebahagian taman mini di hadapan rumah kak long di Kesuma Lakes. Bunga-bunga raya pelbagai jenis yang indah bila berbunga ..

Pengorbanan?

Image
Malam tadi, kak Long menonton slot cerekarama di TV3. Tajuk drama tersebut "Cahaya Hati". Biasalah pada mulanya drama ini berkisar tentang 2 orang sahabat dan seorang wanita. Wanita ini di sayangi oleh kedua-dua lelaki ini dan apa yang membuat kak long terfikir ialah pertama, biasalah seorang lelaki mengalah di dalam merebut kasih seorang wanita walaupun dia sendiri mengasihi wanita tersebut. Apa juga alasan dia untuk melakukan pengorbanan dari segi hati dan perasaan masih boleh diterima akal tetapi di dalam drama ini, lelaki tersebut telah memberikan matanya , bukan sebelah tapi kedua belah matanya kepada wanita tersebut yang telah menjadi buta akibat bahan pencuci filem ( apa ntah tak tahu kak long nama bahan tersebut). Mungkin juga sejenis asid kerana muka wanita ini juga rosak teruk. Ketika pembedahan dilakukan, tidak dilihatkan kepada penonton bahawa buah hatinya yang telah mendermakan kedua belah matanya utk sang kekasih yang disayangi. Akhirnya wanita tersebut mengahwi

Kemas Mengemas...

Image
Harap maaf ...entri hari ni hanya nak cerita dan bagitahu kak long meneruskan kerja mengemas bilik pejabat ni. Rasa dah bosan dengan susun atur meja, kabinet dan lain-lain menyebabkan kak long telah mengambil keputusan utk mengubahnya kelmarin dan bersambung hari ini. Semua kertas-kertas quotations, catalog publishers, jemputan seminar dan segala sampah sarap dari tahun 2003 -2006 telah kak long sumbat dlm kotak dan akan direcycle. Ihiks ...cam ibarat rasa buang semua kenangan buruk jer kan?? yeay...move on ... Cerita akan bersambung esok dgn gambar2 yang lain ..insyaallah. Terkini...bilik pejabat kak long

Valid lagi ke?

Image
Semalam kak Long EL sebab terlupa nak mintak cuti minggu lepas. Lesen memandu Kak Long akan tamat tempoh pada 24 June, 24 June tu hari minggu, mana ada pejabat JPJ atau Pejabat Pos yang bukak hari ahad kecuali kat Kelantan, Trengganu dan Kedah kan?? ihikss. Kalau nak pergi hari ni, byk kerja nak dibuat sebelum hujung minggu, jadi semalam la kak long cuti. Anak sedara sampai tanya " mak long sakit ke?" "Kenapa tak kerja "? ahahahaha...ni semua pasal 2 minggu lepas tu dia dok tengok mak long dia ni asyik MC dan makan ubat. So, sesapa yang baca entri ni, yang mana ada lesen memandu kereta, motor, lori, keretapi atau kapal terbang tu, sila periksa lesen anda, ntah-ntah dah mati last week...ekekekek. Beringatlah sebelum terkena saman ek. Susah Oooo kalau kena saman...dari bayar saman, baiklah belanja kak long makan satay ke ?? ye tak..ahaks... Cukup sampai di sini yer sayangku, esok -esok sambung lagi, meh kita buat kerja!!! ehehehe

Utk Sementara Waktu...

Image
iskk saperla makcik ni...tak lawa..ahaks ..ini saja gambar yang ada dan sempat di ambik..itupun guna kamera di telefon bimbit. Ampun ek korang...lagi satu gambar pulak ada masalah bila nak di upload. Kebetulan tak seorang pun staff library yang bawak kamera. ..ihiks. Nanti kalau ada gambar2 official dari communication dept utk tatapan semua staff, harap2 ada gambar kak long masa dapat award tu, then kita akan upload ke sini ok...harap sabar ok (walaupun kita sendiri tk sabar nak tengok) ehehehe. my lovely colleagues sorry laa ..gambo tk terang

Tonite... Company Dinner

Image
Dear Colleagues This is a kind and warm reminder on the upcoming U_ _ I's Company Dinner details as below: Venue : Legend Hotel Date : 15 June 2007 (Friday) Theme : Mis-match We are attaching the Location Map and Programme for your kind reference. Please register your name and collect your door gift at the reception counter. For those who are driving on the event date, please present your parking ticket at the reception counter to be validated with the parking rate of RM5.00. Kindly take note that seating arrangement for the night is Free-Seating. To all colleagues who requested for vegetarian food, please check the table number for vegetarian menu at the reception counter. We look forward to seeing you there! Regards ----- On behalf of Organising Committee Company Dinner 2007 The last company dinner I attended was 4 yrs ago. Kak Long received "Long Service Award". This year was my 15th year with this company. I wonder whether they have kept aside a gift for us the 2nd ba

Perpisahan...

Perpisahan Artist: Anuar Zain Ku mengerti perpisahan ini Bukan kerana kau membenci Tapi kasih yang pernah ku beri Tiada lagi bersama Sering kala aku terlihatkan mu Impian nan indah julang bahagia Ku harungi hari demi hari Bersama wajah tak mungkin akan kembali Tapi hati masih tak terima Ditinggalkan sengsara Keraguan ini bukanlah padamu Perasaan hati masih rindu Kekalutan ini hanyalah untukku Tercari-cari bayanganmu Tak sanggup aku kehilangan Kehilanganmu Oh…oh….. Yea…yea….. Masih tercari-cari Keraguan ini bukanlah padamu Masih tercari-cari bayanganmu Tak sanggup aku kehilanganmu Begitu banyak perpisahan yang telah dilalui tetapi perpisahan yang terjadi apabila abah pergi buat selama-lamanya 24 tahun yang lepas meninggalkan kesan yang amat mendalam buat diri ini...Walau hanya sempat bermanja selama 15 tahun dengan abah, namun kenangan itu tidak mungkin akan terpadam hingga ke akhir hayat Coretan buat Abah @ Hari Bapa 2006

Bila kesibukan melanda...

Image
..maka ..masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Kalau hari-hari seperti ini bagus juga kut...ahaks jgn sampai termuntah dengan kerja yg ada sudah. Kalau kerja yg ada tak ada expiry date, hidup ini lebih mudah walau kerja bertimbun..ihiks.Lebih mudah kalau keputusan yang perlu diambil tidak memerlukan kita menunggu jawapan dari pelbagai pihak...betul tak?? Audit ( kerja paksa) eheheh tak pening sangat, ni yang pening sekarang ni pasal kerja-kerja ubahsuai dept yang belum mula. Perabut belum order, adehhh banyak betul yang belum ada kepastian. Bos pulak sibukk ... Lagi satu, staff utk kampus cawangan yang ada di sini selama dua minggu utk latihan sambil bekerja akan tamat latihan esok. Banyak perkara berkaitan pengurusan, perkakasan, peralatan, perabut dan macam-macam lagi belum ada kepastian yang sahih. Nanti kita order, salah pulak...isk isk tunggu jer laa dulu . Tak nak pening2 sgt ... Harap2nya July nanti bila kampus di KT bermula, semua akan berjalan lancar...

Sibuk banyak...bukan sibuk sikit

Image
Mintak maaf la yer kalau kak long tak singgah ke blog kawan-kawan. Sibuk banyak ..bukan sibuk sikit sejak balik dari bercuti ni. sempat ziarah beberapa blog jer sehari ..so tunggu giliran ek..ahaks..ampun. Letih betul mengadap pc ...audit dept sendiri dah lepas, next week nak mengaudit beberapa procedures lagi utk dept lain... Huarghh...

Imbas Kembali

Image
25 May 2007 Anak saudara kak long sampai dari Penang lebih kurang pada pukul 10.30 malam. Suasana di sekitar Puduraya dan jalan2 berhampiran seperti Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Sungai Besi amatlah sesak. Ramai pemandu kereta yang meletak kereta di sepanjang jalan tersebut, dan besar kemungkinan mereka adalah ibu-bapa dan saudara mara yang menunggu ketibaan mereka yang tersayang. Kak Long tak letak kereta di tepi jalan..takut kena saman ..huhuhu. Walaupun kena bayar tapi tak mengapalah asal tak kena saman. Kami sampai dirumah lebih kurang pukul 11.30 malam. 26 may 2007 Pergi ke pasar di Semenyih bersama mak dan Iqa. (rutin setiap hujung minggu) 27 May 2007 Sekali lagi kak long ke Puduraya untuk mengambil kak Ina ( kazen kak long-mak Iqa). Kali ini tak perlu parking kereta sebab kak Ina dah sampai awal, jadinya kak long hanya berhenti sekejap di tepi jalan berhampiran Puduraya untuk mengambil kak Ina. Balik dari Puduraya, kami singgah makan di Tesco Kajang dan pet